Isnin, 19 Oktober 2009

Punca Musibah dan Bala Allah

    Ketahuilah wahai saudaraku bahawa maksiat itu semuanya adalah racun bagi hati, sebab bagi  penyakit hati dan punca kebinasaannya.Kemudaratan dosa kepada hati ibarat kemudaratan racun kepada badan.

 Berkata Ibnul Mubarak dalam syairnya yang terkenal:

 Aku melihat dosa mematikan hati # Kebiasaan melakukan dosa mewarisi kehinaan.

 Meninggalkan dosa adalah kehidupan bagi hati # Kebaikan untuk mu jika kamu menentangnya.

 Dosa itu memudaratkan hati dan badan di dunia dan akhirat.Hanya Allah yang mengetahui tahap kemudaratan dan kebinasaan yang terhasil berpunca daripada dosa dan maksiat.

 Berkata Ibnul Qayyim R.A  :

 Apakah yang telah menyebabkan bapa kita Adam terkeluar daripada syurga yang penuh kelazatan, nikmat, kebahagian dan kegembiraan lalu turun ke dunia yang penuh dengan kesakitan, penderitaan dan musibah.

 Apakah yang menyebabkan iblis dikeluarkan dari kerajaan langit dihalau dan dilaknat,dijadikan rupa zahir dan batinnya seburuk-buruk rupa, jauh dari rahmat Allah,terlaknat, keji dan akan mendapat pembalasan neraka Allah.Dia menjadi hina sehina-hinanya,terhalang dari rahmat Allah dan mendapat kemurkaannya.Jadilah ia pemimpin kepada golongan ahli maksiat,fasiq dan kafir.Kita berlindung dengan Allah dari melanggar perintah Allah dan menceroboh larangannya.

 Apakah yang menyebabkan semua ahli bumi ditenggelamkan sehingga air naik sehingga ke puncak gunung?

 Apakah yang menyebabkan angin kencang bertiup hebat melanda kaum Aad sehingga menyebabkan mereka mati bergelimpangan?

 Apakah yang menyebabkan perkampungan Kaum Nabi Lut diangkat oleh malaikat sehingga kedengaran salakan anjing mereka dan kemudian diterbalikkan bumi mereka?

 Apakah yang menyebabkan kaum Thamud dikejutkan dengan tempikan yang kuat sehingga terputus urat jantung mereka lalu mati bergelimpangan?

 Apakah sebab di hantar kepada kaum Syuaib awan pembawa azab seperti naungan awan hujan lalu digugurkan ke atas kepala mereka api yang panas.

 Apakah yang menyebabkan Firaun dan kaumnya tenggelam di laut merah lalu jasad mereka dibawa ke neraka Jahannam di akhirat nanti?  

 Apakah yang menyebabkan Qarun ditenggelamkan bersama-sama harta, rumah dan keluarganya?

Semuanya adalah kerana dosa-dosa dan noda yang dilakukan oleh manusia.Jika tragedi seperti ini berlaku dizaman kita ini ,eloklah kita bermuhasabah diri kita sebelum kita bertemu Allah.Semoga Allah menjauhi kita azab didunia dan dan akhirat... 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan