Pukul 1.30 pagi semalam( Ustaz mendapat satu sms daripada sahabat yang bertugas di PPD Pasir Gudang iaitu ustaz Mahmood Kassim menyatakan ayahnya telah kembali ke Rahmatullah(meninggal malam Jumaat- ada kemuliaan).Ustaz agak terkejut kerana setahu ustaz ayahnya sihat cuma terkena stroke beberapa minggu lepas.Ustaz membalas smsnya meminta agar beliau bersabar menghadapi ujian yang berat ini.
kita sedia maklum dan faham bahawa ujian kematian ayah atau ibu adalah sangat berat tetapi itulah hakikat yang kita mesti redha. Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.Cuma apa persiapan kita untuk itu.
Bila tiba masanya kita akan tinggalkan segalanya ,hanya amalan sahaja yang kita bawa.
Nabi bersabda mafhumnya : Yang mengikut anak Adam ke kubur tiga sahaja ,dua akan kembali dan satu sahaja mengikut kita. Keluarga dan harta akan kembali manakala yang mengikut kita hanya amalan sahaja.
Celakalah orang yang membuat dosa dan menentang Allah dan bahagialah orang yang taat kepadanya dan sentiasa berzikir kepada Allah maka mereka akan mendapat kesenangan dan kebahagiaan setelah mati .
Sebagaimana kata Saidina Bilal bin Rabah di saat nazaknya Alangkah seronoknya esok aku bertemu kekasihku ,nabi Muhammad dan Sahabat-sahabatku.
Abdullah bin Umar berkata : perumpamaan orang mukmin tatkala jiwanya dikeluarkan adalah seperti orang yang mendekam didalam penjara lalu dikeluarkan. Dia melihat bumi yang dipijaknya amat luas dan bebas manakala dia pula berada dalam keadaan sihat.Setelah seseorang mukmin meninggal dunia , dinampakkan kepadanya kurnia Allah dan kemuliaannya yang tidak pernah ada di dunia, apalagi seperti halnya di penjara.Dia bagaikan orang yang ditahan di sebuah ruang yang gelap lalu dibukakan kepadanya pintu dan dia dialihkan ke sebuah taman yang luas lagi indah yang terdapat pelbagai pokok.Tentu saja dia tidak mahu kembali ke dunia sebagaimana dia tidak mahu kembali ke perut ibu.
Mujahid berkata; Sesungguhnya orang mukmin itu diberikan khabar gembira tentang kesolehan anaknya daripada kejauhan agar dia berasa gembira.
Diriwayatkan daripada Nabi saw: Kubur itu salah satu daripada taman-taman syurga atau salah satu daripada lubang-lubang neraka. (Riwayat Bukhari dan muslim) .
Kepada ustaz mahmood Kassim dan keluarganya diharapkan bersabar banyak-banyak....
mudah-mudahan kita sentiasa menginsafi perkara ini dan bertaqwa kepada Allah.Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan