Jumaat, 30 Oktober 2009

Sunnah Fitrah 2

Maaf dah seminggu ustaz  tak update blog ini kerana kesibukan melampau dengan kerja-kerja sekolah dan melayani masyarakat.alhamdulillah hari ini ustaz ada free sikit.Jadi kita sambung perbincangan mengenai sunnah fitrah yang lalu. Diantara sunnah fitrah itu berdasarkan hadis nabi ialah 

1. memotong kuku

Para ulama fiqh telah bersepakat bahawa memotong kuku hukumnya sunat dan tidak ada waktu yang tertentu untuk mengerjakannya.Tetapi disunatkan memotong kuku setiap hari Jumaat. Ini berpandukan hadis : Rasullullah saw menggunting misainya dan memotong kuku pada hari Jumaat sebelum berangkat mengerjakan solat Jumaat (riwayat tabrani dan Bazzar)

Disunatkan dimulai dari kedua-dua tangan sebelum memotong kuku kedua-dua kaki. Dimakruhkan membuang bekas potongan kuku ke tanah atau tempat buang kotoran kerana setiap anggota tubuh anak Adam itu mulia sekalipun rambut, kuku dan gigi.

Adalah makruh menyimpan kuku panjang sebagaimana trend anak-anak muda sekarang lebih-lebih lagi dilarang oleh Islam mewarnakan kuku yang pastinya menghalang air wudu' dan menyebabkan solat tidak sah.

2. Membasuh ruas-ruas jari termasuk sunnah .Amalan ini sangat digalakkan kerana boleh menghilangkan kekotoran dan bakteria di tangan kerana makanan masuk ke perut kita melalui tangan .Ia juga bertujuan mencegah penyakit seperti H1 n I dan sebagainya.Dikaitkan juga kepada kekotoran yang ada di dalam telinga, hidung,pusat dan daki-daki dibadan  maka mesti dihilangkan demi menjaga kesucian dan kebersihan diri.

3. Dan akhir sekali berkumur-kumur , memasukkan air kehidung,bersiwak dan beristinjak daripada najis.

bersiwak merupakan sunat ketika wudu' dan mandi, sebelum solat dan ketika berubah bau mulut. Mudah-mudahan Allah menambah ilmu kita. wallahuaklam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan