Sabtu, 31 Oktober 2009

beberapa hukum ibadat Qurban

1.S. Apakah hukum ibadat korban ? 

J. Hukum ibadat korban adalah sunat muakkad bagi yang berkemampuan samada dia sedang menunaikan haji ataupun tidak.bagi mazhab Abu Hanifah hukum korban adalah wajib.  Sabda rasulullah saw :
(Tidak ada amalan yang lebih disukai olehAllah pada hari nahar melainkan menumpahkan darah haiwan Korban....) (Ibnu majah)

(Sesiapa yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan korban jangan dia menghampiri masjid kami.( Daif -riwayat  Baihaqi)

2. S. Bilakah waktu pelaksanaan ibadat korban?

j. Ibadat Korban sunat dilaksanakan pada  waktu pagi (Dhuha) dan makruh dilaksanakan pada waktu malam.

3.  S. Apakah jenis binatang yang boleh dibuat Korban dan berapa umur?
J.Binatang Korban disyaratkan Al-anaam.
J. Unta - umur 5 tahun masuk enam,lembu 2 tahun masuk tiga,biri-biri setahun masuk 2 tahun ,kambing 2 tahun masuk 3.harus  membuat Korban dengan kerbau ,dan  tidak boleh melaksanakan ibadat Korban  dengan selain Anaam seperti  seladang atau kambing gurun dan seumpamanya.

4. Apakah kecacatan binatang yang tidak membolehkan kita membuat Korban?
j.1 Binatang yang buta walau sebelah mata,2. Tempang yang teruk. Ukurannya jika dia berjalan dalam kumpulannya dia akan ketinggalan dari kawan-kawannya.3. Binatang yang Kurus-kering tidak ada daging.4. binatang yang berpenyakit. jika ada petunjuk-petunjuk bagi kecacatan ini maka binatang tersebut adalah terhalang dari pelaksanaan Korban.

5. Bolehkah kita melaksanakan korban dengan binatang betina ?
J.Hukumnya  harus, tetapi  mengutamakan binatang jantan adalah lebih afdal . Ini adalah kerana mengikut Imam Rafii "Daging binatang jantan lebih baik dari binatang betina". 

6. S. adakah harus seekor lembu dikongsi niat umpamanya  ada yang berniat Korban ,aqiqah dan sembelihan biasa   dalam 7 bahagian itu?
J. Harus berniat aqiqah atau sembelihan biasa tetapi pada Hari raya Korban dan hari-hari tasyriq  eloklah dilaksanakan Ibadat  Korban dan tangguhlah niat-niat yang lain.

7.S- Binatang yang dikasi adakah boleh Korban?
J. Hukumnya harus membuat korban dengan binatang yang dikasi kerana walaupun telurnya dibuang namun ianya  ditampung oleh kegemukan dan kesuburan badannya dan dagingnya lebih baik.

8. S- Binatang yang patah tanduk adakah boleh Korban?
J- Harus  kerana ianya tidak mengurangkan daging dan  orang yang melaksanakan korban tidak bermatlamatkan  tanduknya tetapi dagingnya. 

9. S- Binatang yang terpotong telinga dan ekor  adakah harus Korban?
J. Tidak harus kerana itu satu  kecacatan yang menghalang Korban,manakala binatang yang patah gigi harus dibuat korban.

10. S- Adakah harus disedekah kepada orang kafir?
J. Tidak harus kerana Korban  adalah ibadat orang Islam .Tetapi ada  qaul mengatakan harus bersedekah kepada  Kafir zimmi yang faqir. 

11. S- Korban untuk orang yang telah meninggal?
J. Tidak harus kecuali jika simati mewasiatkan. pandangan mazhab Hanafi dan Hambali - harus korban untuk orang yang telah meninggal . Wallahua'lam .

 
rujukan: 
1.Majmuk Nawawi
2.Al Fiqhul Islami 
3. Al Iqna'
4.Al Fiqhul wadih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan