Jumaat, 30 Oktober 2009

Apa itu Bidaah?

Dewasa ini ramai orang bercakap masalah bidaah didalam masyarakat  .Kadang amalan-amalan yang biasa dilakukan dulu dan ianya mempunyai asas dan dalil ,dibidaahkan juga. Orang jahil pun mengambil kesempatan untuk  membidaahkan orang. sebagai contoh qunut subuh, niat Usalli,wirid berjamaah lepas solat, zikir "Allah" "Allah" dan menggunakan tasbih juga dibidaahkan .Fahamkah kita apa makna Bidaah?

Sebenarnya bidaah  bermaksud: Mengikut Syeikh Ibnu Rajab Al-Hambali: 

Perkara baru yang diadakan tetapi tidak mempunyai asal-usulnya dalam syariat yang menjadi dalil keatasnya .  Adapun perkara yang mempunyai asas dalam syarak yang mempunyai dalil walaupun dalil umum tidak dikategorikan sebagai bidaah mengikut pengertian syarak sekalipun dari segi bahasa dikategorikan sebagai Bidaah.  

Abu nu'man meriwayatkan daripada Ibrahim b. Al Junaid katanya aku mendengar Al-Syafie berkata : bidaah terbahagi kepada dua Bidaah Mahmudah(terpuji) dan bidaah Mazmumah (tercela) Apa yang sejajar dengan sunnah dikira terpuji dan apa yang bercanggah dengan sunnah dikira tercela ( Hilyatul Auliya')

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa yasin, tahlil, salam lepas solat ,lafaz Usalli, zikir berjamaah lepas solat tidaklah dihukum Bidaah yang sesat kerana ada dalil-dalil syarak yang umum seperti yasin,tahlil dalilnya ialah sunat membaca ayat al-Quran, salam lepas solat dalil musafahah .Cuma perlu diingatkan jangan mengiktiqadkan wajib atau sunat perkara itu. Maknanya jangan kita mengatakan yasin malam Jumaat itu sunat atau wajib dilakukan.kalau ada majlis ilmu eloklah diutamakaan majlis ilmu.

Apa yang dikesalkan sesetengah ahli masyarakat  lebih mengutamakan majlis yasinan dan tahlilan  daripada majlis ilmu yang merupakan fardhu ain. Insyaallah marilah kita buat perubahan dalam diri kita. wallahuaklam.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan