Maksiat amat memberi kesan buruk yang amat besar kepada kehidupan manusia.Berikut ini disenaraikan kesan-kesan dosa :
1.Ia merupakan pertolongan daripada orang Islam kepada musuhnya kerana musuh akan menjadi kuat kerana dosa yang dilakukan oleh orang Islam.
2.Terbentuk tabiat suka melakukan maksiat sehingga ianya dipandang remeh menyebabkan hatinya menjadi buta(tidak boleh melihat kebenaran) lantaran banyaknya dosa. Maksiat dan dosa itu menyelaputi hatinya yang akhirnya menjadi kotor dan dipenuhi dengan sifat mazmumah.
3.Tercabut dari hatinya rasa jijik dengan dosa.akhirnya menjadi kebiasaan dan adat.
-4.Merasai kegelapan di dalam hatinya seperti merasai kegelapan seperti kegelapan malam.
Kata Ibnu Abbas R.A : Tanda kebaikan itu terlihat cahayanya di wajah,cahaya di dalam hati, kelapangan rezeki,kecintaan dihati makhluk.Manakala maksiat pula menzahirkan tanda gelap di wajah, kegelapan di dalam hati, kesempitan rezeki dan timbul kemarahan di hati makhluk.
5.Bahawa maksiat melemahkan hati dan badan.Bentuk-bentuk kelemahan pada hati adalah jelas.Adapun kelemahan pada tubuh badan kerana orang mukmin kuat pada hatinya.Jika hatinya kuat maka tubuh badannya juga akan kuat.
6. Dipersulitkan urusan dalam kehidupannya.Apabila dia ingin melakukan sesuatu maka dia akan mendapati jalan sukar atau terus ditutup pintu urusannya.
Setengah salaf berkata: Apabila Aku mengerjakan maksiat maka berlaku perubahan akhlak dan perangai pada isteri dan binatang tungganganku.
7.Berlaku kerenggangan hubungan antara pelaku maksiat dengan manusia terutamanya orang-orang yang soleh.
Berkata Abu Al-Darda' R.A – Hendaklah kamu takut jika dilaknat oleh orang-orang mukmin dalam hati mereka, sedangkan dia tidak menyedarinya.Dia bersunyi-sunyi melakukan maksiat kepada Allah, maka dicampakkan oleh Allah perasaan marah ke dalam hati-hati orang-orang mukmin.
8.Orang yang melakukan dosa kepada Allah akan jatuh martabat dan darjatnya di sisi Allah dan di sisi makhluk.
Firman Allah:
(ومن يهن الله فما له من مكرم)
Maksudnya: Sesiapa yang dihina oleh Allah maka tiada kemuliaan baginya. ( Surah Al-Haj 18)
9. Maksiat menghilangkan perasaan cemburu dari dalam hati.
10. Maksiat menghilangkan rasa malu yang merupakan sifat yang menghidupkan hati manusia.
11. Maksiat melemahkan hati yang ingin menuju kepada Allah dan hari akhirat.
12. Hamba itu akan sentiasa melakukan dosa sehingga dia menganggap dosa itu kecil dan remeh dihatinya.
Ibnu Mas'ud berkata: Orang mukmin melihat dosanya seperti gunung yang akan menghempap kepalanya dan ahli maksiat melihat dosa seperti lalat yang menghinggap di hidungnya.
Bilal bin Rabah berkata: Jangan melihat kepada kecilnya dosa tetapi lihatlah kepada siapa anda melakukan dosa.
Berkata Anas R.A : Sesungguhnya anda melakukan amalan-amalan(kesalahan-kesalahan) yang kecil seperti rambut pada pandangan kamu, tetapi kami menghitungnya pada zaman Rasulullah s.a.w termasuk perkara yang membinasakan.
Mudah-mudahan kita dapat menjauhi daripada dosa dan sentiasa bertaubat kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan