Sabtu, 24 Oktober 2009

SUNNAH-SUNNAH FITRAH

 Fitrah adalah sesuatu yang sudah diciptakan dalam diri manusia yang Allah ciptakan untuk manusia.Para ulama' mengatakan fitrah adalah sunnah.Allah menetapkan  kepada  nabi-nabi beberapa sunnah  dan Allah memerintahkan  kita untuk mengikuti sunnah nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam nampak indah ,baik,wangi dan mempunyai tubuh yang sihat .Diantara sunanul Fitrah itu ialah : 

 

1. Khitan - iaitu memotong kulit(kulup)  yang menutupi kepala zakar lelaki,bertujuan untuk mengelakkan dari berkumpulnya najis dan kekotoran di bahagian itu dan juga untuk memudahkan kita membersihkan najis kencing.Ia juga bertujuan untuk tidak mengurangkan nikmat semasa jimak.

Manakala khitan bagi wanita ialah memotong daging kecil yang berada di bahagian atas faraj wanita dan berada ditempat masuk zakar.

Hukum khatan bagi lelaki sebahagian  ulama mengatakan wajib dan bagi  wanita adalah sunat.

 

2. Mencukur bulu yang tumbuh disekitar zakar dan diatas kemaluan wanita dan sekitarnya dan turut dicukur bulu yang tumbuh sekitar dubur.Bulu-bulu ini juga boleh digunting sahaja atau dicabut.bagaimana pula tempoh masanya .Mari kita meneliti hadis ini : diriwayatkan daripada Anas bin Malik ; Nabi s.a.w telah memberi kepada kami waktu untuk menggunting misai,memotong kuku,mencabut bulu ketiak ,mencukut bulu kemaluan agar tidak melebihi 40 malam (riwayat muslim) .

 

3. Menggunting  misai dan memelihara janggut. majoriti ulama fiqh berpendapat bahawa sunat menyimpan janggut bagi lelaki ( kadar segenggam) dan majoriti ulama berpendapat haram mencukur janggut dan wajib memeliharanya. Manakala misai pula sunat digunting  sekira-kira makanan dan minuman tidak terkena kepadanya dan tidak berkumpulnya kekotoran . Nabi bersabda : Sesiapa yang tidak menggunting  misainya bukan dia dikalangan kami(bukan ajaran kami) .hadis sahih riwayat Tirmizi ,ahmad dan nasa''i.

Berdasarkan hadis  memberi kita kefahaman menyimpan misai itu adalah makruh.Amat malang bila kita melihat pada zaman kita ini ada terdapat dikalangan kita yang menyimpan misai dengan alasan hobi. Mereka ini menyimpan misai sehingga menutup mulut mereka,tidak nampak bibir.

Didalam hadis menyatakan sunat kita memotong kuku,mencukur ari-ari dan memendekkan misai ini setiap seminggu sekali atau had masa paling maksimum ialah empat puluh hari ertinya tidak boleh dibiarkan tidak terurus melebihi empat puluh hari. 

 

(penat menaip ni . Insyaallah bersambung dalam siri seterusnya. )

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan