Sabtu, 10 Oktober 2009

Awasi pintu masuk syaitan

Pada tazkirah kali ini ustaz akan memperkatakan pula tentang pintu masuk syaitan .Orang mukmin perlu mengetahui bahawa hati itu seperti benteng dan syaitan adalah musuh yang ingin memasuki benteng itu dan ingin menguasainya. Kita tidak mampu untuk mengawalnya kecuali melalui pintu masuknya dan orang yang tidak tahu pintu masuk syaitan  maka dia tidak boleh mengawal syaitan dari menceroboh masuk ke bentengnya itu. Memelihara pintu masuk syaitan dan menentang was-was syaitan adalah wajib. Oleh kerana itu mengetahui pintu masuknya adalah juga wajib.Pintunya adalah sifat manusia itu sendiri yang sentiasa mengikut hawa nafsu.Berdasarkan kitab-kitab ulama  diantara pintu masuk syaitan yang besar ialah seperti berikut: 

 

1.Marah dan shahwat – Perasaan marah menghilangkan aqal sehingga dia terdorong untuk bertindak diluar jangkaan.Apabila lemah tentera aqal maka kuatlah tentera syaitan dan dia akan mula menyerang untuk merosakkan iman seseorang.Sekiranya manusia marah maka syaitan akan memperolokkannya sama seperti kanak2kanak bermain bola ditendang kesana sini.

 

2.Hasad dengki dan tamak: Apabila hamba itu tamak dan hasad maka dua sifat ini akan membutakan matahatinya . Dengan itu matahati yang sepatutnya dapat mengetahui pintu masuk syaitan tidak lagi dapat berperanan untuk mengenalpasti pintu masuk tersebut maka dua sifat ini akan membinasakannya dan menyeretnya ke kancah maksiat dan dosa.

 

3.Terlalu banyak makan dan kenyang melampau: Banyak makan adalah sifat yang keji walaupun makanan itu halal dan baik.Kekenyangan akan membawa kepada kekuatan shahwat yang akan menjadi senjata syaitan untuk merosakkan manusia.

 

4.Di antara pintu masuknya yang besar adalah sifat terburu-buru, tidak mengkaji sesuatu tindakan yang akan dibuat dengan lebih teliti. Sikap ini akan mengakibatkan kezaliman kepada orang lain hasil dari kesalahan dalam bertindak.oleh kerana itu Rasulullah berpesan :

 

 

"العجلة من الشيطان والتأنى من الله"                                                                                      

 

Maksudnya: Sikap terburu-buru itu daripada syaitan dan teliti(berhati-hati) itu daripada Allah.  (Hadis Hasan Riwayat Tarmizi)

 

5. Antara pintu syaitan adalah bakhil dan takut terhadap kefakiran: Sifat ini menghalang seseorang daripada infak dan bersedeqah sama ada yang wajib atau sunat.Sifat ini akan mendorong seseorang menyimpan dan menompokkan hartanya tanpa mempedulikan hak-hak yang perlu ditunaikan terhadap orang lain, sedangkan harta itu sebahagiannya adalah hak orang lain samada melalui zakat, nafkah, sedekah dan lain-lain.Malaikat berdoa untuk orang yang pemurah itu, gantian daripada harta yang dikeluarkan dan bagi yang bakhil didokan oleh malaikat agar dibinasakan.

 

6. Berburuk sangka dengan kaum muslimin: Allah melarang keras umatnya berburuk sangka sesama mereka kerana itu akan mengakibatkan berlaku permusuhan dan ketidak tenteraman dalam masyarakat Islam.Ulama' dahulu sentiasa bersangka baik kepada manusia hatta manusia yang berbuat maksiat pun diletakkan sangkaan yang baik iaitu mereka yang melakukan maksiat itu munkin kerana jahil atau kecuaian mereka tidak berdakwah kepada pelaku maksiat itu.

 

Firman Allah:

(يا ايها الذين أمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم )    

                                                                                     الحجرات 12

 

Maksudnya: Wahai orang yang beriman Jauhilah kebanyakan buruk sangka itu kerana sesetengah buruk sangka itu adalah dosa.

 

Orang mukmin sentiasa memberi keuzuran kepada orang lain dan orang munafik akan mencari-cari kekurangan orang lain.

 Mudah-mudahan kita dapat menutup pintu syaitan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan