Sabtu, 31 Oktober 2009
beberapa hukum ibadat Qurban
Jumaat, 30 Oktober 2009
hukum azan kepada anak orang kafir
Catatan kematian
Apa itu Bidaah?
Sunnah Fitrah 2
Sabtu, 24 Oktober 2009
Hukum membawa perisian Al Quran
SUNNAH-SUNNAH FITRAH
Fitrah adalah sesuatu yang sudah diciptakan dalam diri manusia yang Allah ciptakan untuk manusia.Para ulama' mengatakan fitrah adalah sunnah.Allah menetapkan kepada nabi-nabi beberapa sunnah dan Allah memerintahkan kita untuk mengikuti sunnah nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam nampak indah ,baik,wangi dan mempunyai tubuh yang sihat .Diantara sunanul Fitrah itu ialah :
1. Khitan - iaitu memotong kulit(kulup) yang menutupi kepala zakar lelaki,bertujuan untuk mengelakkan dari berkumpulnya najis dan kekotoran di bahagian itu dan juga untuk memudahkan kita membersihkan najis kencing.Ia juga bertujuan untuk tidak mengurangkan nikmat semasa jimak.
Manakala khitan bagi wanita ialah memotong daging kecil yang berada di bahagian atas faraj wanita dan berada ditempat masuk zakar.
Hukum khatan bagi lelaki sebahagian ulama mengatakan wajib dan bagi wanita adalah sunat.
2. Mencukur bulu yang tumbuh disekitar zakar dan diatas kemaluan wanita dan sekitarnya dan turut dicukur bulu yang tumbuh sekitar dubur.Bulu-bulu ini juga boleh digunting sahaja atau dicabut.bagaimana pula tempoh masanya .Mari kita meneliti hadis ini : diriwayatkan daripada Anas bin Malik ; Nabi s.a.w telah memberi kepada kami waktu untuk menggunting misai,memotong kuku,mencabut bulu ketiak ,mencukut bulu kemaluan agar tidak melebihi 40 malam (riwayat muslim) .
3. Menggunting misai dan memelihara janggut. majoriti ulama fiqh berpendapat bahawa sunat menyimpan janggut bagi lelaki ( kadar segenggam) dan majoriti ulama berpendapat haram mencukur janggut dan wajib memeliharanya. Manakala misai pula sunat digunting sekira-kira makanan dan minuman tidak terkena kepadanya dan tidak berkumpulnya kekotoran . Nabi bersabda : Sesiapa yang tidak menggunting misainya bukan dia dikalangan kami(bukan ajaran kami) .hadis sahih riwayat Tirmizi ,ahmad dan nasa''i.
Berdasarkan hadis memberi kita kefahaman menyimpan misai itu adalah makruh.Amat malang bila kita melihat pada zaman kita ini ada terdapat dikalangan kita yang menyimpan misai dengan alasan hobi. Mereka ini menyimpan misai sehingga menutup mulut mereka,tidak nampak bibir.
Didalam hadis menyatakan sunat kita memotong kuku,mencukur ari-ari dan memendekkan misai ini setiap seminggu sekali atau had masa paling maksimum ialah empat puluh hari ertinya tidak boleh dibiarkan tidak terurus melebihi empat puluh hari.
(penat menaip ni . Insyaallah bersambung dalam siri seterusnya. )
Isnin, 19 Oktober 2009
KESAN-KESAN DOSA
Maksiat amat memberi kesan buruk yang amat besar kepada kehidupan manusia.Berikut ini disenaraikan kesan-kesan dosa :
(ومن يهن الله فما له من مكرم)
Maksudnya: Sesiapa yang dihina oleh Allah maka tiada kemuliaan baginya. ( Surah Al-Haj 18)
Ibnu Mas'ud berkata: Orang mukmin melihat dosanya seperti gunung yang akan menghempap kepalanya dan ahli maksiat melihat dosa seperti lalat yang menghinggap di hidungnya.
Punca Musibah dan Bala Allah
Ketahuilah wahai saudaraku bahawa maksiat itu semuanya adalah racun bagi hati, sebab bagi penyakit hati dan punca kebinasaannya.Kemudaratan dosa kepada hati ibarat kemudaratan racun kepada badan.
Semuanya adalah kerana dosa-dosa dan noda yang dilakukan oleh manusia.Jika tragedi seperti ini berlaku dizaman kita ini ,eloklah kita bermuhasabah diri kita sebelum kita bertemu Allah.Semoga Allah menjauhi kita azab didunia dan dan akhirat...
Ahad, 18 Oktober 2009
SUNNAH FITRAH
Rabu, 14 Oktober 2009
Doa penutup majlis muzakarah kecemerlangan
Ya Allah bagi-Mu puja dan puji ,Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .
Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami dapat menyempurnakan majlis muzakarah pada pagi yang berbahagia ini . Kami juga bersyukur kerana Engkau ya Allah kerana mengizinkan kami menghadirkan diri dalam keadaan emosi dan roh kami dalam keadaan tenang sehingga dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan bumi,Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami , sahabat-sahabat seperjuangan kami .
Ya Allah
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,Sesungguhnya diri kami ini ya Allah banyak melakukan dosa dan maksiat samada zahir dan batin, maka kami ini teramat sangat memerlukan keampunanmu terhadap dosa-dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dengan persatuan dan jamaah ;
Sesungguhnya kesabaran kami sentiasa diuji , maka kurniakanlah kami kesabaran yang tinggi tanpa batas seumpama kesabaran Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Ya Allah,
Kami amat jahil dalam memberi pendidikan kepada murid-murid kami dan anak-anak kami,kurniakanlah kami ilmu untuk mendidik murid-murid dan anak-anak kami.Jika terdapat dikalangan pelajar ini yang keras hati dan terpesong dari akhlak Islam ,kembalikan mereka kejalan kebaikan dan akhlak mulia.permudahkan kami menitiskan ilmu kepada mereka dan permudahkan mereka menerima ilmu dimana sahaja mereka berada.
Ya Allah,
Jauhkan mereka daripada anasir-anasir yang tidak sihat seperti melanggar disiplin sekolah, merokok,menghisap dadah,mendedahkan aurat,menjadi kutu jalan,melepak,lalai dengan hiburan seperti remaja zaman sekarang,banyak tidur dan sedikit mengingati Allah,mengikut nafsu dan syaitan, berzina,minum arak dan berbagai lagi anasir-anasir terkutuk ya Allah.jadikan mereka golongan yang minat kepada agama,minat kepada Al-Quran dan ilmu-ilmu agama,jangan jadikan mereka ya Allah, golongan yang meminati hiburan dan nyanyian sehingga mengatasi minat mereka terhadap kitabmu al-Quran.
Ya Allah,
Berkatilah anak-anak kami dan zuriat kami ,peliharalah mereka dan kurniakan mereka rezeki yang baik,berikan taufiq kepada mereka untuk taat kepadamu,dan kurniakan mereka boleh berbakti kepada kami dewasa nanti.Jauhilah mereka dari sifat malas kerana pemalas selamanya tidak akan berjaya dalam hidup dan terhalang dari Allah dan juga penyesalan akan selalu menimpa golongan yang malas.
Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami , maka dengan segala rahman dan rahim-Mu dan luasnya ilmu-Mu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini . WALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN.
Doa majlis sambutan AidilFitri
Ya Allah
Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami , lantaran nikmat itu dapat kami menghadiri dan mengikuti majlis sambutan hari raya kali ini dengan jayanya .
Ya Allah
Semoga dengan majlis sambutan hari raya ini akan dapat melembutkan hati-hati kami dan menyedarkan kami tentang kesilapan kami ,oleh itu ampunkanlah kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang membawa keselamatan dan selamatkanlah kami dari kegelapan kepada ke jalan yang benar .
Ya Allah,
Jadikanlah kami pelajar Islam yang yakin dan percaya pada diri sendiri , sabar dan tabah hati , berani maju untuk menempah kebahagiaan dunia dan akhirat , punya keazaman yang kuat untuk mengembangkan potensi dan kekuatan diri yang dianugerahkan oleh Engkau ,memiliki budipekerti yang mulia dan terpuji sehingga kami menjadi umat yang merdeka dalam semua aspek kehidupan dan pengharapan kami hanya kepada-Mu Ya Allah .
Ya Allah
Eratkanlah hati-hati kami , kekalkan kemesraan antara hati-hati kami , tunjukkanlah kepada hati-hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma’rifat sebenar kepada -Mu .
Sabtu, 10 Oktober 2009
Awasi pintu masuk syaitan
Pada tazkirah kali ini ustaz akan memperkatakan pula tentang pintu masuk syaitan .Orang mukmin perlu mengetahui bahawa hati itu seperti benteng dan syaitan adalah musuh yang ingin memasuki benteng itu dan ingin menguasainya. Kita tidak mampu untuk mengawalnya kecuali melalui pintu masuknya dan orang yang tidak tahu pintu masuk syaitan maka dia tidak boleh mengawal syaitan dari menceroboh masuk ke bentengnya itu. Memelihara pintu masuk syaitan dan menentang was-was syaitan adalah wajib. Oleh kerana itu mengetahui pintu masuknya adalah juga wajib.Pintunya adalah sifat manusia itu sendiri yang sentiasa mengikut hawa nafsu.Berdasarkan kitab-kitab ulama diantara pintu masuk syaitan yang besar ialah seperti berikut:
1.Marah dan shahwat – Perasaan marah menghilangkan aqal sehingga dia terdorong untuk bertindak diluar jangkaan.Apabila lemah tentera aqal maka kuatlah tentera syaitan dan dia akan mula menyerang untuk merosakkan iman seseorang.Sekiranya manusia marah maka syaitan akan memperolokkannya sama seperti kanak2kanak bermain bola ditendang kesana sini.
2.Hasad dengki dan tamak: Apabila hamba itu tamak dan hasad maka dua sifat ini akan membutakan matahatinya . Dengan itu matahati yang sepatutnya dapat mengetahui pintu masuk syaitan tidak lagi dapat berperanan untuk mengenalpasti pintu masuk tersebut maka dua sifat ini akan membinasakannya dan menyeretnya ke kancah maksiat dan dosa.
3.Terlalu banyak makan dan kenyang melampau: Banyak makan adalah sifat yang keji walaupun makanan itu halal dan baik.Kekenyangan akan membawa kepada kekuatan shahwat yang akan menjadi senjata syaitan untuk merosakkan manusia.
4.Di antara pintu masuknya yang besar adalah sifat terburu-buru, tidak mengkaji sesuatu tindakan yang akan dibuat dengan lebih teliti. Sikap ini akan mengakibatkan kezaliman kepada orang lain hasil dari kesalahan dalam bertindak.oleh kerana itu Rasulullah berpesan :
"العجلة من الشيطان والتأنى من الله"
Maksudnya: Sikap terburu-buru itu daripada syaitan dan teliti(berhati-hati) itu daripada Allah. (Hadis Hasan Riwayat Tarmizi)
5. Antara pintu syaitan adalah bakhil dan takut terhadap kefakiran: Sifat ini menghalang seseorang daripada infak dan bersedeqah sama ada yang wajib atau sunat.Sifat ini akan mendorong seseorang menyimpan dan menompokkan hartanya tanpa mempedulikan hak-hak yang perlu ditunaikan terhadap orang lain, sedangkan harta itu sebahagiannya adalah hak orang lain samada melalui zakat, nafkah, sedekah dan lain-lain.Malaikat berdoa untuk orang yang pemurah itu, gantian daripada harta yang dikeluarkan dan bagi yang bakhil didokan oleh malaikat agar dibinasakan.
6. Berburuk sangka dengan kaum muslimin: Allah melarang keras umatnya berburuk sangka sesama mereka kerana itu akan mengakibatkan berlaku permusuhan dan ketidak tenteraman dalam masyarakat Islam.Ulama' dahulu sentiasa bersangka baik kepada manusia hatta manusia yang berbuat maksiat pun diletakkan sangkaan yang baik iaitu mereka yang melakukan maksiat itu munkin kerana jahil atau kecuaian mereka tidak berdakwah kepada pelaku maksiat itu.
Firman Allah:
(يا ايها الذين أمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم )
الحجرات 12
Maksudnya: Wahai orang yang beriman Jauhilah kebanyakan buruk sangka itu kerana sesetengah buruk sangka itu adalah dosa.
Orang mukmin sentiasa memberi keuzuran kepada orang lain dan orang munafik akan mencari-cari kekurangan orang lain.