Jumaat, 18 September 2009

zakat diutamakan kepada orang soleh

Ada soalan diajukan kepada saya kepada siapakah zakat itu diberikan ,kepada orang yang saleh atau boleh juga diberi kepada orang jahil dan tidak soleh.Untuk menjawab persoalan ini kita perlu melihat kepada kesan zakat itu sendiri dan kemanakah ianya digunakan bersandarkan kepada andaikan kuat kita.
Jika kita memberikan kepada orang soleh sudah barangtentu ianya akan digunakan kearah kebaikan dan taat dan pemberian kita akan menguatkan ketaatannya kepada Allah.Dan jika kita memberikan zakat kepada ahli maksiat sudah tentu ia akan menguatkannya untuk melakukan maksiat kepada Allah.Oleh kerana itu, dalam hal ini orang yang soleh lebih diutamakan untuk diberikan zakat seandainya dia termasuk orang yang berhak menerima zakat.Walaubagaimanapun elok juga kita berikan zakat kepada ahli maksiat jika dengan pemberian itu boleh menjadikannya lebih baik hubungannya dengan Allah swt.
Sabda Nabi: Makanlah kamu makanan orang yang bertaqwa dan pastikan tidak memakan makanan kamu kecuali orang yang bertaqwa juga. Allah maha mengetahui yang benar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan