Kita sekarang telah memasuki fasa kedua bulan Ramadan iaitu keampunan Allah. Disebut didalam hadis : Pertengahan Ramadan keampunan Allah. Kita sebagai manusia amat memerlukan kepada keampunan Allah lantaran dosa yang telah banyak kita lakukan didalam kehidupan ini.Dosa sepatutnya dilihat besar walaupun ianya kecil. Jangan sekali-kali kita memperkecilkan dosa-dosa kecil sekalipun ,apatah lagi dosa-dosa besar.Diantara sebab-sebab dosa kecil berubah menjadi besar apabila ia dianggap kecil dan remeh.Ini memberi maksud orang yang meremehkan dosa kecil akan terjerumus ke dalam dosa besar. Didalam kitab Tasauf menyatakan jangan melihat dosa itu kecil tetapi lihat kepada siapa kita buat dosa.
Disebabkan dosa kita yang berlaku ini ,maka kita sentiasa dianjurkan memohon keampunan Allah sentiasa lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang maqbul ini. Jadinya dibulan ini kita perlu bertaubat dan memperbanyakkan Istighfar kepada Allah .Banyakkanlah istighfar di mana sahaja,lepas solat,sebelum solat,semasa memandu kenderaan,semasa berjalan kaki dan sebagainya.
Isthighfar sepertiga malam antara peluang cerah untuk kita mendapat keampunan Allah. Didalam hadis dinyatakan rahmat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam.sesiapa mohon doa waktu tersebut maka akan dimaqbulkan doa itu.
Terdapat riwayat hadis menyatakan nabi beristighfar 100 kali sehari. Ini bermakna setahun nabi istighfar sebanyak 36000.Dimana kita dalam hal ini?Berapa banyak kita beristighfar sehari ? Adakah kita mendidik generasi anak-anak kita akan kewajipan memohon keampunan Allah.Kadang-kadang kita terlepas pandang akan hal ini.Munkin anak-anak kita tidak pernah tahu lafaz istighfar ? Sama-samalah kita memohon keampunannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan