Diantara kewajipan kita di bulan Ramadan menjaga dan memelihara anggota badan daripada maksiat kepada Allah.Seperkara lagi yang tidak boleh diabaikan iaitu hati kita. hati adalah elemen terpenting dalam diri manusia. Barangsiapa yang boleh menjaga hatinya maka dia akan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.Sesiapa yang rosak hatinya maka dia bakal menempa kecelakaan di akhirat.
Soalnya bagaimana hati berpuasa? Puasa hati terlaksana apabila hati jauh daripada perkara-perkara yang merosakkan seperti syirik,keyakinan yang sesat,penyakit was-was,sombong, ujub dan sifat mazmumah yang lain.
Hati orang mukmin berpuasa daripada sifat sombong, kerana sifat sombong dilarang oleh Allah.Nabi mengingatkan kita bahawa tidak masuk syurga orang yang ada didalam hatinya sebesar zarrah sifat sombong.Orang yang sombong sentiasa tidak menerima pandangan atau teguran orang lain.Dia juga akan memperlekehkan pandangan orang lain dan memandang rendah kebolehan orang lain .
Hati orang mukmin berpuasa dari sifat ujub.Seseorang yang memiliki sifat ujub merasai dirinya sempurna,orang lain kurang belaka dan tidak sempurna,dia merasa dirinya lebih baik dari orang lain dan sentiasa merasa lebih dari orang lain. .Orang yang ujub merasa dia mempunyai kelebihan dan merasa bangga diri.Dia lupa bahawa segala kelebihan dikurniakan oleh Allah.
Hati orang mukmin berpuasa dari sifat dengki. Orang mukmin tidak boleh ada sifat dengki kerana orang mukmin akan bergembira dengan nikmat yang diperolehi saudaranya dan akan bersedih dengan musibah yang menimpa mereka. inilah kesempurnaan iman orang yang percaya kepada qada' dan qadar Allah.
Pastikan kita sentiasa memberi kemaafan kepada semua saudara kita dan buang segala sifat iri hati dan dengki kepada mereka....
Hati mukmin yang berpuasa sentiasa dipenuhi dengan perasaan kecintaan kepada Allah dan rasul .Hati mereka berpuasa sepanjang masa dengan keyakinan terhadap janji Allah dan ganjaran hebat darinya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan