اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا تَعَاقَبَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا خَلَقَ مِنَ الشُّمُوْسِ وَاْلأَقْمَارِ،
اللهُ أَكْبَرُ، مَا خَفِيَتْ مِنَ اْلأَشْيَاءِ وَمَا ظَهَرَتْ بِاْلأَبْصَارِ،
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ.
اَلْحَمْدُ للهِ الْوَاحِدِ اْلقَهَّارِ، اَلْمَنَّانُ عَلَى عِبَادِهِ اْلمُخْلِصِيْنَ اْلأَبْرَارِ، أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اْلعَزِيْزُ اْلغَفَّارُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَناَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اْلمُخْتَارُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اْلأَخْيَار.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبْ.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
muslimin-muslimat yang dirahmati allah sekelian
1. bertaqwalah kita sekelian kepada Allah Rabbul Jalil dengan sebenar-benar taqwa. taqwa yang melonjak naik selepas kita melalui latihan selama sebulan di institut latihan ramadhan sebagai satu sijil pengiktirafan yang allah swt sebutkan di penghujung ayat 183 surah al-baqarah ﴾ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ﴿ moga-moga kamu bertaqwa.
2. Hari ini adalah hari aidil fitri, hari kemenangan, hari keseronokan, hari untuk mengumandangkan takbir, mengagung dan membesarkan nama allah. islam telah menentukan kehidupan kita ini sentiasa dalam suasana takbir iaitu membesarkan allah azzawajalla. pada hari aidil fitri seperti saat ini, kita dianjurkan untuk mengumandangkan takbir:
﴿ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ ﴾
allah maha besar, allah maha besar, allah maha besar, tidak ada tuhan melainkan allah allah yang maha besar, allah yang maha besar bagi allah segala kepujian.
muslimin-muslimat rahimakumullah
3. Hari ini kita tidak lagi berpuasa dan kita bergembira seperti kegembiraan orang yang sedang berbuka puasa. seterusnya kita sedang menunggu saat kegembiraan yang lebih besar lagi iaitu saat bersua dengan allah, seperti yang digambarkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya:
﴿ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا اِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفَطْرِهِ وَاِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ ﴾
maksudnya: “bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan yang mengembirakan, iaitu ketika berbuka puasa ia bergembira dengan makanannya dan di saat berjumpa tuhannya, dia bergembira dengan puasanya”.
4. Ramadhan al-mubarak telah berlalu, begitu juga bulan-bulan yang lain. tahun berlalu dan berganti tahun berikutnya, hingga mengikis sisa-sisa umur kita. Kita bergembira dengan berakhirnya ramadhan dan bermulanya syawal, tanpa menyedari bahawa bulan ini seumpama lembaran hidup kita yang dilipat satu demi satu sehingga habis lipatan tersebut. ketika itu barulah kita sedar bahawa tempoh hidup kita di dunia ini sudah tamat. dalam hal inilah hasan Al-Basri pernah berkata:
“wahai anak adam, sesungguhnya engkau adalah kumpulan hari-hari. setiap kali satu hari berakhir, maka satu bahagian dari hidupmu/umurmu juga turut lenyap.”
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
muslimin muslimat rahimakumullah
5. perlu diingat bahawa di antara manusia ada yang mengadap Allah hanya pada bulan ramadhan sahaja. berakhirnya ramadhan berakhirlah juga amal ibadah yang begitu tekun dilaksanakan sepanjang ramadhan. mereka dilanda penyakit malas, muak, mangli dan seumpamanya. masjid sudah jarang dikunjungi, al-quran sudah kadang-kadang sahaja dibuka, lidah tidak lagi dibasahi dengan tahlil, tahmid, tasbih serta zikir-zikir yang lain. iktikaf amat jauh sekali. qiamullail apatah lagi. amalan sedekah dan seumpamanya terus membeku. seolah-olah allah hanya layak disembah pada bulan ramadhan. ingatlah sesiapa yang menyembah bulan ramadhan, sesunggguhnya bulan ramadhan itu telah pergi dan berlalu. sementara allah s.w.t tidak pernah mati dan sentiasa hidup.
justeru itu menjadi tanggungjawab kita sekelian sebagai seorang mukmin, muslim dan muttaqin untuk meneruskan segala amalan soleh sepertimana yang diamalkan sepanjang bulan ramadhan yang baru berlalu seperti solat berjemaah, solat sunat, membaca al-quran, berqiamullail, berzikir, beriktikaf, bertaubat, berdoa, bersedekah, berada di dalam halaqah ilmu dan seumpamanya. kedudukan mereka yang beramal soleh telah disebutkan oleh allah swt dalam surah an-nisaa’ ayat 124:
ÆtBur ö@yJ÷ètƒ z`ÏB ÏM»ysλ=¢Á9$# `ÏB @Ÿ2sŒ ÷rr& 4Ós\Ré& uqèdur Ö`ÏB÷sãB
y7Í´¯»s9'ré'sù tqbè=äzô‰tƒ sp¨Yyfø9$# Ÿwur tqbßJn=ôàム#ZŽÉ)tR ÈÍËÊÇ
maksudnya: ”dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun”.
muslimin, muslimat rahimakumullah
6. menyinsingnya fajar syawal pada pagi ini telah menggamit kita sekelian memulakan agenda aidil fitri dengan berkumpul untuk bersama-sama bertakbir, bertasbih, bertahmid, mengerjakan solat sunat aidil fitri, mendengar dua khutbah serta dapat bersilaturrahim sesama kita umat rasulullah s.a.w. beginilah caranya kita disuruh untuk melahir dan menjuruskan rasa syukur dan kegembiraan kita mengikut kerangka dan panduan ilahi. firman allah swt dalam surah al-baqarah ayat 185:
(#qè=ÏJò6çGÏ9ur no£‰Ïèø9$# (#rçŽiÉ9x6çGÏ9ur ©!$# 4†n?tã $tB öNä31y‰yd öNà6¯=yès9ur rcãä3ô±n@ ÈÎÑÊÇ
maksudnya: ”dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadan), dan supaya kamu membesarkan allah kerana mendapat petunjuknya, dan supaya kamu bersyukur”.
7. kemuliaan aidil fitri ini marilah kita manfaatkan dengan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. sifat benci-membenci digantikan dengan sayang-menyayangi, hentam-menghentam diwarnai dengan nasihat-menasihati, bermasam muka kepada senyum mesra, tidak bertegur sapa kepada tegur-menegur antara kita, maki-hamun kepada kata-kata lunak menusuk kalbu, sikap perseteruan kepada persaudaraan. pendeknya semangat aidil fitri kita hidupkan bagi menghayati firman allah dalam surah al-hujurat ayat 10:
$yJ¯RÎ) tqbãZÏB÷sßJø9$# ×ouq÷zÎ) (#qßsÎ=ô¹r'sù tû÷üt öä3÷ƒuqyzr& 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ÷ä3ª=yès9 tqbçHxqöè? ÈÉÊÇ
maksudnya: ”sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada allah supaya kamu beroleh rahmat”.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
tuan-tuan, puan-puan sidang jamaah yang dirahmati allah
8. latihan sepanjang ramadhan yang baru berlalu amat penting dalam konteks seorang pejuang . ia merupakan salah satu pengisian yang memenuhi dasar pembinaan mental dan kerohanian islam. anggota yang memiliki kekuatan dalaman atau spiritual ini di samping kekuatan fizikal dan logistik merupakan anggota yang menjadi pilihan panglima salahuddin al-ayyubi dalam misi perang salib. sebagai panglima perang, beliau biasa melakukan rondaan malam ke khemah-khemah tenteranya. apabila melalui khemah-khemah yang penghuninya mendirikan solat, membaca al-quran, bertasbih, beristighfar serta berzikir kepada allah maka dia berkata “dari sinilah akan datangnya kemenangan”. sebaliknya apabila melihat tentera-tentera yang ada di dalam khemah terlelap dalam tidur yang nyenyak maka dia berkata “aku khuatir kekalahan datang dari sini, dari tentera-tentera yang terlelap dalam tidur dan lalai”. tentera yang pada siangnya umpama singa-singa yang lapar manakala malamnya umpama abid kekasih allah inilah yang bersama-sama panglima salahuddin al-ayyubi membebaskan baitul maqdis dalam peperangan hittin ( حِطِّين ) setelah 70 tahun ia berada di tangan tentera-tentera salib. begitulah kekuatan spiritual combat power yang ada kepada umat islam walaupun di luarnya nampak lemah tetapi dengan kekuatan amalannya ia menjadi lebih keras dari sebatang pokok yang kering, lebih hening dari mutiara, lebih tajam dari duri. semangat sedemikianlah yang dikobarkan oleh syariat islam melalui ucapan takbir di aidil fitri ini.
﴿ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْمُنَافِقُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الظَّالِمُوْنَ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ ﴾
9. dalam takbir ini kita berikrar:
“bahawa kita tidak akan tunduk dan patuh melainkan hanya kepada allah walaupun sikap kita itu dibenci oleh orang-orang kafir, syirik, munafik dan zalim. kita tegaskan bahawa kita yakin sepenuhnya kepada janji allah yang benar dan dia sahaja yang menolong dan memberi kemenangan kepada hambanya yang beriman. kita tegaskan juga bahawa kita yakin dia sahaja yang memperkuatkan tentera-tenteranya. dia sahajalah jua yang menghancurkan barisan musuhnya yang menentang kedaulatan agamanya.”
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
muslimin muslimat rahimakumullah
10. dalam suasana kegembiraan ini janganlah sekali-kali ianya melupakan kita untuk turut merasai keperitan, kepahitan, kesusahan, keseksaan yang sedang dialami oleh saudara seaqidah kita di mana sahaja di bumi allah ini. saudara-saudara kita yang sedang menghadapi tekanan, penindasan serta pembunuhan dari musuh-musuh allah dan musuh-musuh umat islam. agenda musuh-musuh islam ini sama ada bernama nasoro mahupun yahudi adalah disebabkan kita beriman dan mentauhidkan allah rabbul jalil semata-mata. perkara ini telah disebut oleh allah swt dalam surah al-buruj ayat 8:
$tBur (#qßJs)tR öNåk÷]ÏB HwÎ) br& (#qãZÏB÷sム«!$$Π̓Íyèø9$# ω‹ÏJptø:$# ÈÑÇ
maksudnya: ”dan mereka tidak marah dan menyeksa orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada allah yang maha kuasa lagi maha terpuji”.
11. marilah kita menyemarakkan semula semangat jihad yang sudah mula malap. kita soroti semangat badar al-kubra. kita canangkan suntikan ramadhan yang merupakan bulan jihad agar dengan itu musuh kita akan berfikir beratus kali sebelum membuat apa-apa tindakan ke atas umat islam.
muslimin muslimat rahimakumullah
12. bersempena hari lebaran ini marilah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk rakan-rakan seperjuangan yang sedang melaksanakan amanah walau di mana mereka berada. semoga allah swt memberikan mereka kekuatan, kesabaran, ketabahan, kesungguhan untuk terus menjadi galang ganti dalam mempertahankan kesucian agama, kedaulatan negara serta maruah bangsa.
13. marilah kita kalungkan serangkai doa buat para mujahid yang terlebih dahulu menyahut panggilan ilahi. semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan para syuhada’ dan solihin yang allah redhai. kepada anak isteri serta ahli keluarga yang ditinggalkan, kuatkanlah semangat, tingkatkanlah kesabaran, teguhkan iman, terima dan akurlah bahawa semuanya merupakan ketentuan allah yang maha mengetahui yang sudah termaktub sejak azali lagi.
14. bagi kita yang diberikan kesempatan untuk melalui ramadhan al-mubarak dan syawal yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan bekalan dengan menjadikan detik-detik kehidupan kita selanjutnya diwarnai oleh amal-amal soleh sebagai kesinambungan dari amalan sepanjang ramadhan yang baru berlalu. moga-moga ianya diterima oleh allah s.w.t sebagai amalan yang diredhainya.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿ وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَـلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ ﴾
maksudnya: ”dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "sesungguhnya aku adalah dari orang-orang islam (yang berserah bulat-bulat kepada allah)".
بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ. وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
khutbah kedua aidil fitri
tahun 1430h/2009m
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ. الحَمْدُ للهِ الَّذِى جَعَلَ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ لِعَبْدِهِ اِذِا أَفْطَرَ وَاِذَا لَقِىَ رَبَّهُ. أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لاَ مَعْبُوْدَ سِوَاهُ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ صِلَّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذَا النَّبِىِّ الْكَرِيْمِ وََعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ فَقَدْ فَازَ اْلمُتَّقُونَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ
muslimin muslimat yang dirahmati allah
1. kita sedang berada di penghujung agenda rasmi menyambut hari yang mulia hari raya fitrah atau aidil fitri. sesungguhnya solat sunat hari raya yang didirikan sebelum khutbah hari raya yang pertama tadi mengajarkan kepada kita, bahawa hari raya bukan hanya masa bersuka-suka dalam erti kata biasa dan bersifat duniawi. bahkan ianya adalah masa kesyukuran dan kegembiraan bersifat kerohanian. iaitu kita bersuka-suka dan bergembira dalam mengecapi nikmat allah yang melimpah ruah dan rahmatnya yang tidak putus-putus, dalam masa yang sama kita tidak sekali-kali derhaka kepadanya.
2. bagi memastikan kesinambungan ramadhan terus mekar dan mewangi, marilah sama-sama kita mengisinya dengan melaksanakan puasa sunat enam hari dalam bulan syawal, agar kita sentiasa berada dalam ikatan dengan allah swt. kita keluar dari satu ibadah untuk masuk ke satu ibadah yang lain. selesai satu amalan ketaatan dimulai dengan amalan ketaatan yang lain. sabda baginda rasulullah saw:
﴿ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ ﴾
maksudnya: “sesiapa yang mengerjakan puasa ramadhan, kemudian disusuli dengan puasa enam hari dari bulan syawal, amalannya itu seperti puasa setahun penuh”.
muslimin muslimat yang dirahmati allah
3. di hari yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan tasbih, tahmid, bermaaf-maafan, ziarah menziarahi bagi merapatkan silaturrahim, bersedekah dan melakukan amal-amal bakti yang lain. sebaliknya janganlah hendaknya di hari yang mulia ini kita cemari dengan hiburan-hiburan yang melalaikan dan aktiviti yang boleh merosakkan diri kita dan menempah kemurkaan allah rabbul izzati.
4. tidak dilupakan juga, marilah di hari yang mulia ini kita berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw yang telah membawa petunjuk dan rahmat kepada kita sekelian kerana perintah allah di dalam al-quran:
﴿ إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَـتـَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا ﴾
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَارْحَمْنَا وَإِيَّاهُمْ بَرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمِاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ أَكْرِمْنَا وَلاَتَهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا وَزِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَأَرْضِنَا وَارْضِ عَنَّا. اللَّهُمَّ اجْعَلْ كَلِمَةَ اْلإِسْلاَمِ هِىَ الْعُلْيَا وَاجْعَلْ كَلِمَةَ أَعْدَاءِ اْلإِسْلاَمِ هِىَ السُّفْلَىْ. اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَعْدَائِكَ أَعْدَاءَ اْلإِسْلاَمِ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَدْرَأُ بِكَ فِى نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ رُدَّ عَنَّا كَيْدَهُمْ وَفُلَّ حَدَّهُمْ وَادْلُ دَوْلَتَهُمْ وَاذْهِبْ عَنْ أَرْضِكَ سُلْطَانَهُمْ وَلاَ تَدَعْ لَهُمْ سَبِيْلاً عَلَى أَحَدٍ مِنْ عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِيْنَ.
اللَّهُمَّ تَقَبَّلْنَا فِى كُلِّ بُلْدَانِ وَأَيِّدْ إِخْوَانِنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِى بِلاَدِ اْلإِسْلاَمِ حَيْثُمَا كَانُوْا. اللَّهُمَّ أَيِّدْهُمْ بِمَلإٍ مِنْ جُنْدِكَ، اللَّهُمَّ أَمِدْهُمْ بِرُوْحٍ مِنْ عِنْدِكَ، اللَّهُمَّ احْرُسْهُمْ بِعَيْنِكَ الَّتِى لاَ تَنَامُ وَاكْلأْهُمْ فِى كَنَفِكَ الَّذِى لاَ يَضَامُ.
رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَاِسْرَافَنَا فِى أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ. رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ .
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَاْلإِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ يَعِظُكُمْ لَعَلَكُّمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرَ.
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.
وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ تَعَالَى وَبَرَكَاتُهُ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan