Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menghirup udaranya,dan dapat kita memasuki fasa ke 3 Ramadan iaitu 1o terakhir .Pada 10 terakhir ini Allah kurniakan satu malam yang menyamai 1000 bulan kebaikannya.malam ini dinamakan Lailatul Qadar.
Rasulullah sangat menekankan ibadat pada 10 malam terakhir.Dinyatakan didalam hadis bahawa Rasulullah Mengetatkan kainnya(Syaddul Mi'zar-kinayah bermaksud nabi menjauhkan dari isteri ) ,menghidupkan malamnya dengan ibadat dan membangunkan keluarganya untuk turut beribadat pada waktu malam. Nabi menghidupkan malam dengan solat,zikir,membaca Al-Quran,istighfar dan doa. Inilah peluang keemasan yang disediakan oleh Allah kepada hamba.
Amat malang kita jika sekalipun tidak pernah mendapat Lailatul Qadar seumur hidup kita sedang ada hamba Allah yang mungkin mendapat setiap tahun atau berpuluh-puluh kali seumur hidup atau kalau sekali pun dah kira baik .
Kita umpamakan Ramadan seperti gua emas . Ada orang yang masuk kedalam gua itu membawa keluar berkilo-kilo emas,ada yang membawa bertan-tan emas,ada yang membawa keluar berlori-lori dan ada yang keluar dengan tangan kosong dan lebih malang lagi ada yang bawa keluar lumpur dan batu.Begitulah orang yang masuk ke bulan Ramadan.
Dekat rumah ustaz ni ada satu kawasan besi buruk yang ditinggalkan orang,ustaz tengok ramai orang yang mengerumuni kawasan ini untuk mengambil besi buruk untuk dijual.Hampir setiap hari orang datang tidak putus-putus,mereka membawa cangkul,parang,alat penggali untuk mengeluarkan besi buruk disini dengan apa cara sekalipun,kelihatannya mereka begitu bersungguh-sungguh tanpa mengira waktu berbuka puasa atau hujan dan panas.Ustaz dapat mengambil iktibar disini bagaimana bersungguhnya manusia mencari dunia tanpa memberi alasan.Persoalannya adakah kita bersungguh begitu dalam mengejar akhirat?Adakah besi buruk lebih bernilai dari 10 terakhir Ramadan? kadang-kadang kita banyak memberi alasan untuk beramal akhirat, hujan sikit dah tak nak ke surau untuk iktikaf dan Qiamullail .itu sebab ada pepatah hendak seribu daya tak nak seribu dalih.Kita sepatutnya mengatasi segala alasan-alasan yang sebenarnya datang dari bisikan syaitan.Ayuh kita mengejar kelebihan 10 terakhir dan marilah kita membuat pecutan terakhir......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan