Selasa, 10 November 2009

Perasuah dan penerima ke neraka

     Rasuah adalah satu amalan yang haram dan dimurkai oleh Allah.Berdasarkan sebuah  hadis nabi s.a.w ; Perasuah dan pemberi rasuah  berada  didalam neraka.

     Rasuah boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk  dan dinamakan dengan berbagai nama seperti hadiah,saguhati ,insentif,tiket umrah dan sedekah.Terdapat rasuah dalam bentuk wang,tanah,elaun bulanan dan terdapat juga rasuah bentuk moden iaitu rasuah seks atau mereka menamakan sedekah seks.Saya kira orang yang mengistilahkan sedekah seks paling bangang dalam dunia.Apakah  ada dalam agama sedekah seks? Banyak usaha-usaha dilakukan untuk membanteras rasuah tetapi setakat ini belum menampakkan   kejayaan sepenuhnya.

Keburukan daripada rasuah amatlah besar sekali.Rasuah akan menyebabkan bangunan.jalanraya,premis perniagaan,sekolah dan sebagainya tidak akan dbina dan diselenggara dengan baik.Harga barang akan naik melambung tanpa kawalan.Pelantikan pemimpin tidak dapat dilakukan dengan baik dimana pemimpin berkualiti tidak dapat dizahirkan kerana siapa yang banyak wang dia boleh menyogok wang dan naik sebagai pemimpin.

   Bagi saya amat  sukar  usaha-usaha pembanterasan rasuah  selagi mana manusia tidak beriman kepada Allah.selagi tidak ada kesedaran umat Islam tentang dosa dan pahala adalah agak sukar usaha-usaha pembanterasan rasuah.Bagi orang mukmin cukup bagi mereka untuk menghindari rasuah dengan menghayati  satu potong hadis nabi s.a.w  ;” Setiap daging yang tumbuh dari benda haram ,maka nerakalah yang paling layak bagi mereka” .

    Oleh itu, untuk membasmi rasuah, pemimpin mesti  menanamkan iman dalam diri mereka dan rakyat jelata,ibu bapa menanamkan iman dalam diri mereka dan  anak-anak ,suami menanamkan iman kepada isteri-isteri,guru menanamkan iman dalam diri anak-anak murid, dan semua mesti memainkan peranan masing-masing. Mudah-mudahan rasuah dapat dihapuskan daripada masyarakat kita sehingga ke akar umbinya. wallaahua'lam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan