Didada-dada akhbar mutaakhir ini,terpampang berita-berita mengenai "perkelahian" tokoh-tokoh agama Islam di dalam negara kita.masyarakat malaysia sedang menyaksikan gelagat tokoh-tokoh agama yang hebat di Negara ini sedang beraksi di gelanggang.Masing-masing kedua-dua pihak mempunyai penyokong masing-masing seperti penyokong bolasepak Kelantan dan Perlis.
Bagi saya melihat perkembangan ini amat tidak sihat kepada penduduk Malaysia. Kedua-dua pihak memiliki ilmu yang hebat .Asas agama mereka pun kuat belajar di negara-negara Arab.Tetapi cuba kita fikir adakah kita belajar menuntut ilmu hanya untuk berbalah dan menegakkan benang masing-masing sampai ke peringkat saman menyaman.Agamawan sepatutnya kalau nak berbalah mesti dalam majlis tertutup bukan di hadapan masyarakat umum .Analoginya seperti Ayah dengan ibu kalau tidak puas hati ,perlu berbalah juga, maka lakukanlah didalam bilik bukan dihadapan anak-anak yang tidak berdosa kerana mereka pasti sedih bila melihat ibu bapa berbalah.
Masyarakat umum, ilmu mereka amat terbatas.Justeru mereka akan bingung, pegangan agama yang manakah yang benar. saya terdengar orang bercakap " orang agama kalau bergaduh kita diam saja , dengar sajalah, apa boleh buat? katanya dengan nada kecewa. Saya yakin ramai masyarakat amat kecewa dengan gelagat agamawan begini. bila berbalah semua pekung di buka .Mana pergi kefahaman kita terhadap hadis nabi :
1)Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia mencintai saudaranya sendiri sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
2) Sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah menutup keburukannya di akhirat nanti.
3) Jangan kamu marah- memarahi ,berhasad dengki,benci membenci .........
Pengajian hadis bukan hanya nak tunjuk hebat atau bijak mentakhrij sahih, daif dan mauduk sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah pengamalannya yang perlu diutamakan.
Orang kampung yang tak pandai mentakhrij hadis , kadang-kadang lebih terkehadapan dalam pengamalan agama dan penghayatan hadis.Sepatutnya ulama lebih lagi ...
Nasihat kepada Agamawan
1. Berlapang dadalah dalam kita berselisih pendapat terutama dalam masalah furuiyyah.
Itulah anjuran Imam hassan Al-Banna yang selalu disebut oleh pihak-pihak berbalah.Tepatilah adab berkhilaf.
2. Kembali kepada Al-Quran dan hadis yang menjadi rujukan kita dan sering dilaungkan oleh kedua pihak yang berbalah.
3. Jangan extrim kepada mazhab-mazhab kerana ulama dulu pun berkhilaf juga tetapi tidak sampai kepada tahap saman menyaman.
4. Banyakkan amalan untuk bekalan akhirat daripada berdebat,mujadalah yang tidak bermanfaat untuk perpaduan umat Islam.
5. Jangan mencemarkan imej ulama Islam dihadapan masyarakat, terutamanya dihadapan komuniti non- muslim .
Nasihat kepada orang awam
1. Ikutilah guru-guru yang menyeru kepada Islam berteraskan kasih sayang dan ilmiah serta hujjah yang kuat.
2. Jangan terlalu fanatik kepada guru-guru.
3. Perbanyakkan guru-guru kita supaya kita boleh lakukan check and balance.Janga hanya belajar kepada satu guru sahaja.
4. Perbanyakkanlah beramal dengan ibadah yang mempunyai nas yang jelas seperti solat sunat, baca quran ,sedekah dan sebagainya.
5. Jadilah pendamai bukan penghukum kepada pihak yang berbalah.
Kita amat mengharapkan kepada mereka yang berbalah agar menarik balik tuduhan dan saman menyaman dan berdamailah dengan semangat ukhuwwah Islam kerana inilah ujian Allah kepada orang yang berilmu.kalau mereka berjaya merentasi ujian ini ,insyaallah mereka akan berjaya membawa umat ini kepada kegemilangan dunia dan akhirat.
Sesungguhnya umur ini terlalu pendek untuk kita berbalah. Benar kata-kata" pegawai rendah yang berakhlak tinggi lebih baik dari pegawai tinggi yang berakhlak rendah". wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan