Jumaat, 6 November 2009

bicara tentang aurat

            Sebahagian daripada umat Islam seringkali mengabaikan hal menutup aurat terutama golongan wanita.Pendedahan aurat berlaku dimana-mana ,hal yang sangat menyedihkan seolah-olah manusia tidak menghiraukan hukum dan perintah Allah.Golongan wanita seharusnya sedar bahawa syariat  menutup aurat mempunyai hikmah yang besar . diantaranya menghindarkan dari gangguan orang yang fasiq,menutup keaiban diri dan menjaga maruah diri sendiri dan dihormati orang.

           Kewajipan menutup aurat seharusnya dilakukan dengan sempurna dengan menepati piawaian syarak .Islam telah menetapkan bahawa aurat bagi wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan bahkan segolongan ulama mengatakan seluruh badan termasuk muka juga .(pandangan syeikh Tantawi yang menolak niqab (purdah) adalah pandangan peribadinya dan bercanggah dengan pandangan ulama-ulama besar terdahulu atau di zaman ini .

         Para wanita semestinya sentiasa bersabar dalam mengenakan pakaian menutup aurat.Munkin mereka dicemuh dan dikeji,dituduh tidak mengikut perkembangan zaman dan sebagainya.Mereka juga perlu bersabar menahan nafsu “nak menunjuk2 kecantikan dan perhiasan diri ”.Mereka mesti insaf bahawa azab Allah disediakan kepada pelaku  maksiat ini.  Para Muslimah perlu membuktikan bahawa mereka bergerak seiring kemajuan zaman dengan pembuktian melalui penguasaan ilmu dan kemahiran terkini.

           Saya melihat budaya membuka aurat  terhasil dari filem-filem yang mendedahkan aurat dan hasil tauladan artis-artis yang kebanyakannya tidak  menutup aurat.Ini menatijahkan kemunculan remaja-remaja yang meniru gaya mereka.

        Sepatutnya para muslimah menjunjung tinggi perintah Allah ini bersesuaian dengan perintah  di dalam surah Al-ahzab 59 yang bermaksud: 

 “Wahai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu ,kepada anak-anak wanitamu dan isteri-isteri orang mukmin ,hendaklah menghulurkan jilbabnya.ini sebagai satu ciri buat mereka agar mereka tidak diganggu orang. Tuhan maha pengampun lagi maha penyayang”

       Diharamkan kepada para wanita ,menampakkan tubuh mereka ,melainkan wajah dan kedua-dua tapak tangan .Jika ia menampakkan bahagian selain kedua-dua ini bermakna ia telah menjerumuskan diri ke dalam kemurkaan Allah.

        Renungkan sabda rasulullah s.a.w : Dua golongan dari penduduk neraka yang aku tidak memandang mereka : 1) yang memiliki cambuk seperti ekor-ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. 2) wanita yang menampakkan auratnya menjadi fitnah kepada pandangan lelaki lagi berjalan melenggang lenggok ,kepala mereka seperti kepala unta .mereka tidak akan masuk kedalam syurga dan tidak akan mencium baunya ,sekalipun baunya boleh dicium dari jarak ini dan ini.                                           

                                                                    (hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad)

  

        Sebagai penyelesaian kepada masalah ini saya menyeru;

 Kepada artis-artis jangan anda menjadi ikon-ikon maksiat kepada remaja-remaja kita yang berumur setahun jagung.Tunjuklah tauladan yang baik kepada masyarakat. Jika anda menjadi contoh tidak baik ,anda akan menanggung dosa setiap orang yang meniru gaya anda.

2.   Ibu bapa wajib mendidik  anak-anak   menutup aurat  sedini munkin sebagaimana perintah solat .Apabila  anak-anak sudah besar agak sukar bagi ibu bapa mendidik mereka kerana nak melentur buluh biar  dari rebungnya.  

3.      Para pemimpin buatlah sesuatu kempen dan dakwah untuk membentuk arus perdana menutup aurat.

4.      Para guru didiklah anak murid anda menutup aurat.Terangkan kepada mereka kewajipan  yang besar ini dan hikmah yang pasti diperolehi darinya.

 Semoga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa menjaga aurat sebagaimana kita menjaga aurat didalam ibadat kita.wallaahua'lam.

    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan