Bercakap tentang pengorbanan memanglah mudah tetapi sukar dari segi pelaksanaannya.Ini kerana pengorbanan bererti mengorbankan sesuatu yang kita sayang samada nyawa ,harta atau masa kita.Tetapi bagi orang yang mempunyai keimanan yang kental ,tidak terasa berat bagi mereka untuk berkorban kerana mereka melihat dan mengetahui kelebihan yang disediakan oleh Allah di akhirat nanti.jadi orang yang mampu berkorban ialah mereka yang meyakini kepada Allah. Kita lihat nabi Ibrahim A.S patuh kepada perintah Allah bila diperintahkannya mengorbankan anak kesayangannya nabi Ismail.Nabi Ismail berkata kepada bapanya bila mendapat tahu hasrat ayahnya, silakan ayah sembelih saya jika itu perintah Allah.kalau remaja sekarang munkin mereka berkata "Potong saja kepala ayah,ayah kan sudah tua,ayah yang patut disembelih bukan saya. namun yang keluar dari mulut nabi Ismail hanyalah menifestasi dari keimanannya kepada Allah.
Falsafah korban ini mestilah dihayati oleh kita semua umat Islam. Pengorbanan akan menyebabkan tersebar luas lagi agama Allah yang suci ini.Kita tidak akan mengecapi nikmat iman ini jika tidak ada pengorbanan para nabi,sahabat-sahabat ,para ulama' dan pejuang-pejuang Islam.
Seperkara yang penting lagi sebagaimana kita dituntut berkorban kita juga dituntut menghargai pengorbanan orang lain.Hargailah pengorbanan Rasulullah yang sangat besar, sahabat-sahabat, para ulama,pemimpin-pemimpin Islam, ibu bapa kita yang banyak berkorban,isteri -isteri kita ,adik beradik ,teman-teman ,anak-anak dan anak murid kita. Tanpa mereka semua siapalah kita. bersempena raya korban ini ,marilah kita memulakan azam baru untuk berkorban apa sahaja demi untuk melihat Islam berdaulat di bumi Malaysia tercinta ini.
Diantara ruang pengorbanan yang boleh kita lakukan
1. Berkorban menuntut Ilmu di mana sahaja.
2..memelihara solat berjemaah di masjid.
3. Sentiasa menyumbang harta benda kita kepada jalan Allah.
4. Berkorban tenaga kita di jalan kebaikan.
5. berkorban masa kita untuk program-program agama.
6. Berkorban untuk tidak mengikut hawa nafsu kita .
7. Dan berbagai-bagai bentuk pengorbanan dalam perkara makruf.
Selamat beribadah korban dan menghayati falsafah korban untuk semua muslimin muslimat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan