Pagi tadi, alhamdulillah ustaz sempat menyampaikan kuliah subuh di masjid Jamek Taman Rinting.Ustaz menggunakan kitab Riadussalihin Imam Nawawi. Beberapa hadis dapat ustaz sampaikan didalam kuliah tersebut .Diantara intipati hadis yang disampaikan ialah berkaitan sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w bertanyakan sahabat-sahabat berkaitan harta yang paling dikasihi mereka samada harta mereka sendiri atau harta waris mereka .Sahabat menjawab tentulah harta mereka sendiri . Maka Rasulullah mengatakan harta mereka yang sebenar ialah yang mereka belanjakan pada jalan Allah .Harta waris mereka ialah yang mereka tinggalkan sebelum sempat berbelanja.Berbelanja pada jalan Allah disini seperti berbelanja untuk memenuhi keperluan keluarga,sedekah, zakat, memberi makan kepada orang lain,memberi hadiah dan sebagainya(amalan-amalan kebaikan).
Matan hadis berbunyi begini : Siapakah di antara kamu semua, yang harta orang yang mewarisinya itu , lebih disukainya berbanding hartanya sendiri.Para sahabat menjawab tidak ada seorang pun dari kita melainkan hartanya lebih dicintainya.Rasul menjawab hartanya yang sebenar ialah yang telah terdahulu digunakannya ,sedangkan harta orang mewarisinya adalah apa-apa yang ditinggalkan olehnya -setelah matinya. (riwayat al -Bukhari )
Pengajaran hadis :
1. Hadis ini memberi pengajaran bahawa fahaman yang tersebar sekarang ini yang mengatakan harta kita sebenar ialah harta yang disimpan, adalah salah sama sekali.Harta kita yang sebenar ialah yang kita dahulukan ke akhirat dan pahalanya tersimpan disisi Allah.
2. Hadis ini menggalakkan kita supaya membelanjakan harta sebanyak munkin kejalan kebaikan.
3. Harta adalah milik Allah dan diamanahkan kepada kita untuk menjaganya dan membelanjakan kearah kebaikan bukan pembaziran.
4. Kecintaan yang sebenar hanya kepada Allah bukan kepada harta benda yang bersifat fana' dan binasa.
5. Kedekut dan bakhil bukanlah sifat orang Islam sebenar.
Semoga kita dapat menghayati wasiat rasulullah ini di dalam kehidupan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan