Menyanggah pandangan ulama'-ulama besar seperti al-Nawawi ,Alghazali ,Imam Ramli,Al-Khatib Syirbini dll amatlah tidak wajar pada pandangan saya. Sanggahan ini, yang diajar oleh sebahagian ulama-ulama' muda zaman sekarang ini mencetuskan fahaman -fahaman tidak bermazhab ,dakwaan konon mazhab mereka adalah al-Quran dan hadis sahaja seolah-olah pandangan ulama-ulama' besar tidak mendasari Al-Quran dan hadis.Kebanyakan aliran tidak bermazhab ini dipegang oleh golongan cerdik pandai yang tidak belajar Islam dari asasnya atau dari akar umbinya.
Mereka bersemangat Islam setelah berumur dan mereka belajar dari sebahagian guru-guru muda ini dan terus fanatik dengan mereka.Mereka memperbanyakkan bacaan dalam bidang agama tanpa guru.Hanya memahami buku secara bersendirian dan tidak mengikut disiplin ilmu yang sebenarnya. Maka lahirlah sanggahan -sanggahan dan ungkapan tidak beradab terhadap tokoh-tokoh besar Islam terdahulu.Rentetan dari itu lahir fahaman-fahaman yang suka membidaahkan amalan-amalan sesuka hati tanpa mangkaji nas-nas .Mereka selalu berkata tidak ada nas-nas. padahal mereka sendiri belum membaca hadis secara keseluruhan.
Benar kata Syeikh said Ramadan Al-Bhuti : Fahaman tidak bermazhab adalah Bidaah baru yang menggugat syariat Islam pada zaman ini.
Nasihat saya;
1. Hormatilah ulama terdahulu kerana ilmu mereka sangat hebat dan melebihi ilmu kita .Ini dapat dilihat melalui karya-karya mereka yang banyak dan barakah sehingga diulang cetak sehingga hari ini.Mereka juga orang yang wara ' dan dekat dengan Allah melebihi kita.
2. Belajarlah Islam bermula dari asasnya melalui guru-guru yang dpercayai ilmunya dan dekat dengan Allah.
3. Ramaikanlah guru dan jangan terhad kepada satu guru sahaja kerana kita boleh menjadikan guru-guru ini sebagai check and balance diantara satu sama lain.
4. Jangan fanatik kepada guru dan fahaman ,biarlah kita bersifat terbuka dan berlapang dada di dalam permasaalahan yang diperselisihkan.
5. Menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan sepanjang zaman.
6. Berpeganglah kepada salah satu mazhab yang diiktiraf oleh syara'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan