Kapitalisme adalah fahaman yang berkaitan dengan ekonomi. Ia mempunyai cara berhubung dengan masyarakat dan politik berdasarkan kepada milik perseorangan. Kebiasaannya, seseorang itu adalah pemilik tunggal pada apa yang diusahakan olehnya manakala orang lain pula tindak berhak ke atas hartanya. Pemilik harta mempunyai hak memiliki jalan bagi mendapatkan sesuatu melalui cara yang boleh mendapatkannya. Cara-caranya adalah mendorong perasaan pentingkan diri dengan alasan ke arah kemajuan dari segi ekonomi. Mereka mengadakan beberapa peraturan yang diberi tugas kepada negara.
Ciri-ciri fahaman kapitalis ini adalah:
· Milik perseorangan pada sumber-sunber yang mendatangkan hasil seperti tanah, modal dan barang-barang. Kebiasaannya, seseorang itu bukan sahaja memiliki pakaian, alat-alat rumah, kenderaan dan binatang ternakan bahkan dia memiliki semua sumber yang menjadi keperluan orang ramai.
· Kebebasan bekerja dan menggunakan segala kekayaan yang ada bagi mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Pengikut fahaman ini menganggap sifat ini menjadi pendorong yang kuat dan penting bagi mencapai kejayaan dalam ekonomi dan peluang meningkatkan pekerjaan dan pendapatan.
· Perlumbaan antara pemilik dengan pesaing apabila berlaku saingan mengeluarkan barang-barang dan menentukan harga. Masing-masing mahu barang-barangnya laris mendapat sambutan.
· Membahagikan kelas dalam masyarakat. Pemilik berada dalam satu golongan manakala pekerja dan pengguna dalam golongan lain. Golongan yang pertama mentadbirkan urusan yang menjadi miliknya dengan memikul beban untung dan rugi. Manakala golongan yang kedua tidak mempunyai hubungan untung dan rugi tetapi lebih bermotif mendapat ganjaran dan kemudahan.
· Berusaha untuk maju dan meningkat. Golongan ini
· Kerajaan tidak boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi tetapi kuasanya adalah mengawal suasana bebas dan mewujudkan keadaan yang memberi kebebasan kepada rakyat memiliki harta melakukan kegiatan ekonomi
Fahaman ini muncul di negara-negara Eropah sejak pemerintahan Rom. Pemerintah mewujudkan golongan feudal dan golongan agama yang membawa ajaran bagi kepentingan peribadi. Bermula dengan memisahkan agama dengan dunia, mereka kemudian membebaskan diri daripada golongan feudal (bangsawan) lalu melahirkan golongan burjuwis (hartawan dari kalangan menengah). Daripada golongan ini, lahir golongan Kapitalis yang berlumba mencari kekayaan sehingga pandangan bebas bermula pada awal kurun ke-16 secara berperingkat. Seruan pertama adalah membebaskan diri daripada belenggu agama. Seruan kemudian adalah pembebasan melalui ajaran nasionalis (kebangsaan) dengan membebaskan bangsa masing-masing. Akhirnya berlaku kebebasan dalam kegiatan ekonomi.
Pengasasnya terdiri daripada ahli-ahli falsafah bukan Islam dan antaranya tidak percaya kepada Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan