Sejak akhir-akhir ini seorang senator amat galak menghentam seorang pemimpin politik pembangkang dengan membuat tuduhan-tuduhan melulu tanpa saksi konon hamba Allah itu berzina dan meliwat .
Kita perlu sedar dalam Islam ,amat dititik beratkan penjagaan maruah diri sendiri dan orang lain ,sebab itu dalam Islam ada peruntukan undang-undang Qazaf . Barang siapa menuduh seseorang berzina atau meliwat tanpa saksi maka dia berdosa besar dan dimurkai Allah . Jika menuduh maka mesti membawa saksi yang cukup , tidak cukup dengan sumpah sahaja .
Kita menasihati senator berkenaan supaya bertaubat kepada Allah terutama pada bulan mulia ini agar puasa kita diterima Allah .Jangan kerana permusuhan politik dan ada kepentingan tertentu kita sanggup menderhaka kepada Allah .Jika kita berani melakukan demikian bermakna kita berani menempa neraka Allah .Nauzubillah min zalik . Ya Allah Saya telah sampaikan nasihat >saksikan Ya Allah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan