Pertama: Haram berdoa untuk orang kafir jika doa yang dipanjatkan kepada Allah untuk memohon diberi keampunan dan diberi rahmat Allah dengan hujjah nabi dilarang Allah bila mendoakan keampunan kepada Abu Talib.
Kedua : Harus jika berdoa untuk mendapat hidayah Allah kerana warid nas bahawa nabi s.a.w mendoakan hidayah kepada Abu Jahal dan Saidina Umar. Hadisnya masyhur > Ya Allah muliakan Islam dengan salah seorang dari dua orang Amru bin Hisyam (Abu Jahal ) dan Omar Al khattab >
Nabi juga pernah mendoakan kepada penduduk Taif yang kafir : Ya Allah Berilah petunjuk kepada Kaumku kerana mereka tidak mengetahui.
Jadi jelas disini kalau mendoakan untuk mendapat hidayah adalah harus samada diluar khutbah atau didalam khutbah lebih-lebih lagi jika orang kafir itu agak cenderung kepada pemikiran Islam. wallahuaklam ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan