Isnin, 22 Mac 2010
nikmat persaudaraan
Mutakhir ini persaudaraan dipandang remeh oleh umat Islam,sedangkan Islam yang disebarkan kan oleh nabi teramat hebat menekankan soal-soal persaudaraan atau ukhuwwahIslam.lihat sahaja hadis nabi "tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri".Sejauh mana kita menghayati hadis ini yang berulang-ulang kali kita baca sejak dulu. Sebaik sahaja rasulullah saw sampai di Madinah baginda menyatukan Aus dan Khazraj yang bermusuh sejak sekian lama hanya kerana sebab-sebab remeh temeh.Nabi menyatukan pelbagai kaum yang bermusuhan. Ini menunjukkan penekanan nabi terhadap perkara ini. jika ditinjau kedalam masyarakat kita pada hari ini berapa ramai Islam yang mengabaikan aspek persaudaraan ini.Kerana itu kita mendapati di dalam masyarakat berlaku pergaduhan diantara suami isteri,adik beradik, jiran tetangga dan anak beranak.Sangat dikesalkan sekali terkadang permusuhan ini berlaku sehingga ke akhir hayat... Di manakah kita meletakkan hadis nabi ; Tdak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim... kita munkin bebeza pendapat .. tidak mengapa ianya berlaku tetapi kita mesti menghadapinya dengan bijaksana dan berlapang dada.Permusuhan boleh dielakkan jika pihak yang terbabit menghadapi perbezaan dengan aqal bukan dengan emosi.. Sama-sama kita hayati...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan