Terdapat hadis Rasulullah saw menjelaskan : barangsiapa menutup keaiban saudaranya maka Allah akan menutup keaiban dirinya dihari Qiamat.
mutaakhir ini kita melihat masalah penjagaan maruah ini telah diabaikan secara berleluasa.Kadang-kadang keburukan peribadi orang didedahkan secara meluas diakhbar-akhbar dan terkadang ianya menjadi tajuk besar dibaca oleh semua lapisan masyarakat.bayangkan betapa maruah manusia diinjak-injak seperti tidak berharga atas nama kepentingan politik dan jawatan.kenapa kita tidak menghiraukan larangan Allah dan azab Allahyang dahsyat diakhirat.Adakah mereka tidak percayakan kepada hari pembalasan?
Tuduhan liwat atau zina merupakan satu tuduhan yang berat dan ianya memerlukan kepada bukti yang kukuh serta yang menuduh perlu membawa 4 orang saksi yang adil.jika tidak sebaliknya yang menuduh akan menghadapi hukumaan Qazaf disebat sebanyak 80 kali sebatan.Ini adalah hukum ALLAH yang mesti diyakini dan dilaksanakan .Kenapa hukum ini begitu keras ? Tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menjaga maruah manusia itu sendiri.
Dalam menghadapi isu tuduhan liwat salah seorang pemimpin negara kita ini,diharapkan kita tidak terlibat didalam melakukan tuduhan tanpa bukti dan saksi kerana kita boleh saja dithabitkan dengan dosa qazaf di mahkamah Allah di akhirat nanti.Ya Allah ampunilah dosa kami ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan