Isnin, 22 Mac 2010
nikmat persaudaraan
Mutakhir ini persaudaraan dipandang remeh oleh umat Islam,sedangkan Islam yang disebarkan kan oleh nabi teramat hebat menekankan soal-soal persaudaraan atau ukhuwwahIslam.lihat sahaja hadis nabi "tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri".Sejauh mana kita menghayati hadis ini yang berulang-ulang kali kita baca sejak dulu. Sebaik sahaja rasulullah saw sampai di Madinah baginda menyatukan Aus dan Khazraj yang bermusuh sejak sekian lama hanya kerana sebab-sebab remeh temeh.Nabi menyatukan pelbagai kaum yang bermusuhan. Ini menunjukkan penekanan nabi terhadap perkara ini. jika ditinjau kedalam masyarakat kita pada hari ini berapa ramai Islam yang mengabaikan aspek persaudaraan ini.Kerana itu kita mendapati di dalam masyarakat berlaku pergaduhan diantara suami isteri,adik beradik, jiran tetangga dan anak beranak.Sangat dikesalkan sekali terkadang permusuhan ini berlaku sehingga ke akhir hayat... Di manakah kita meletakkan hadis nabi ; Tdak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim... kita munkin bebeza pendapat .. tidak mengapa ianya berlaku tetapi kita mesti menghadapinya dengan bijaksana dan berlapang dada.Permusuhan boleh dielakkan jika pihak yang terbabit menghadapi perbezaan dengan aqal bukan dengan emosi.. Sama-sama kita hayati...
Rabu, 17 Mac 2010
Dosa qazaf
Islam amat menitikberatkan soal maruah manusia.oleh kerana itu kita mendapati banyak nas-nas yang menjelaskan perlunya kita menjaga maruah dan sesekali tidak dibenarkan umat ini mendedahkan keaiban manusia lain yang akan mencemarkan maruahnya.Kerana itu Islam mengharamkan umpat keji,caci maki,fitnah memfitnah dll.
Terdapat hadis Rasulullah saw menjelaskan : barangsiapa menutup keaiban saudaranya maka Allah akan menutup keaiban dirinya dihari Qiamat.
mutaakhir ini kita melihat masalah penjagaan maruah ini telah diabaikan secara berleluasa.Kadang-kadang keburukan peribadi orang didedahkan secara meluas diakhbar-akhbar dan terkadang ianya menjadi tajuk besar dibaca oleh semua lapisan masyarakat.bayangkan betapa maruah manusia diinjak-injak seperti tidak berharga atas nama kepentingan politik dan jawatan.kenapa kita tidak menghiraukan larangan Allah dan azab Allahyang dahsyat diakhirat.Adakah mereka tidak percayakan kepada hari pembalasan?
Tuduhan liwat atau zina merupakan satu tuduhan yang berat dan ianya memerlukan kepada bukti yang kukuh serta yang menuduh perlu membawa 4 orang saksi yang adil.jika tidak sebaliknya yang menuduh akan menghadapi hukumaan Qazaf disebat sebanyak 80 kali sebatan.Ini adalah hukum ALLAH yang mesti diyakini dan dilaksanakan .Kenapa hukum ini begitu keras ? Tidak lain dan tidak bukan melainkan untuk menjaga maruah manusia itu sendiri.
Dalam menghadapi isu tuduhan liwat salah seorang pemimpin negara kita ini,diharapkan kita tidak terlibat didalam melakukan tuduhan tanpa bukti dan saksi kerana kita boleh saja dithabitkan dengan dosa qazaf di mahkamah Allah di akhirat nanti.Ya Allah ampunilah dosa kami ....
Langgan:
Catatan (Atom)