Sabtu, 16 Januari 2010
bekalan Akhirat
Bila ustaz meneliti sebuah kitab Nasaihul ibad ,ustaz terjumpa sebuah kata-kata yang dinisbahkan kepada saidina abu Bakr ; Sesiapa yang masuk ke dalam kubur tanpa bekalan seperti orang yang mengharungi lautan tanpa bahtera. kata-kata ini mengingatkan kita betapa perlunya bekalan amalan-amalan akhirat untuk kita bawa bertemu Allah s.w.t nanti.Persoalannya bilakah kita perlu mempersiapkan bekalan itu adakah 10 tahun lagi,20 tahun lagi atau selepas pencen ? Tidak dinafikan wujud golongan yang menangguhkan amalan seperti ini.Hakikatnya kita perlu mempersiapkan bekalan mulai sekarang kerana kita tidak dapat menolak ketentuan taqdir Allah untuk menjemput kita. Ada orang yang tidak sempat sampai pencen sudah meninggalkan kita.lihat sekeliling kita ..... Pak long mat dah meninggalkan kita, tok jah,mek senik, cik som, Lebai Chin, Che Long dah lama meninggalkan kita... Tok sara baru saja meninggalkan kita .kuburnya masih merah lagi. inilah gambaran sinonimnya kematian dalam kehidupan kita. sedang kita bertungkus lumus mengejar keduniaan tanpa henti sehingga lupa keutamaan akhirat..mari sama kita berfikir..wahai calon-calon jenazah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan