pandangan saya dalam isu ini ...berdasarkan beberapa fakta.
1. Allah tuhan yang esa merupakan tuhan kepada sekelian alam ,Allah tuhan orang Islam,tuhan orang budha ,tuhan orang hindu dan tuhan orang yang tidak mengaku ada tuhan.
2. penggunaan kalimah Allah diamalkan sejak zaman nabi lagi .ada banyak buktinya sila kaji.
3. Penggunaan nama Allah diamalkan di Mesir dan Indonesia dll.
4. Tidak ada dalil yang mengharamkan penggunaan nama Allah dalam Al-Quran dan hadis.
Walaupun ada hujjah-hujjah yang membolehkan tetapi penggunaan nama Allah dalam konteks yang benar sahaja yang diharuskan.Ini bermakna bila orang kristian hendak menggunakan nama Allah mesti memaksudkan Allah ialah Allah yang esa bukan yang berbilang-bilang.
Tetapi sekarang tidak berlaku demikian ,mereka memaksudkan Allah yang ada sekutu dan menyerupai makhluk.
Implikasi penggunaan kalimah Allah bagi kristian:
1. mereka boleh memohon peruntukan lebih banyak untuk gereja atas dasar persamaan rumah Allah.
2. Nama Allah akan ditulis digereja-gereja mereka atau dibilik-bilik air atau tandas mereka tanpa kita boleh menghalangnya sedangkan nama Allah kalimah yang mulia .
3. Nama Allah akan ditulis dimana-mana dan dijual oleh orang kafir..
4. Agama-agama lain juga akan memohon untuk menggunakan nama Allah munkin untuk tujuan persendaan sahaja .Mereka munkin tidak akan menjaga kesucian nama Allah.
5. mereka munkin ada muslihat tertentu buktinya:
5.1 kenapa hanya majalah edisi bahasa malaysia sahaja menggunakan nama Allah .sedangkan majalah edisi bahasa inggeris tidak menggunakan nama Allah.
5.2 kenapa mereka menggunakan nama Allah di malaysia dan negara islam sahaja.sedangkan di negara eropah tidak digunakan.Adakah nama tuhan pun mereka berkhilaf sedangkan itu masalah asas aqidah mereka.Didalam filem orang putih tidak pernah sepatah pun mereka sebut kalimah Allah.
5.3 Kenapa sekarang baru mereka nak menggunakan kalimah Allah.Adakah setelah mereka melihat peluang berdakyah kristian kepada orang melayu atau bagi menghalang orang mereka keluar dari kristian.
5.4 Pengalaman di Indonesia amat menggerunkan kita apabila dalam satu keluarga ada pelbagai agama atas nama persamaan nama Allah.begitu juga pelbagai agama boleh menghadiri masjid untuk mengamalkan agama masing-masing atas dasar persamaan tuhan.
5.5 Orang arab jahiliyyah menggunakan nama Allah atas i'tiqad Allah esa dan berkuasa .cuma mereka mengadakan syirik dari luar seperti disamping Allah ada tuhan lain. mereka tidak kata Allah berbilang-bilang... atau ada isteri dan anak .....
Maka atas dasar dan hujjah -hujjah ini , kita perlu berhati-hati dan berfikir panjang untuk membenarkan digunakan nama Allah..... Ini adalah pendapat ustaz .yang tak puas hati sila perdebatkan pendapat ustaz dengan hujjah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan