Selasa, 19 Januari 2010
Tauhid uluhiyyah,rububiyyah
Tauhid uluhiyyah,rububiyyah dan Asma wassifat adalah tauhid yang disebut oleh sebahagian ulama-ulama besar seperti Ibnu taimiyyah,Ibnu Qayyim,dr. Abd. karim zaidan, Dr. Fathi Yakan,Tuan Guru hj. Abd. Hadi Awang dan semua ulama-ulama di Arab Saudi.Tauhid ini adalah Manhaj ilmu yang digunakan untuk mengenal Allah dan mentauhidkannya dengan benar .Ianya berasaskan kepada nas Al-Quran, antaranya dalam surah annas Allah berfirman : ...Rabbinnas, Ilahinnas ...(dan banyak dalil lagi ) Jadi Apa beza antara Rab dan Ilah disitu. Bahasa melayu mengatakan tuhan .tetapi ada perbezaan antara RAB dan ILAH dimana Rab adalah pengakuan kita bahawa Allah pencipta dan pentadbir alam manakala ILAH bermakna tuhan yang kita mengabdikan diri kepadanya tidak kepada yang lain.Jadi kita mentauhidkan Allah darisegi pengakuan kita akan kekuasaan Allah yang dinamakan tauhid rububiyyah dan kita mengabdikan diri hanya kepadanya tidak kepada yang lain. Ini dinamakan tauhid uluhiyyah. Jadi saya tidak nampak ianya bertentangan dengan al-Quran .samalah seperti tauhid melalui sifat 20 yang kita belajar. Di zaman nabi dulu pun tidak ada tauhid melalui pengajaran sifat 20 .Adakah ianya bercanggah dengan Al-Quran? Bagi saya perkara ini lebih kepada manhaj dan pendekatan yang berbeza-beza tetapi matlamatnya sama iaitu mentauhidkan Allah swt.walllahuaklam.
Sabtu, 16 Januari 2010
Allah
Pada masa kini ,isu penggunaan nama Allah diperdebatkan dengan hebat.Ulama-ulama dan asatizah saling berkhilaf pendapat tentang isu ini sehingga umat naik pening.Seorang ustaz kata boleh ,ustaz yang lain kata tak boleh.mana satu yang betul?
pandangan saya dalam isu ini ...berdasarkan beberapa fakta.
1. Allah tuhan yang esa merupakan tuhan kepada sekelian alam ,Allah tuhan orang Islam,tuhan orang budha ,tuhan orang hindu dan tuhan orang yang tidak mengaku ada tuhan.
2. penggunaan kalimah Allah diamalkan sejak zaman nabi lagi .ada banyak buktinya sila kaji.
3. Penggunaan nama Allah diamalkan di Mesir dan Indonesia dll.
4. Tidak ada dalil yang mengharamkan penggunaan nama Allah dalam Al-Quran dan hadis.
Walaupun ada hujjah-hujjah yang membolehkan tetapi penggunaan nama Allah dalam konteks yang benar sahaja yang diharuskan.Ini bermakna bila orang kristian hendak menggunakan nama Allah mesti memaksudkan Allah ialah Allah yang esa bukan yang berbilang-bilang.
Tetapi sekarang tidak berlaku demikian ,mereka memaksudkan Allah yang ada sekutu dan menyerupai makhluk.
Implikasi penggunaan kalimah Allah bagi kristian:
1. mereka boleh memohon peruntukan lebih banyak untuk gereja atas dasar persamaan rumah Allah.
2. Nama Allah akan ditulis digereja-gereja mereka atau dibilik-bilik air atau tandas mereka tanpa kita boleh menghalangnya sedangkan nama Allah kalimah yang mulia .
3. Nama Allah akan ditulis dimana-mana dan dijual oleh orang kafir..
4. Agama-agama lain juga akan memohon untuk menggunakan nama Allah munkin untuk tujuan persendaan sahaja .Mereka munkin tidak akan menjaga kesucian nama Allah.
5. mereka munkin ada muslihat tertentu buktinya:
5.1 kenapa hanya majalah edisi bahasa malaysia sahaja menggunakan nama Allah .sedangkan majalah edisi bahasa inggeris tidak menggunakan nama Allah.
5.2 kenapa mereka menggunakan nama Allah di malaysia dan negara islam sahaja.sedangkan di negara eropah tidak digunakan.Adakah nama tuhan pun mereka berkhilaf sedangkan itu masalah asas aqidah mereka.Didalam filem orang putih tidak pernah sepatah pun mereka sebut kalimah Allah.
5.3 Kenapa sekarang baru mereka nak menggunakan kalimah Allah.Adakah setelah mereka melihat peluang berdakyah kristian kepada orang melayu atau bagi menghalang orang mereka keluar dari kristian.
5.4 Pengalaman di Indonesia amat menggerunkan kita apabila dalam satu keluarga ada pelbagai agama atas nama persamaan nama Allah.begitu juga pelbagai agama boleh menghadiri masjid untuk mengamalkan agama masing-masing atas dasar persamaan tuhan.
5.5 Orang arab jahiliyyah menggunakan nama Allah atas i'tiqad Allah esa dan berkuasa .cuma mereka mengadakan syirik dari luar seperti disamping Allah ada tuhan lain. mereka tidak kata Allah berbilang-bilang... atau ada isteri dan anak .....
Maka atas dasar dan hujjah -hujjah ini , kita perlu berhati-hati dan berfikir panjang untuk membenarkan digunakan nama Allah..... Ini adalah pendapat ustaz .yang tak puas hati sila perdebatkan pendapat ustaz dengan hujjah..
bekalan Akhirat
Bila ustaz meneliti sebuah kitab Nasaihul ibad ,ustaz terjumpa sebuah kata-kata yang dinisbahkan kepada saidina abu Bakr ; Sesiapa yang masuk ke dalam kubur tanpa bekalan seperti orang yang mengharungi lautan tanpa bahtera. kata-kata ini mengingatkan kita betapa perlunya bekalan amalan-amalan akhirat untuk kita bawa bertemu Allah s.w.t nanti.Persoalannya bilakah kita perlu mempersiapkan bekalan itu adakah 10 tahun lagi,20 tahun lagi atau selepas pencen ? Tidak dinafikan wujud golongan yang menangguhkan amalan seperti ini.Hakikatnya kita perlu mempersiapkan bekalan mulai sekarang kerana kita tidak dapat menolak ketentuan taqdir Allah untuk menjemput kita. Ada orang yang tidak sempat sampai pencen sudah meninggalkan kita.lihat sekeliling kita ..... Pak long mat dah meninggalkan kita, tok jah,mek senik, cik som, Lebai Chin, Che Long dah lama meninggalkan kita... Tok sara baru saja meninggalkan kita .kuburnya masih merah lagi. inilah gambaran sinonimnya kematian dalam kehidupan kita. sedang kita bertungkus lumus mengejar keduniaan tanpa henti sehingga lupa keutamaan akhirat..mari sama kita berfikir..wahai calon-calon jenazah.
Selasa, 5 Januari 2010
kehidupan dan ujian
orang mukmin tidak terelak daripada menghadapi ujian Allah.Ujian Allah kepada orang mukmin bertujuan menghapuskan dosa mereka dan menaikkan darjat mereka.para anbia' banyak mendapat ujian dari Allah.Lihat nabi Musa diuji Allah dengan kezaliman firaun,nabi yusuf diuji dengan adik beradik dan wanita dan memasuki penjara.nabi Yahya dibunuh oleh Yahudi.Khulafa Rasyidin ada yang mati kerana dibunuh musuh.Syed Qutb,Umar Mukhtar,Abd. Qadir Audah mati di tali gantung. Itulah ujian Allah kepada mereka untuk menghapus dosa,menambah pahala atau menaikkan darjat mereka diakhirat nanti.terdapat 2 bentuk ujian dalam hidup ini ,ujian kesenangan atau kesusahan.Adakah kita boleh bersabar bila menghadapi ujian Allah?bermuhasabahlah diri kita semua.......
Langgan:
Catatan (Atom)