Rabu, 19 Mei 2010

Zulhelmi-Johan Qari negeri johor

      Baru semalam ustaz mendapat berita gembira bahawa anak murid ustaz, Zulhelmi mendapat Johan tilawah Al-Quran peringkat negeri johor. beliau menuntut  di salah sebuah institusi pengajian tinggi di melaka.Bekas pelajar SMKA JB dan sekarang berumur lingkungan 19 tahun.ustaz turut merasa gembira dengan kejayaan tersebut .Johan menunggu tahun lepas Ustaz Hasni juga tewas dalam Tilawah tersebut dan hanya boleh berpuas hati dengan kedudukan naib Johan sahaja. Cuma ustaz ingin utarakan disini beberapa nasihat  kepada semua Qari-qari yang telah berjaya : 

1. Anda perlulah bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan  oleh Allah ilmu yang hebat tentang Al-Quran yang tidak dikurniakan kepada orang lain.

2. Jangan takabbur dan sombong dengan ilmu yang dimiliki sebaliknya bersikap rendah diri.

3. Anda dipertanggungjawabkan untuk menyebarkan ilmu Al-Quran.

4. jangan merendahkan orang lain yang jahil Al-Quran .

5.  Anda perlu iklhlas dalam belajar,mengajar dan dalam menguji bacaan anda .Niatlah kerana Allah ,demi untuk menyebarkan al-Quran dan ilmunya.

6. Dalamilah makna-makna dan tafsir Al-Quran serta amalkanlah Al-Quran dalam kehidupan  kerana itulah tujuan Al-Quran diturunkan.

Tahniah kepada Ustaz Zulhelmi .Ustaz amat berbangga dengan Anda.Wallahuaklam.

2 ulasan:

  1. saya kurang faham lah ustaz, betul ke dikurniakan ilmu yang hebat tentang al-quran?? kalu kata suara merdu dalam bacaan alquran boleh lah. tak pun pandai sedikit tentang qiraat atau lagu. tapi nak kata ilmu yang hebat tentang al-Quran tak boleh diterima..hebat sebenarnya jika mampu memahami, mentadabbur, mentafsir, mengistinbat hukum hakam dan sebagainya.

    BalasPadam
  2. Arwah dh tinggalkan kita buat selama-lamanya... Moga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah buat Allahyarham Mohamad Zulhilmi bin Ibrahim...

    BalasPadam