Al-Kisah ,Kelmarin,seorang pelajar menghantar surat kepada saya menceritakan kepada saya bahawa berlaku gangguan terhadap dirinya sehingga fikirannya menjadi kacau dan tidak boleh memfokuskan terhadap pelajaran.Saya bertanya tentang bentuk gangguan ,tetapi dia tidak mahu menceritakan dengan lebih terperinci . Secara umum saya boleh menggambarkan permasaalahan yang dihadapi iaitu gangguan was-was syaitan yang biasanya melibatkan perkara agama.
Sebenarnya gangguan syaitan ini bergantung kepada kekuatan iman seseorang,lagi kuat iman seseorang lagi kuat godaan syaitan dan was-was yang masuk dalam diri anak Adam.Sebab itulah syaitan tidak mengganggu orang kafir.... Nabi kita pernah ditanya tentang gangguan syaitan dalam hati manusia.... Sabda rasulullah : 'Itulah intipati keimanan".Saya nasihatkan pelajar ini supaya dia:
1. Jangan melayan perasaannya ,tumpukan kepada khusyuk dalam solat.
2. Segala lintasan hati yang walaupun berkaitan hukum agama dimaafkan oleh Allah selagi tidak dilafazkan, dengan syarat jangan melayan perasaan itu.
3. Banyakkan membaca Istighfar kepada Allah.
4. Banyakkan menyebut "Amantu billah- Aku beriman kepada Allah.
5. Jangan biarkan syaitan memusnahkan hidup anda tetapi anda mesti melawannya dengan zikrullah.
6. jangan menangis bila tertekan kerana bisikan syaitan amat berkesan kepada orang yang bersedih.
7. selalulah ceria dan gembira kerana ia akan menyedihkan syaitan.
8. Minta doa kepada Allah dan serahkan seluruh kehidupan kita hanya kepada Allah.
Moga kita semua terselamat dari gangguan dan godaan syaitan .Amin ya Rab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan