Alhamdulillah setelah bercuti panjang ,pada waktu ini saya kembali ke teratak usang di Pasir Gudang ini ,hari ini terasa nak menyambung kembali tulisan di blog ini yang agak sudah lama terhenti . Diantara keistimewaan manusia daripada makhluk yang lain mereka memiliki akal fikiran yang perlu digunakan sebaik munkin untuk mencari kebenaran.akal kurniaan Allah ini perlu dimaksimumkan penggunaannya supaya boleh membangunkan ummah kearah menjadi ummah yang terbaik yang dikeluarkan kepada manusia untuk menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari kemungkaran. Akal inilah yang membezakan antara manusia dan binatang.
Allah memerintahkan kita sentiasa memelihara aqal kita ,itulah diantara hikmah besar pengharaman arak yang boleh membinasakan aqal fikiran ,justeru menyebabkan banyak kerosakan berlaku.Munkin dengan sebab rosaknya aqal ini akan mengakibatkan kerosakan persekitaran dan tidak tersembunyi daripada kita bahawa kerosakan aqal pemimpin akan mengakibatkan kemusnahan sesebuah negara .Tidak mustahil kerosakan sesebuah negara akan berlaku apabila rosak pemikiran pemimpinnya .kita boleh melihat kemusnahan yang berlaku di Iraq,Afghanistan, Pelestin dan lain-lain. Kerosakan pemikiran boleh berlaku bilamana ianya tidak diasaskan mengikut susur galur al-Quran .
Didalam konteks keluarga ,akan berlaku keruntuhan sesebuah keluarga apabila suami atau isteri tidak berfikiran mengikut Al-Quran. Kita dapat melihat sebuah keluarga yang pada mulanya bahagia tetapi apabila selepas itu ia menyimpang dari Al-Quran seperti suami mula tidak bertanggungjawab atau isteri mula menyimpang dari kebenaran maka berlakulah kemusnahan sebuah keluarga.Maka perlu diingatkan peri pentingnya kita semua berhati-hati dan berwaspada dari penyimpangan ini.Apa yang jelas segala bentuk tindakan dan pemikiran kita tidak boleh terkeluar dari kerangka Al-Quran dan Sunnah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan