Selasa, 19 Januari 2010

Tauhid uluhiyyah,rububiyyah

Tauhid uluhiyyah,rububiyyah dan Asma wassifat adalah tauhid yang disebut oleh sebahagian ulama-ulama besar seperti Ibnu taimiyyah,Ibnu Qayyim,dr. Abd. karim zaidan, Dr. Fathi Yakan,Tuan Guru hj. Abd. Hadi Awang dan semua ulama-ulama di Arab Saudi.Tauhid ini adalah Manhaj ilmu yang digunakan untuk mengenal Allah dan mentauhidkannya dengan benar .Ianya berasaskan kepada nas Al-Quran, antaranya dalam surah annas Allah berfirman : ...Rabbinnas, Ilahinnas ...(dan banyak dalil lagi )  Jadi Apa beza antara Rab dan Ilah disitu. Bahasa melayu mengatakan tuhan .tetapi ada perbezaan antara RAB dan ILAH dimana Rab adalah pengakuan kita bahawa Allah pencipta dan pentadbir alam manakala ILAH bermakna tuhan yang kita mengabdikan diri kepadanya tidak kepada yang lain.Jadi kita mentauhidkan Allah darisegi pengakuan kita akan kekuasaan Allah yang dinamakan tauhid rububiyyah dan kita mengabdikan diri hanya kepadanya tidak kepada yang lain. Ini dinamakan tauhid uluhiyyah. Jadi saya tidak nampak ianya bertentangan dengan al-Quran .samalah seperti tauhid melalui sifat 20 yang kita belajar. Di zaman nabi dulu pun tidak ada tauhid melalui pengajaran sifat 20 .Adakah ianya bercanggah dengan Al-Quran? Bagi saya perkara ini lebih kepada manhaj dan pendekatan yang berbeza-beza tetapi matlamatnya sama iaitu mentauhidkan Allah swt.walllahuaklam.

Sabtu, 16 Januari 2010

Allah

Pada masa kini ,isu penggunaan nama Allah diperdebatkan dengan hebat.Ulama-ulama dan asatizah saling berkhilaf pendapat tentang isu ini sehingga umat naik pening.Seorang ustaz kata boleh ,ustaz yang lain kata tak boleh.mana satu yang betul? 

pandangan saya dalam isu ini ...berdasarkan beberapa fakta.

1. Allah tuhan yang esa merupakan tuhan kepada sekelian alam ,Allah tuhan orang Islam,tuhan orang budha ,tuhan orang hindu dan tuhan orang yang tidak mengaku ada tuhan.

2. penggunaan kalimah Allah diamalkan sejak zaman nabi lagi .ada banyak buktinya sila kaji.

3. Penggunaan nama Allah diamalkan di Mesir dan Indonesia dll.

4. Tidak ada dalil yang mengharamkan penggunaan nama Allah dalam Al-Quran dan hadis.

Walaupun ada hujjah-hujjah yang membolehkan tetapi penggunaan nama Allah dalam konteks yang benar sahaja yang diharuskan.Ini bermakna bila orang kristian hendak menggunakan nama Allah mesti memaksudkan Allah ialah Allah yang esa bukan yang berbilang-bilang.

Tetapi sekarang tidak berlaku demikian ,mereka memaksudkan Allah yang ada sekutu dan menyerupai makhluk.

Implikasi penggunaan kalimah Allah bagi kristian:

1. mereka boleh memohon peruntukan lebih banyak untuk gereja atas dasar  persamaan rumah Allah.

2. Nama Allah akan ditulis digereja-gereja mereka atau dibilik-bilik air atau tandas mereka tanpa kita boleh menghalangnya sedangkan nama Allah kalimah yang mulia .

3. Nama Allah akan ditulis dimana-mana dan dijual oleh orang kafir..

4. Agama-agama lain juga akan memohon untuk menggunakan nama Allah munkin untuk tujuan persendaan sahaja .Mereka munkin tidak akan menjaga kesucian nama Allah.

5. mereka munkin ada muslihat tertentu buktinya:

5.1  kenapa hanya majalah edisi bahasa malaysia sahaja menggunakan nama Allah .sedangkan majalah edisi bahasa inggeris tidak menggunakan nama Allah.

5.2 kenapa  mereka menggunakan nama Allah di malaysia dan negara islam sahaja.sedangkan di negara eropah tidak digunakan.Adakah nama tuhan pun mereka berkhilaf sedangkan itu masalah asas aqidah mereka.Didalam filem orang putih tidak pernah sepatah pun mereka sebut kalimah Allah.

5.3 Kenapa sekarang baru mereka nak menggunakan kalimah Allah.Adakah setelah mereka melihat peluang berdakyah kristian kepada orang melayu atau bagi menghalang orang mereka keluar dari kristian.

5.4 Pengalaman di Indonesia amat menggerunkan kita apabila dalam satu keluarga ada pelbagai agama atas nama persamaan nama Allah.begitu juga pelbagai agama boleh menghadiri masjid untuk mengamalkan agama masing-masing atas dasar persamaan tuhan. 

5.5 Orang arab jahiliyyah menggunakan nama Allah atas i'tiqad Allah esa dan berkuasa .cuma mereka mengadakan syirik dari luar seperti disamping Allah ada tuhan lain. mereka tidak kata Allah berbilang-bilang... atau ada isteri dan anak .....

Maka atas dasar dan hujjah -hujjah ini , kita perlu berhati-hati dan berfikir panjang untuk membenarkan digunakan nama Allah.....  Ini adalah pendapat ustaz .yang tak puas hati sila perdebatkan pendapat ustaz dengan hujjah.. 

 

bekalan Akhirat

            Bila ustaz meneliti sebuah kitab Nasaihul ibad ,ustaz  terjumpa sebuah kata-kata yang dinisbahkan kepada saidina abu Bakr ; Sesiapa yang masuk ke dalam kubur tanpa bekalan seperti orang yang mengharungi lautan tanpa bahtera. kata-kata ini mengingatkan kita betapa perlunya bekalan amalan-amalan akhirat untuk kita bawa bertemu Allah s.w.t nanti.Persoalannya bilakah kita perlu mempersiapkan bekalan itu adakah 10 tahun lagi,20 tahun lagi atau selepas pencen ? Tidak dinafikan wujud golongan yang menangguhkan amalan seperti ini.Hakikatnya kita perlu mempersiapkan bekalan mulai sekarang kerana kita tidak dapat menolak ketentuan taqdir Allah untuk menjemput kita. Ada orang yang tidak sempat sampai pencen sudah meninggalkan kita.lihat sekeliling kita ..... Pak long mat dah meninggalkan kita, tok jah,mek senik, cik som, Lebai Chin, Che Long dah lama meninggalkan kita...  Tok sara baru saja meninggalkan kita .kuburnya masih merah lagi. inilah gambaran sinonimnya kematian dalam kehidupan kita. sedang kita bertungkus lumus mengejar keduniaan tanpa henti sehingga lupa keutamaan akhirat..mari sama kita berfikir..wahai calon-calon jenazah. 

Selasa, 5 Januari 2010

kehidupan dan ujian

             orang mukmin tidak terelak  daripada menghadapi ujian Allah.Ujian Allah kepada orang mukmin bertujuan menghapuskan dosa mereka dan menaikkan darjat mereka.para anbia' banyak mendapat ujian dari Allah.Lihat nabi Musa diuji Allah dengan kezaliman firaun,nabi yusuf diuji dengan adik beradik dan wanita dan memasuki penjara.nabi Yahya dibunuh oleh Yahudi.Khulafa Rasyidin ada yang mati kerana dibunuh musuh.Syed Qutb,Umar Mukhtar,Abd. Qadir Audah mati di tali gantung. Itulah ujian Allah kepada mereka untuk menghapus dosa,menambah pahala atau menaikkan darjat mereka diakhirat nanti.terdapat 2 bentuk ujian dalam hidup ini ,ujian kesenangan atau kesusahan.Adakah kita boleh bersabar bila menghadapi ujian Allah?bermuhasabahlah diri kita semua....... 

Sabtu, 26 Disember 2009

Gila kemewahan

Baru-baru ini meledak satu isu yang amat memalukan negara kita iaitu kehilangan dua unit enjin jet TUDM .Ini mengakibatkan negara kita kerugian RM 100 juta.Ini bermakna orang yang berjaya menjualnya telah mendapat duit haram yang akan digunakan untuk menampung kehidupannya dan keluarga sekelilingnya. Didalam Islam mencuri adalah haram dan berdosa besar dan memakan harta haram akibatnya adalah neraka .nabi bersabda: Setiap daging yang tumbuh dari benda haram maka nerakalah yang layak baginya.Ini menggambarkan kepada kita bahawa orang yang sanggup melakukan demikian tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat,mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memuaskan nafsu serakah mereka dan nafsu ingin hidup dengan dikelilingi kemewahan walaupun dari sumber yang haram .Bagi mereka nerakapun tidak mengapa asal nafsu dapat dipenuhi,Orang yang terlibat dengan harta haram jika ingin bertaubat dia mestilah mengembalikan atau mengganti semua harta yang dicuri itu .
Kita boleh bayangkan bagaimana mereka sanggup bertaubat kalau harta itu telah digunakan untuk membeli rumah,kereta,aset-aset penting,makan minum dan pendek kata semua perkara berkaitan kehidupannya.kalau mereka ingin bertaubat mereka perlu menjual atau mendermakan semua yang dibeli dengan harta haram.Sanggupkah mereka..... kalau harta itu diberi kepada anak-anak bagaimana mereka akan memintanya kembali.....
Sebenarnya kita orang Islam dituntut oleh Allah supaya hidup mengikut syariatnya .Kalau kita perlu mencari dunia carilah melalui jalan yang halal. Jadikan dunia sebagai wasilah mencari keredaannya.... Kerana hidup kita tidak akan lama di dunia.....

Khamis, 17 Disember 2009

Didik anak menghargai masa

Pada musim cuti ini anak-anak kita banyak masa untuk berada dirumah bersama keluarga. Tidak dinafikan ianya mempunyai kebaikan kerana boleh bersama-sama keluarga .satu hal yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka ,iaitu apabila banyak masa terluang maka banyaklah masa digunakan untuk menonton TV.Sememangnya TV juga menyediakan program-program yang menarik untuk menarik ramai penonton .Kita Ambil contoh berdasarkan akhbar terdapat satu hari dimana program TVnya amat padat.Pada pukul 9.00 pagi anak-anak menonton kartun atau filem animasi (1 jam)diikuti jam 1.30 drama anak Betong (1 jam) seterusnya jam 3 ptg drama Tasbih cinta (1 jam ) kemudian selepas Asar ada pula drama Cucu betong(1 jam) dan pada sebelah malamnya ada pula filem Spiderman (2 jam) jika dijumlahkan masanya semua sekali - 6 jam anak-anak kita membuang masa dihadapan TV.Bayangkan jika setiap hari cuti masa mereka dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah ini. Apa akan berlaku kepada anak kita.jika generasi kita membesar seperti ini apa akan berlaku kepada mereka dan apa yang boleh diharapkan daripada generasi ini? sama-samalah kita berhijrah kearah yang lebih baik......

Fikirkan umurmu

Alhamdulillah kita telah memasuki tahun baru hijrah 1431, ini merupakan nikmat Allah kerana dipanjangkan umur kita dapat lagi menempuh tahun baru hijrah pada tahun ini. Akan tetapi dalam keazaman baru menyambut tahun baru hijrah kita tidak boleh lupa bahawa setiap kali kita melalui tahun baru hijrah maka ini bererti telah bertambah umur kita .Umur kita ini sememangnya tidak panjang sangat tidak sama dengan umur umat terdahulu. Nabi bersabda : Umur umat aku diantara 60 -70 tahun .Dalam satu statistik jangkahayat umur rakyat Malaysia sekitar 75 tahun sahaja.Disini kita boleh menganggarkan umur yang tinggal bagi kita .Jika tahun ini kita berumur 40 tahun bermakna umur kita tinggal lagi 35 tahun .Itu pun jika umur kita boleh sampai ke angka tersebut.bagaimana orang yang dipanggil lebih awal oleh Allah.persoalannya apa yang perlu kita lakukan dengan 35 tahun(jika boleh sampai ke umur tersebut) sebagai pengisian bermakna dalam hidup kita.Adakah kita hanya menghabiskan masa dengan semata-semata berkerja atau bermain atau berhibur sahaja.Apakah amalan yang lebih bermakna dalam hidup kita.Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama berfikir dalam kerangka Al-Quran dan sunnah.......