Khamis, 26 November 2009

menghayati erti korban















Bercakap tentang pengorbanan memanglah mudah tetapi sukar dari segi pelaksanaannya.Ini kerana pengorbanan bererti mengorbankan sesuatu yang kita sayang samada nyawa ,harta atau masa kita.Tetapi bagi orang yang mempunyai keimanan yang kental ,tidak terasa berat bagi mereka untuk berkorban kerana mereka melihat dan mengetahui kelebihan yang disediakan oleh Allah di akhirat nanti.jadi orang yang mampu berkorban ialah mereka yang meyakini kepada Allah. Kita lihat nabi Ibrahim A.S patuh kepada perintah Allah bila diperintahkannya mengorbankan anak kesayangannya nabi Ismail.Nabi Ismail berkata kepada bapanya bila mendapat tahu hasrat ayahnya, silakan ayah sembelih saya jika itu perintah Allah.kalau remaja sekarang munkin mereka berkata "Potong saja kepala ayah,ayah kan sudah tua,ayah yang patut disembelih bukan saya. namun yang keluar dari mulut nabi Ismail hanyalah menifestasi dari keimanannya kepada Allah.

Falsafah korban ini mestilah dihayati oleh kita semua umat Islam. Pengorbanan akan menyebabkan tersebar luas lagi agama Allah yang suci ini.Kita tidak akan mengecapi nikmat iman ini jika tidak ada pengorbanan para nabi,sahabat-sahabat ,para ulama' dan pejuang-pejuang Islam.

Seperkara yang penting lagi sebagaimana kita dituntut berkorban kita juga dituntut menghargai pengorbanan orang lain.Hargailah pengorbanan Rasulullah yang sangat besar, sahabat-sahabat, para ulama,pemimpin-pemimpin Islam, ibu bapa kita yang banyak berkorban,isteri -isteri kita ,adik beradik ,teman-teman ,anak-anak dan anak murid kita. Tanpa mereka semua siapalah kita. bersempena raya korban ini ,marilah kita memulakan azam baru untuk berkorban apa sahaja demi untuk melihat Islam berdaulat di bumi Malaysia tercinta ini.

Diantara ruang pengorbanan yang boleh kita lakukan
1. Berkorban menuntut Ilmu di mana sahaja.
2..memelihara solat berjemaah di masjid.
3. Sentiasa menyumbang harta benda kita kepada jalan Allah.
4. Berkorban tenaga kita di jalan kebaikan.
5. berkorban masa kita untuk program-program agama.
6. Berkorban untuk tidak mengikut hawa nafsu kita .
7. Dan berbagai-bagai bentuk pengorbanan dalam perkara makruf.

Selamat beribadah korban dan menghayati falsafah korban untuk semua muslimin muslimat.

Sabtu, 21 November 2009

Hukum berpegang kepada Mazhab

Menyanggah pandangan ulama'-ulama besar seperti al-Nawawi ,Alghazali ,Imam Ramli,Al-Khatib Syirbini dll amatlah tidak wajar pada pandangan saya. Sanggahan ini, yang diajar oleh sebahagian ulama-ulama' muda zaman sekarang ini mencetuskan fahaman -fahaman tidak bermazhab ,dakwaan konon mazhab mereka adalah al-Quran dan hadis sahaja seolah-olah pandangan ulama-ulama' besar tidak mendasari Al-Quran dan hadis.Kebanyakan aliran tidak bermazhab ini dipegang oleh golongan cerdik pandai yang tidak belajar Islam dari asasnya atau dari akar umbinya.

Mereka bersemangat Islam setelah berumur dan mereka belajar dari sebahagian guru-guru muda ini dan terus fanatik dengan mereka.Mereka memperbanyakkan bacaan dalam bidang agama tanpa guru.Hanya memahami buku secara bersendirian dan tidak mengikut disiplin ilmu yang sebenarnya. Maka lahirlah sanggahan -sanggahan dan ungkapan tidak beradab terhadap tokoh-tokoh besar Islam terdahulu.Rentetan dari itu lahir fahaman-fahaman yang suka membidaahkan amalan-amalan sesuka hati tanpa mangkaji nas-nas .Mereka selalu berkata tidak ada nas-nas. padahal mereka sendiri belum membaca hadis secara keseluruhan.
Benar kata Syeikh said Ramadan Al-Bhuti : Fahaman tidak bermazhab adalah Bidaah baru yang menggugat syariat Islam pada zaman ini.

Nasihat saya;

1. Hormatilah ulama terdahulu kerana ilmu mereka sangat hebat dan melebihi ilmu kita .Ini dapat dilihat melalui karya-karya mereka yang banyak dan barakah sehingga diulang cetak sehingga hari ini.Mereka juga orang yang wara ' dan dekat dengan Allah melebihi kita.

2. Belajarlah Islam bermula dari asasnya melalui guru-guru yang dpercayai ilmunya dan dekat dengan Allah.

3. Ramaikanlah guru dan jangan terhad kepada satu guru sahaja kerana kita boleh menjadikan guru-guru ini sebagai check and balance diantara satu sama lain.

4. Jangan fanatik kepada guru dan fahaman ,biarlah kita bersifat terbuka dan berlapang dada di dalam permasaalahan yang diperselisihkan.

5. Menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan sepanjang zaman.

6. Berpeganglah kepada salah satu mazhab yang diiktiraf oleh syara'.

Harta amanah Allah

Pagi tadi, alhamdulillah ustaz sempat menyampaikan kuliah subuh di masjid Jamek Taman Rinting.Ustaz menggunakan kitab Riadussalihin Imam Nawawi. Beberapa hadis dapat ustaz sampaikan didalam kuliah tersebut .Diantara intipati hadis yang disampaikan ialah berkaitan sebuah hadis di mana Rasulullah s.a.w bertanyakan sahabat-sahabat berkaitan harta yang paling dikasihi mereka samada harta mereka sendiri atau harta waris mereka .Sahabat menjawab tentulah harta mereka sendiri . Maka Rasulullah mengatakan harta mereka yang sebenar ialah yang mereka belanjakan pada jalan Allah .Harta waris mereka ialah yang mereka tinggalkan sebelum sempat berbelanja.Berbelanja pada jalan Allah disini seperti berbelanja untuk memenuhi keperluan keluarga,sedekah, zakat, memberi makan kepada orang lain,memberi hadiah dan sebagainya(amalan-amalan kebaikan).

Matan hadis berbunyi begini : Siapakah di antara kamu semua, yang harta orang yang mewarisinya itu , lebih disukainya berbanding hartanya sendiri.Para sahabat menjawab tidak ada seorang pun dari kita melainkan hartanya lebih dicintainya.Rasul menjawab hartanya yang sebenar ialah yang telah terdahulu digunakannya ,sedangkan harta orang mewarisinya adalah apa-apa yang ditinggalkan olehnya -setelah matinya. (riwayat al -Bukhari )

Pengajaran hadis :

1. Hadis ini memberi pengajaran bahawa fahaman yang tersebar sekarang ini yang mengatakan harta kita sebenar ialah harta yang disimpan, adalah salah sama sekali.Harta kita yang sebenar ialah yang kita dahulukan ke akhirat dan pahalanya tersimpan disisi Allah.

2. Hadis ini menggalakkan kita supaya membelanjakan harta sebanyak munkin kejalan kebaikan.

3. Harta adalah milik Allah dan diamanahkan kepada kita untuk menjaganya dan membelanjakan kearah kebaikan bukan pembaziran.

4. Kecintaan yang sebenar hanya kepada Allah bukan kepada harta benda yang bersifat fana' dan binasa.

5. Kedekut dan bakhil bukanlah sifat orang Islam sebenar.

Semoga kita dapat menghayati wasiat rasulullah ini di dalam kehidupan kita.

Rabu, 11 November 2009

JADUAL KULIAH MINGGUAN

ATAS PERMINTAAN SAHABAT-SAHABAT ,USTAZ MAKLUMKAN JADUAL KULIAH DI SEKITAR  PASIR GUDANG UNTUK MEMUDAHKAN MUSLIMIN MUSLIMAT HADIR UNTUK MENGIMARAHKAN RUMAH ALLAH.MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT BERKONGSI ILMU UNTUK MENCARI KEREDAAN ALLAH  

KULIAH MAGHRIB

KHAMIS MLM JUMAAT : SURAU ABD. RAHMAN BIN AUF ,TMN. SCIENTEX- KITAB IDAMAN PENUNTUT DAN AL-FATHUR RABBANI 

JUMAAT MLM SABTU : MINGGU PERTAMA , KETIGA DAN KELIMA : SURAU AL-ISTIQAMAH JLN. BACANG - KITAB FIQH MANHAJI JILID 6

JUMAAT MLM SABTU: MINGGU KEDUA DAN KE EMPAT : MASJID ALMUHAJIRIN MASAI
KITAB: AL-IQNA' DAN FATAWA MUAASIRAH

SABTU MLM AHAD : MINGGU PERTAMA DAN KETIGA : SURAU AL-KAUTHAR ,TMN. RINTING ,KITAB : AL-HIKAM IBNI ATHAILLAH 

SABTU MLM AHAD MINGGU KEDUA DAN KEEMPAT : MASJID TAMAN AIR BIRU,
KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI JILID 3

AHAD MLM ISNIN : MASJID TAMAN PASIR PUTIH ,KITAB : TAFSIR AL-MUNIR DAN AL-FIQH AL-MANHAJI JILID 3 

ISNIN MLM SELASA : SURAU AL-HUSNA SRI ALAM ,KITAB : AL-FATHUR RABBANI DAN AL-BAHRUL MAZI  JILID 2 @ FATWA-FATWA SEMASA 

SELASA MLM RABU : MASJID TMN. CENDANA ,KITAB AL-FATHURRABBANI DAN AL-FIQH MANHAJI JILID 3 @FATWA-FATWA SEMASA

RABU MALAM KHAMIS : MASJID  HJH. MAZNAH ,KITAB TAFSIR ALMUNIR DAN FIQH BERINTERAKSI DENGAN NON MUSLIM( US. NIZAM KADIR) 

KULIAH SUBUH 

PAGI AHAD : MASJID TMN RINTING, KITAB RIYADUSSALIHIN DAN AL-FATHURRABBANI

PAGI SABTU : MASJID TMN. DESA JAYA ,KITAB : AL-FATHURRABBANI @RIYAADUSSALIHIN.

KULIAH MUSLIMAT 

JUMAAT LEPAS ASAR : MASJID TAMAN PASIR PUTIH : KITAB   HADIS MODAL INSAN  JILID 1 DAN KITAB IDAMAN PENUNTUT 

ISNIN LEPAS ASAR : MASJID TAMAN RINTING , KITAB : NASIHAT AHLI SYURGA - SHEIKH NAWAWI BANTAN 

Selasa, 10 November 2009

Perasuah dan penerima ke neraka

     Rasuah adalah satu amalan yang haram dan dimurkai oleh Allah.Berdasarkan sebuah  hadis nabi s.a.w ; Perasuah dan pemberi rasuah  berada  didalam neraka.

     Rasuah boleh berlaku dalam berbagai-bagai bentuk  dan dinamakan dengan berbagai nama seperti hadiah,saguhati ,insentif,tiket umrah dan sedekah.Terdapat rasuah dalam bentuk wang,tanah,elaun bulanan dan terdapat juga rasuah bentuk moden iaitu rasuah seks atau mereka menamakan sedekah seks.Saya kira orang yang mengistilahkan sedekah seks paling bangang dalam dunia.Apakah  ada dalam agama sedekah seks? Banyak usaha-usaha dilakukan untuk membanteras rasuah tetapi setakat ini belum menampakkan   kejayaan sepenuhnya.

Keburukan daripada rasuah amatlah besar sekali.Rasuah akan menyebabkan bangunan.jalanraya,premis perniagaan,sekolah dan sebagainya tidak akan dbina dan diselenggara dengan baik.Harga barang akan naik melambung tanpa kawalan.Pelantikan pemimpin tidak dapat dilakukan dengan baik dimana pemimpin berkualiti tidak dapat dizahirkan kerana siapa yang banyak wang dia boleh menyogok wang dan naik sebagai pemimpin.

   Bagi saya amat  sukar  usaha-usaha pembanterasan rasuah  selagi mana manusia tidak beriman kepada Allah.selagi tidak ada kesedaran umat Islam tentang dosa dan pahala adalah agak sukar usaha-usaha pembanterasan rasuah.Bagi orang mukmin cukup bagi mereka untuk menghindari rasuah dengan menghayati  satu potong hadis nabi s.a.w  ;” Setiap daging yang tumbuh dari benda haram ,maka nerakalah yang paling layak bagi mereka” .

    Oleh itu, untuk membasmi rasuah, pemimpin mesti  menanamkan iman dalam diri mereka dan rakyat jelata,ibu bapa menanamkan iman dalam diri mereka dan  anak-anak ,suami menanamkan iman kepada isteri-isteri,guru menanamkan iman dalam diri anak-anak murid, dan semua mesti memainkan peranan masing-masing. Mudah-mudahan rasuah dapat dihapuskan daripada masyarakat kita sehingga ke akar umbinya. wallaahua'lam. 

Jumaat, 6 November 2009

bicara tentang aurat

            Sebahagian daripada umat Islam seringkali mengabaikan hal menutup aurat terutama golongan wanita.Pendedahan aurat berlaku dimana-mana ,hal yang sangat menyedihkan seolah-olah manusia tidak menghiraukan hukum dan perintah Allah.Golongan wanita seharusnya sedar bahawa syariat  menutup aurat mempunyai hikmah yang besar . diantaranya menghindarkan dari gangguan orang yang fasiq,menutup keaiban diri dan menjaga maruah diri sendiri dan dihormati orang.

           Kewajipan menutup aurat seharusnya dilakukan dengan sempurna dengan menepati piawaian syarak .Islam telah menetapkan bahawa aurat bagi wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan bahkan segolongan ulama mengatakan seluruh badan termasuk muka juga .(pandangan syeikh Tantawi yang menolak niqab (purdah) adalah pandangan peribadinya dan bercanggah dengan pandangan ulama-ulama besar terdahulu atau di zaman ini .

         Para wanita semestinya sentiasa bersabar dalam mengenakan pakaian menutup aurat.Munkin mereka dicemuh dan dikeji,dituduh tidak mengikut perkembangan zaman dan sebagainya.Mereka juga perlu bersabar menahan nafsu “nak menunjuk2 kecantikan dan perhiasan diri ”.Mereka mesti insaf bahawa azab Allah disediakan kepada pelaku  maksiat ini.  Para Muslimah perlu membuktikan bahawa mereka bergerak seiring kemajuan zaman dengan pembuktian melalui penguasaan ilmu dan kemahiran terkini.

           Saya melihat budaya membuka aurat  terhasil dari filem-filem yang mendedahkan aurat dan hasil tauladan artis-artis yang kebanyakannya tidak  menutup aurat.Ini menatijahkan kemunculan remaja-remaja yang meniru gaya mereka.

        Sepatutnya para muslimah menjunjung tinggi perintah Allah ini bersesuaian dengan perintah  di dalam surah Al-ahzab 59 yang bermaksud: 

 “Wahai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu ,kepada anak-anak wanitamu dan isteri-isteri orang mukmin ,hendaklah menghulurkan jilbabnya.ini sebagai satu ciri buat mereka agar mereka tidak diganggu orang. Tuhan maha pengampun lagi maha penyayang”

       Diharamkan kepada para wanita ,menampakkan tubuh mereka ,melainkan wajah dan kedua-dua tapak tangan .Jika ia menampakkan bahagian selain kedua-dua ini bermakna ia telah menjerumuskan diri ke dalam kemurkaan Allah.

        Renungkan sabda rasulullah s.a.w : Dua golongan dari penduduk neraka yang aku tidak memandang mereka : 1) yang memiliki cambuk seperti ekor-ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. 2) wanita yang menampakkan auratnya menjadi fitnah kepada pandangan lelaki lagi berjalan melenggang lenggok ,kepala mereka seperti kepala unta .mereka tidak akan masuk kedalam syurga dan tidak akan mencium baunya ,sekalipun baunya boleh dicium dari jarak ini dan ini.                                           

                                                                    (hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad)

  

        Sebagai penyelesaian kepada masalah ini saya menyeru;

 Kepada artis-artis jangan anda menjadi ikon-ikon maksiat kepada remaja-remaja kita yang berumur setahun jagung.Tunjuklah tauladan yang baik kepada masyarakat. Jika anda menjadi contoh tidak baik ,anda akan menanggung dosa setiap orang yang meniru gaya anda.

2.   Ibu bapa wajib mendidik  anak-anak   menutup aurat  sedini munkin sebagaimana perintah solat .Apabila  anak-anak sudah besar agak sukar bagi ibu bapa mendidik mereka kerana nak melentur buluh biar  dari rebungnya.  

3.      Para pemimpin buatlah sesuatu kempen dan dakwah untuk membentuk arus perdana menutup aurat.

4.      Para guru didiklah anak murid anda menutup aurat.Terangkan kepada mereka kewajipan  yang besar ini dan hikmah yang pasti diperolehi darinya.

 Semoga Allah menjadikan kita orang yang sentiasa menjaga aurat sebagaimana kita menjaga aurat didalam ibadat kita.wallaahua'lam.

    

Rabu, 4 November 2009

Nasihat kepada golongan agama

       Didada-dada  akhbar mutaakhir ini,terpampang berita-berita mengenai "perkelahian" tokoh-tokoh agama Islam di dalam negara kita.masyarakat malaysia sedang menyaksikan gelagat tokoh-tokoh agama yang hebat di Negara ini sedang beraksi di gelanggang.Masing-masing kedua-dua pihak mempunyai penyokong masing-masing seperti penyokong bolasepak Kelantan dan Perlis.

      Bagi saya melihat perkembangan ini amat tidak sihat kepada penduduk Malaysia. Kedua-dua pihak memiliki ilmu yang hebat .Asas agama mereka pun kuat belajar di negara-negara Arab.Tetapi cuba kita fikir adakah kita belajar menuntut ilmu hanya untuk berbalah dan menegakkan benang masing-masing sampai ke peringkat saman menyaman.Agamawan sepatutnya kalau nak berbalah  mesti dalam majlis tertutup bukan di hadapan masyarakat umum .Analoginya seperti Ayah dengan ibu kalau tidak puas hati ,perlu berbalah juga, maka lakukanlah didalam bilik bukan dihadapan anak-anak yang tidak berdosa kerana mereka pasti sedih bila melihat ibu bapa berbalah. 

      Masyarakat umum, ilmu mereka amat terbatas.Justeru mereka akan bingung, pegangan agama yang manakah yang benar. saya terdengar orang bercakap " orang agama kalau bergaduh kita diam saja , dengar sajalah, apa boleh buat? katanya dengan nada kecewa.  Saya yakin ramai masyarakat amat kecewa dengan gelagat agamawan  begini. bila berbalah semua pekung di buka .Mana pergi kefahaman kita terhadap hadis nabi :

 1)Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah dia mencintai saudaranya sendiri sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. 

2) Sesiapa yang menutup keburukan saudaranya maka Allah menutup keburukannya di akhirat nanti.

3) Jangan kamu marah- memarahi ,berhasad dengki,benci membenci .........

Pengajian hadis bukan hanya nak tunjuk hebat atau bijak mentakhrij  sahih, daif dan mauduk sahaja, tetapi apa yang lebih penting ialah pengamalannya yang perlu diutamakan.

Orang kampung yang tak pandai mentakhrij hadis , kadang-kadang lebih terkehadapan dalam pengamalan agama dan penghayatan hadis.Sepatutnya ulama lebih lagi ...

Nasihat kepada Agamawan 

1. Berlapang dadalah dalam kita berselisih pendapat terutama dalam masalah furuiyyah.
Itulah  anjuran Imam hassan Al-Banna yang selalu disebut oleh pihak-pihak berbalah.Tepatilah adab berkhilaf.

2. Kembali kepada Al-Quran dan hadis yang menjadi rujukan kita dan sering dilaungkan oleh kedua  pihak yang berbalah.

3. Jangan extrim kepada mazhab-mazhab kerana ulama dulu pun berkhilaf juga tetapi tidak sampai kepada tahap saman menyaman.

4. Banyakkan amalan untuk bekalan akhirat daripada berdebat,mujadalah yang tidak bermanfaat untuk perpaduan umat Islam.

5. Jangan mencemarkan imej ulama Islam dihadapan masyarakat, terutamanya  dihadapan komuniti non- muslim .

Nasihat kepada orang awam

1. Ikutilah guru-guru yang menyeru kepada Islam berteraskan kasih sayang dan ilmiah serta hujjah yang kuat.

2. Jangan terlalu fanatik kepada guru-guru.

3. Perbanyakkan guru-guru  kita supaya kita boleh lakukan check and balance.Janga hanya belajar kepada satu guru sahaja.

4. Perbanyakkanlah beramal dengan ibadah yang mempunyai nas yang jelas seperti solat sunat, baca quran ,sedekah dan sebagainya.

5. Jadilah pendamai bukan penghukum kepada pihak yang berbalah.

       Kita amat mengharapkan kepada mereka yang berbalah agar menarik balik tuduhan dan saman menyaman dan berdamailah dengan semangat ukhuwwah Islam kerana inilah ujian Allah kepada orang yang berilmu.kalau mereka berjaya merentasi ujian ini ,insyaallah mereka akan berjaya membawa umat ini kepada kegemilangan dunia dan akhirat. 

     Sesungguhnya umur ini terlalu pendek untuk kita berbalah. Benar kata-kata" pegawai rendah yang berakhlak tinggi lebih baik dari pegawai tinggi yang berakhlak rendah". wallahuaklam.