Ahad, 18 Oktober 2009

SUNNAH FITRAH


      Fitrah adalah sesuatu yang sudah diciptakan dalam diri manusia yang Allah ciptakan untuk manusia.Para ulama' mengatakan fitrah adalah sunnah.Allah menetapkan  kepada  nabi-nabi beberapa sunnah  dan Allah memerintahkan  kita untuk mengikuti sunnah nabi Muhammad s.a.w agar umat Islam nampak indah ,baik,wangi dan mempunyai tubuh yang sihat .Diantara sunanul Fitrah itu ialah : 

1. Khitan - iaitu memotong kulit(kulup)  yang menutupi kepala zakar lelaki,bertujuan untuk mengelakkan dari berkumpulnya najis dan kekotoran di bahagian itu dan juga untuk memudahkan kita membersihkan najis kencing.Ia juga bertujuan untuk tidak mengurangkan nikmat semasa jimak.
Manakala khitan bagi wanita ialah memotong daging kecil yang berada di bahagian atas faraj wanita dan berada ditempat masuk zakar.
Hukum khatan bagi lelaki sebahagian  ulama mengatakan wajib dan bagi  wanita adalah sunat.

2. Mencukur bulu yang tumbuh disekitar zakar dan diatas kemaluan wanita dan sekitarnya dan turut dicukur bulu yang tumbuh sekitar dubur.Bulu-bulu ini juga boleh digunting sahaja atau dicabut.bagaimana pula tempoh masanya .Mari kita meneliti hadis ini : diriwayatkan daripada Anas bin Malik ; Nabi s.a.w telah memberi kepada kami waktu untuk menggunting misai,memotong kuku,mencabut bulu ketiak ,mencukut bulu kemaluan agar tidak melebihi 40 malam (riwayat muslim) .

3. Menggunting  misai dan memelihara janggut. majoriti ulama fiqh berpendapat bahawa sunat menyimpan janggut bagi lelaki ( kadar segenggam) dan majoriti ulama berpendapat haram mencukur janggut dan wajib memeliharanya. Manakala misai pula sunat digunting  sekira-kira makanan dan minuman tidak terkena kepadanya dan tidak berkumpulnya kekotoran . Nabi bersabda : Sesiapa yang tidak menggunting  misainya bukan dia dikalangan kami(bukan ajaran kami) .hadis sahih riwayat Tirmizi ,ahmad dan nasa''i.
Berdasarkan hadis  memberi kita kefahaman menyimpan misai itu adalah makruh.Amat malang bila kita melihat pada zaman kita ini ada terdapat dikalangan kita yang menyimpan misai dengan alasan hobi. Mereka ini menyimpan misai sehingga menutup mulut mereka,tidak nampak bibir.
Didalam hadis menyatakan sunat kita memotong kuku,mencukur ari-ari dan memendekkan misai ini setiap seminggu sekali atau had masa paling maksimum ialah empat puluh hari ertinya tidak boleh dibiarkan tidak terurus melebihi empat puluh hari. 

(penat menaip ni . Insyaallah bersambung dalam siri seterusnya. )


 

Rabu, 14 Oktober 2009

Doa penutup majlis muzakarah kecemerlangan

Ya Allah bagi-Mu puja dan puji ,Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara kedua-duanya .

 

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami dapat menyempurnakan majlis muzakarah  pada pagi yang berbahagia ini . Kami juga bersyukur kerana Engkau ya Allah kerana mengizinkan kami menghadirkan diri dalam keadaan  emosi dan roh kami dalam keadaan tenang  sehingga dapat melaksanakan program  ini dengan jayanya.

 

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja  dan puji pancaran cahaya langit dan bumi,Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.

 

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

 

Kembangkanlah lembayung  rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan anak-anak kami , guru-guru kami  , sahabat-sahabat seperjuangan kami .

 

 

Ya Allah

Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan ,Sesungguhnya diri kami ini ya Allah banyak melakukan  dosa dan maksiat samada zahir dan batin, maka kami ini teramat sangat memerlukan keampunanmu terhadap  dosa-dosa kami ;

 

Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dengan persatuan dan jamaah ;

Sesungguhnya kesabaran kami sentiasa diuji , maka kurniakanlah kami  kesabaran yang tinggi tanpa batas seumpama kesabaran Nabi-nabi Ulul’azmi ;

Ya Allah,

Kami amat jahil dalam memberi pendidikan kepada murid-murid kami dan anak-anak kami,kurniakanlah kami ilmu untuk mendidik murid-murid dan anak-anak kami.Jika terdapat dikalangan pelajar ini yang keras hati dan terpesong dari akhlak Islam ,kembalikan mereka kejalan kebaikan dan akhlak mulia.permudahkan kami menitiskan ilmu kepada mereka dan permudahkan mereka menerima ilmu dimana sahaja mereka berada.

 

Ya Allah,

Jauhkan mereka daripada anasir-anasir yang tidak sihat seperti melanggar disiplin sekolah, merokok,menghisap dadah,mendedahkan aurat,menjadi kutu jalan,melepak,lalai dengan hiburan seperti remaja zaman sekarang,banyak tidur dan sedikit mengingati Allah,mengikut nafsu dan syaitan, berzina,minum arak dan berbagai lagi anasir-anasir terkutuk ya Allah.jadikan mereka golongan yang minat kepada agama,minat kepada Al-Quran dan ilmu-ilmu agama,jangan jadikan mereka ya Allah, golongan yang meminati hiburan dan nyanyian sehingga mengatasi minat mereka terhadap kitabmu al-Quran.

 

Ya Allah,

Berkatilah anak-anak kami dan zuriat kami ,peliharalah mereka dan kurniakan mereka rezeki yang baik,berikan taufiq kepada mereka untuk taat kepadamu,dan kurniakan mereka boleh berbakti kepada kami dewasa nanti.Jauhilah mereka dari sifat malas kerana pemalas selamanya tidak akan berjaya dalam hidup dan terhalang dari Allah dan juga penyesalan akan selalu menimpa golongan yang malas.

 

 Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami , maka dengan segala rahman dan rahim-Mu dan luasnya ilmu-Mu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini . WALHAMDULILLAHIRABBILALAMIN.

 

   

 

 

Doa majlis sambutan AidilFitri

Ya Allah

Kami bersyukur di atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami , lantaran nikmat itu dapat kami menghadiri dan mengikuti majlis sambutan hari raya kali ini  dengan jayanya .

Ya Allah

Semoga dengan majlis sambutan hari raya ini akan dapat melembutkan hati-hati kami dan menyedarkan kami tentang kesilapan kami ,oleh itu ampunkanlah kami dan  tunjukkanlah kepada kami jalan yang membawa keselamatan dan selamatkanlah kami dari kegelapan kepada ke jalan yang benar .

Ya Allah,

Jadikanlah kami pelajar  Islam  yang yakin dan percaya pada diri sendiri , sabar dan tabah hati , berani maju untuk menempah kebahagiaan dunia dan akhirat , punya keazaman yang kuat untuk mengembangkan potensi dan kekuatan diri yang dianugerahkan oleh Engkau ,memiliki budipekerti yang mulia dan terpuji sehingga kami menjadi umat  yang merdeka dalam semua aspek kehidupan dan  pengharapan kami hanya  kepada-Mu Ya Allah .

Ya Allah

Eratkanlah hati-hati kami , kekalkan kemesraan antara hati-hati kami , tunjukkanlah kepada hati-hati kami dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma’rifat sebenar kepada -Mu .

Sabtu, 10 Oktober 2009

Awasi pintu masuk syaitan

Pada tazkirah kali ini ustaz akan memperkatakan pula tentang pintu masuk syaitan .Orang mukmin perlu mengetahui bahawa hati itu seperti benteng dan syaitan adalah musuh yang ingin memasuki benteng itu dan ingin menguasainya. Kita tidak mampu untuk mengawalnya kecuali melalui pintu masuknya dan orang yang tidak tahu pintu masuk syaitan  maka dia tidak boleh mengawal syaitan dari menceroboh masuk ke bentengnya itu. Memelihara pintu masuk syaitan dan menentang was-was syaitan adalah wajib. Oleh kerana itu mengetahui pintu masuknya adalah juga wajib.Pintunya adalah sifat manusia itu sendiri yang sentiasa mengikut hawa nafsu.Berdasarkan kitab-kitab ulama  diantara pintu masuk syaitan yang besar ialah seperti berikut: 

 

1.Marah dan shahwat – Perasaan marah menghilangkan aqal sehingga dia terdorong untuk bertindak diluar jangkaan.Apabila lemah tentera aqal maka kuatlah tentera syaitan dan dia akan mula menyerang untuk merosakkan iman seseorang.Sekiranya manusia marah maka syaitan akan memperolokkannya sama seperti kanak2kanak bermain bola ditendang kesana sini.

 

2.Hasad dengki dan tamak: Apabila hamba itu tamak dan hasad maka dua sifat ini akan membutakan matahatinya . Dengan itu matahati yang sepatutnya dapat mengetahui pintu masuk syaitan tidak lagi dapat berperanan untuk mengenalpasti pintu masuk tersebut maka dua sifat ini akan membinasakannya dan menyeretnya ke kancah maksiat dan dosa.

 

3.Terlalu banyak makan dan kenyang melampau: Banyak makan adalah sifat yang keji walaupun makanan itu halal dan baik.Kekenyangan akan membawa kepada kekuatan shahwat yang akan menjadi senjata syaitan untuk merosakkan manusia.

 

4.Di antara pintu masuknya yang besar adalah sifat terburu-buru, tidak mengkaji sesuatu tindakan yang akan dibuat dengan lebih teliti. Sikap ini akan mengakibatkan kezaliman kepada orang lain hasil dari kesalahan dalam bertindak.oleh kerana itu Rasulullah berpesan :

 

 

"العجلة من الشيطان والتأنى من الله"                                                                                      

 

Maksudnya: Sikap terburu-buru itu daripada syaitan dan teliti(berhati-hati) itu daripada Allah.  (Hadis Hasan Riwayat Tarmizi)

 

5. Antara pintu syaitan adalah bakhil dan takut terhadap kefakiran: Sifat ini menghalang seseorang daripada infak dan bersedeqah sama ada yang wajib atau sunat.Sifat ini akan mendorong seseorang menyimpan dan menompokkan hartanya tanpa mempedulikan hak-hak yang perlu ditunaikan terhadap orang lain, sedangkan harta itu sebahagiannya adalah hak orang lain samada melalui zakat, nafkah, sedekah dan lain-lain.Malaikat berdoa untuk orang yang pemurah itu, gantian daripada harta yang dikeluarkan dan bagi yang bakhil didokan oleh malaikat agar dibinasakan.

 

6. Berburuk sangka dengan kaum muslimin: Allah melarang keras umatnya berburuk sangka sesama mereka kerana itu akan mengakibatkan berlaku permusuhan dan ketidak tenteraman dalam masyarakat Islam.Ulama' dahulu sentiasa bersangka baik kepada manusia hatta manusia yang berbuat maksiat pun diletakkan sangkaan yang baik iaitu mereka yang melakukan maksiat itu munkin kerana jahil atau kecuaian mereka tidak berdakwah kepada pelaku maksiat itu.

 

Firman Allah:

(يا ايها الذين أمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن ان بعض الظن اثم )    

                                                                                     الحجرات 12

 

Maksudnya: Wahai orang yang beriman Jauhilah kebanyakan buruk sangka itu kerana sesetengah buruk sangka itu adalah dosa.

 

Orang mukmin sentiasa memberi keuzuran kepada orang lain dan orang munafik akan mencari-cari kekurangan orang lain.

 Mudah-mudahan kita dapat menutup pintu syaitan ini.

Rabu, 7 Oktober 2009

Bersihkan hatimu

Didalam sebuah hadis rasulullah saw pernah menjelaskan tentang kepentingan hati: 

Sesungguhnya didalam diri anak adam itu ada seketul daging jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh badan iaitu hati.

Hati manusia itu terbahagi kepada tiga bahagian:   

 

1. HATI YANG SIHAT

 

    Iaitu hati yang bersih dan sejahtera bila bertemu Allah seperti mana firman Allah:

 

" يوم لا ينفع مال ولا بنون الا من أتى الله بقلب سليم"                                                                        

 

Maksudnya: Pada hari yang tiada manfaat harta benda dan anak-anak kecuali orang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.

 

 Hati yang sejahtera bermaksud hati yang selamat daripada mengikut nafsu yang bercanggah dengan perintah dan larangan Allah, menjauhkan Syubhat-syubhat dan melaksanakan ibadat hanya kepada Allah semata-mata.Mukmin yang bersih hati akan membulatkan ubudiyyahnya kepada Allah dari aspek keinginan,kecintaan,penyerahan diri, ketundukan,ketakutan dan pengharapan serta keikhlasan amal hanya semata-mata kerana Allah.

 

Jika dia cinta, kecintaannya semata-mata kerana Allah, benci kerana Allah,memberi kerana Allah, menegah kerana Allah dan tidak cukup dengan itu dia tunduk dan bertahkim hanya kepada Allah Taala, mengikat hati untuk mengikut rasul sama ada perkataan atau perbuatan.

 

2. HATI YANG MATI

 

        Hati ini tiada kehidupan didalamnya, tidak kenal Allah,tidak menyembah dan taat akan perintah dan larangan Allah tetapi sebaliknya dia tunduk dan patuh kepada shahwat dan kelazatan meskipun ia terdedah kepada kemurkaan Allah.Dia tidak memperdulikan kemurkaan tuhan asal saja shahwatnya dituruti dan dipenuhi,dia menumpukan kecintaan,takut,harap, reda, marah, ketundukan dan pengagungan kepada selain Allah.

 

      Andainya dia mencintai sesuatu, kecintaannya hanya kerana nafsu,marah kerana nafsu,menghalang dan memberi kerana nafsu ,pendek kata semua yang dilakukan hanya berfokus ke arah memuaskan nafsu. Nafsunya jadi ketua, shahwatnya jadi pemimpinnya,kejahilan pemandunya, kelalaian kenderaannya dan dia sentiasa berfikir untuk mencapai tujuan keduniaannya,.sentiasa mabuk dengan hawa nafsu, tidak menerima nasihat, hanya nasihat syaitan didengarnya.Nafsu memekakkannya dari kebenaran.Maka bercampur dengan orang seumpama ini satu penyakit, bergaul dengannya adalah racun berbisa, duduk bersamanya satu kebinasaan.

 

3. HATI YANG SAKIT

 

        Hati ini mempunyai tanda hidup dan tanda penyakit.Di dalamnya terdapat kecintaan kepada Allah , beriman, ikhlas dan tawakkal ini tanda-tanda hidupnya. Ada juga pada sesetengah keadaan hati ini dihinggapi penyakit kecintaan kepada syahwat, berusaha ke arah memenuhi kehendak shahwat, terdapat sifat hasad, ujub, takabbur, ingin populariti dan kepimpinan , melakukan kerosakan dan sebagainya.

 

       Dia diuji dengan dua dorongan; dorongan yang menarik ke jalan Allah dan dorongan yang menolak kearah keduniaan.Malangnya dia lebih tertarik kepada yang hampir kepada dirinya iaitu keduniaan. Hati yang seumpama ini masih boleh diperbaiki dan dibentuk untuk menjurus kearah yang baik . Ini memerlukan kesungguhan pengidapnya seperti orang yang menghadapi sakit fizikal.Mudah-mudahan kita dikurniakan oleh Allah hati yang bersih.Marilah kita berusaha menggilap hati kita. 

Isnin, 28 September 2009

Tazkirah untuk rumahtangga


Rasulullah saw biasanya menerima pendapat istri-istri beliau di saat bermusyawarah dengan mereka. Hal ini tentu saja bukan berarti Rasulullah tunduk pada pendapat seorang wanita. Dalam kisah perjanjian Hudaibiyah kita kenal ada dialog yang sangat penting antara Rasulullah dengan istri beliau, Ummu Salamah.

Pada saat itu Rasulullaah saw sedang gundah. Pasalnya para shahabat nabi merasa kecewa karena perjanjian Hudaibiyah dengan pihak Quraisy mereka anggap merugikan kaum muslimin. Akibat perjanjian itu Rasulullaah saw dan para sahabatnya tidak jadi berangkat haji, sementara saat musim haji telah tiba. Kekecewaan para sahabat membuat mereka agak lalai menerima perintah Rasulullaah saw untuk memotong hewan kurban. Mereka menjadi enggan melaksanakannya. Tentu saja hal ini membuat Rasulullaah saw gelisah. Maka Ummu Salamah menyampaikan pendapatnya. „Wahai Rasulullaah, mengapa baginda menjadi gundah. Lakukanlah pemotongan hewan kurban baginda sendiri. Kelak pada sahabat akan mengikuti", Kata Ummu Salamah.

Mendapat saran ini Rasulullaah saw bagaikan menemukan barang yang hilang. Beliau membenarkan pendapat Ummu Salamah dan segera melakukan penyembelihan hewan kurban seperti yang disarankan oleh istri beliau. Para sahabat pun kemusian mengikuti perbuatan Rasulullaah saw.

Rasulullaah saw sering berpuasa apabila di rumah Aisyah tidak sempat memasak apa-apa. Pernah suatu hari beliau bertanya kepada istrinya, „Wahai Khumairo (merah jambu) masak apakah Dinda hari ini ?" „Tidak ada apa pun ya Rasulullah," kata Aisyah. „Kalau begitu aku akan berpuasa," kata Rasulullah. Kisah dialog ini menjadi dasar bagi dibolehkannya berniat puasa di pagi hari sepanjang belum makan apa-apa sejak terbit fajar.

Demikianlah, hubungan Rasulullaah saw dengan istri beliau sangat harmonis. Perhatikanlah, bagaimana Rasulullaah saw memanggil istrinya dengan gelar yang mesra seperti khumairo (si merah jambu). Ini menunjukkan kemesraan Rasulullaah saw terhadap Aisyah. Bahkan sebutan Abu Bakar (yang artinya bapak Perawan) terhadap ayah Aisyah merupakan bagian kemesraan Rasulullaah saw kepada keluarga Aisyah.

Kendati ada beberapa istri Rasulullaah saw, sejarah mencatat bahwa hanya satu kali saja keluarga Rasulullaah saw bermasalah. Yaitu saat Hafsah membocorkan satu rahasia kepada istri Rasulullaah saw yang lain (Aisyah) kemudian peristiwa ini diketahui Rasulullaah saw pula, sehingga menimbulkan sedikit masalah dan turunnya ayat.

Peristiwa tersebut telah diselesaikan Allah dan diabadikan dalam Kitabullah surat At-Tahrim ayat 3 dan seterusnya. Kejadian ini tidak membawa dampak apa pun terhadap nabi maupun kaum muslimin di saat itu. Bahkan menjadi gambaran betapa Rasulullaah saw merupakan seorang nabi yang ma’shum hingga diproteksi Allah. Karena bila masalah rumah tangga saja diangkat di dalam kitab suci, bagaimana dalam masalah yang lebih berat ?

Kunci Keharmonisan

Salah satu kunci keharmonisan rumah tangga Islam adalah dialog yang intensif dan sehat antara suami dan istri. Dialog ini telah dicontohkan Rasulullaah saw pada banyak kesempatan. Hadits-hadits Rasulullaah saw yang diriwayatkan dari Aisyah dan Ummu Salamah umumnya berisi dialog tentang memahaman suatu hukum tertentu dari ajaran Islam.

Pada banyak keluarga muslim sekarang ini, suami istri sering kali kurang berdiaolog atau bermusyawarah di antara keduanya. Di antara mereka ada yang beralasan dengan kesibukan kerja, bisnis dan lain-lain. Bahkan, saking sibuknya, ada yang bertatap muka pun tidak sempat. Jika suami pergi pagi pulang malam, mereka hanya bertemu di malam hari saja. Boleh jadi kondisi suami istri telah sangat letih. Akibatnya tentu saja mereka tidak mampu berdialog satu dengan lainnya.

Dialog yang hambar biasanya mengakibatkan hubungan kemesraan menjadi berkurang. Bahkan tidak jarang kemesraan menjadi hilang, timbul ketegangan dan terjadilah perselisihan. Kalau sudah begini, kedua suami istri itu akan mengalami penderitaan. Sangat disayangkan apabila hubungan yang hambar seperti ini terjadi pada keluarga muslim yang dibangun dalam rangka beribadah kepada Allah.

Diperlukan pengertian yang mendalam dari kedua suami istri agar dialog dapat berjalan secara kontinyu dan menyenangkan. Suami istri hendaknya memiliki kesamaan persepsi tentang betapa pentingnya membangun hubungan harmonis antara keduanya.

Dalam rumah tangga Islam, hubungan harmonis memberi dampak yang sangat banyak, antara lain bahwa hubungan harmonis : 1. membahagiakan kedua pihak. Karena keduanya akan semakin menyadari fungsi dan peranan rumah tangga dalam ibadah kepada Allah. 2. memungkinkan kedua suami istri mendidik anak secara lebih konsentrasi. Sebab kerukunan kedua orang tua merupakan modal utama bagi pembentukan generasi muslim yang kuat. 3. dapat melahirkan produktifitas keluarga yang sangat menguntungkan. Usaha keluarga yang sukses biasanya hanya tumbuh dari rumah tangga yang harmonis. 4. merupakan syarat utama dalam membentuk keluarga yang berorientasi taqorrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah). 5. dapat menjadi pendorong suami istri dalam meningkatkan peranannya dalam dakwah islam di tengah masyarakat. Karena sesuangguhnya kerukunan rumah tangga merupakan satu basis dakwah pada dai dan daiyah.

Menumbuhkan Iklim Dialog

Suami Istri Islam sangat memperhatikan keutuhan keluarga dan memberi rangsangan pada kaum muslimin untuk terus menerus meningkatkan hubungan rumah tangga yang harmonis ini. Dalam rangka menekankan betapa pentingnya dialog suami istri dalam rumah tangga Rasulullaah saw bersabda :

„Wanita itu belahan (teman akrab) dari pria." (HR Abu Dawud dan Ahmad)

„Sebaik-baik kalian adalah orang yang terbaik terhadap istrinya. Dan aku merupakan orang terbaik di antara kalian terhadap istri. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tak tahu budi." (HR Abu Asakir)

Islam memberi berbagai jalan dalam rangka membentuk keluarga harmonis, diantaranya menumbuhkan iklim dialogis atau dialog yang mesra antara suami istri.

Berikut ini adalah gambaran bentuk-bentuk dialog yang dapat dilakukan dalam rangka menumbuhkan iklim dialogis dalam rumah tangga Islam.

Dialog Rahasia Keluarga

Yaitu dialog yang hanya dilakukan berdua. Dialog ini hendaknya dilakukan 4 mata, antara suami istri saja. Termasuk jenis ini adalah :

  • Dialog tatkala melakukan hubungan intim. Ungkapan-ungkapa yang mesra pada saat ini disunnahkan untuk meningkatkan kegairahan suami istri. Bisikan-bisikan mesra merupakan sarana untuk mencapai hubungan yang memuaskan.
  • Dialog untuk membahas masalah yang terkait dengan problematika rumah tangga, keluarga atau pun anak-anak. Terutama bila merencanakan sesuatu yang terkait dengan kepentingan keluarga. Bila ada hal-hal yang sama sekali tabu untuk diketahui orang lain.
  • Dialog yang dilakukan di tempat tertentu yang dianggap memiliki suasana lain yang lebih menyenangkan kedua suami istri. Misalnya dialog yang dilakukan pada saat makan, rihlah dan sebagainya.

Dialog jenis ini sangat penting dan dapat mempengaruhi hubungan batin antara kedua suami istri. Karena itu hendaknya dibiasakan dan dihidupkan, kendati harus mengeluarkan sedikit biaya.

Dialog Umum

Yaitu dialog yang melibatkan anggota keluarga yang lain atau orang lain sebagai peserta percakapan. Antara lain :

  • Dialog rutin yang merupakan hubungan komunikasi antara kedua pihak suami istri. Seperti sapaan pagi, siang atau petang hari, perjumpaan di meja makan, ketika saling bersalaman dan sebagainya. Ini dapat disaksikan oleh siapa saja dari anggote keluarga.
  • Dialog tatkala membicarakan pendidikan anak-anak, dapat melibatkan anak-anak itu sendiri sesuai dengan keperluan.
  • Dialog yang terkait dengan masalah muamalah (hubungan) dengan orang lain. Seperti ketika ada tamu, kedatangan keluarga atau teman, tatkala bersilturrahim dan lain-lain. · Dialog dalam masalah sehari-hari yang dihadapi suami istri yang tidak bersifat rahasia. Dapat diselesaikan dengan melibatkan orang-orang yang terkait dengan permasalahan tersebut.

Dalog Jarak Jauh

Yaitu dialog yang dilakukan dengan menggunakan wasilah (sarana) di kala berjauhan, seperti telpon, surat dan sebagainya. Misalnya :

  • Tatkala saling berjauhan, di tengah kesibukan keduanya, istri di rumah atau suami di kantor, keduanya saling menelpon, menanyakan kabar masing-masing atau kabar anak-anak dan anggota keluarga lain.
  • Istri membuat surat cinta untuk suaminya tatkala suami sedang bepergian dalam rangka tugas. Surat ini diselipkan sepemikian rupa, misalnya di koper, tas atau map sehingga dibaca suami setelah tiba di tempat tujuan. Surat seperti ini memberi dorongan semangat kepada suami untuk berkarya.
  • Istri meninggalkan pesan di rumah manakala di saat suami pulang istri terpaksa tidak ada di rumah. Sebaliknya, suami menitip surat pesan untuk istri dengan kata-kata yang mesra. · Dan lain-lain.

Bahasa yang digunakan dalam berbagai dialog ini hendaknya bahasa yang sopan dan santun. Suami hendaknya menyampaikan maksud hatinya dengan panuh kasih sayang. Sedangkan istri pun menyambut dengan penuh penghargaan dan gairah cinta.

Selasa, 22 September 2009

selamat hari raya

Alhamdullillah, kita dikurniakan kesempatan oleh Allah untuk merayakan aidulfitri pada tahun ini.Ini merupakan nikmat yang besar yang wajib kita syukuri dengan sentiasa mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah.Terdapat orang-orang dijemput oleh Allah lebih awal,ada yang dijemput olehnya sebelum Ramadan dan ada yang dijemput di pertengahan Ramadan.
Dikesempatan ini ustaz ingin mengucapkan selamat hari  raya aidul fitri kepada semua muslimin muslimat khususnya pengunjung-pengunjung blog hamba ini .Mudah-mudahan kita sentiasa istiqamah diatas jalan Allah dan sentiasa berusaha menambah ilmu dari semasa ke semasa. KULLUAAMIN WAANTUM BIKHAIR ,EID MUBARAK, MINAL AAIDIN WALFAAIZAN.