Ahad, 20 September 2009

Khutbah Aidil Fitri 1930/2009-20.9.09

Alhamdulillah pada hari raya hari , ini ustaz dijemput menyampaikan khutbah hari raya di  madrasah Darul Saadah , Kg. Bukit Nambua,Kuala Nerang, Kedah.Iaitu di kampung Ustaz sendiri: 

Ini teks khutbahnya ,mudah-mudahan dimanfaatkan:  

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،  اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،  اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،

اللهُ أَكْبَرُ، مَا تَعَاقَبَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ،

اللهُ أَكْبَرُ، مَا خَلَقَ مِنَ الشُّمُوْسِ وَاْلأَقْمَارِ،

اللهُ أَكْبَرُ، مَا خَفِيَتْ مِنَ اْلأَشْيَاءِ وَمَا ظَهَرَتْ بِاْلأَبْصَارِ،

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ.

اَلْحَمْدُ للهِ الْوَاحِدِ اْلقَهَّارِ، اَلْمَنَّانُ عَلَى عِبَادِهِ اْلمُخْلِصِيْنَ اْلأَبْرَارِ، أَشْهَدُ أَن لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ اْلعَزِيْزُ اْلغَفَّارُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَناَ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اْلمُخْتَارُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اْلأَخْيَار.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ، وَمَنْ يَتَّقِ اللهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا، وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبْ.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

muslimin-muslimat yang dirahmati allah sekelian  

1.         bertaqwalah kita sekelian kepada Allah Rabbul Jalil dengan sebenar-benar taqwa.  taqwa yang melonjak naik selepas kita melalui latihan selama sebulan di institut latihan ramadhan sebagai satu sijil pengiktirafan yang allah swt sebutkan di penghujung ayat 183 surah al-baqarah  ﴾  لَعَلَّكُمْ تَتَّقُوْنَ ﴿ moga-moga kamu bertaqwa.

2.         Hari ini adalah hari aidil fitri, hari kemenangan, hari keseronokan, hari untuk mengumandangkan takbir, mengagung dan membesarkan nama allah.  islam telah menentukan kehidupan kita ini sentiasa dalam suasana takbir iaitu membesarkan allah azzawajalla. pada hari aidil fitri seperti saat ini, kita dianjurkan untuk mengumandangkan takbir:

 

﴿  اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ  ﴾

allah maha besar, allah maha besar, allah maha besar, tidak ada tuhan melainkan allah allah yang maha besar, allah yang maha besar bagi allah segala kepujian.  

muslimin-muslimat rahimakumullah

3.         Hari ini kita tidak lagi berpuasa dan kita bergembira seperti kegembiraan orang yang sedang berbuka puasa. seterusnya kita sedang menunggu saat kegembiraan yang lebih besar lagi iaitu saat bersua dengan allah, seperti yang digambarkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya:

﴿  لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا اِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ بِفَطْرِهِ  وَاِذَا لَقِيَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ  ﴾

maksudnya:    “bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan yang mengembirakan, iaitu ketika berbuka puasa ia bergembira dengan makanannya dan di saat berjumpa tuhannya, dia bergembira dengan puasanya”.

4.         Ramadhan al-mubarak telah berlalu, begitu juga bulan-bulan yang lain.  tahun berlalu dan berganti tahun berikutnya, hingga mengikis sisa-sisa umur kita.  Kita bergembira dengan berakhirnya ramadhan dan bermulanya syawal, tanpa menyedari bahawa bulan ini seumpama lembaran hidup kita yang dilipat satu demi satu sehingga habis lipatan tersebut.  ketika itu barulah kita sedar bahawa tempoh hidup kita di dunia ini sudah tamat. dalam hal inilah hasan Al-Basri pernah berkata:

“wahai anak adam, sesungguhnya engkau adalah kumpulan hari-hari. setiap kali satu hari berakhir, maka satu bahagian dari hidupmu/umurmu juga turut lenyap.”

 

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

muslimin muslimat rahimakumullah

5.         perlu diingat bahawa di antara manusia ada yang mengadap Allah hanya pada bulan ramadhan sahaja.  berakhirnya ramadhan berakhirlah juga amal ibadah yang begitu tekun dilaksanakan sepanjang ramadhan. mereka dilanda penyakit malas, muak, mangli dan seumpamanya.  masjid sudah jarang dikunjungi, al-quran sudah kadang-kadang sahaja dibuka, lidah tidak lagi dibasahi dengan tahlil, tahmid, tasbih serta zikir-zikir yang lain. iktikaf amat jauh sekali. qiamullail apatah lagi. amalan sedekah dan seumpamanya terus membeku. seolah-olah allah hanya layak disembah pada bulan ramadhan. ingatlah sesiapa yang menyembah bulan ramadhan, sesunggguhnya bulan ramadhan itu telah pergi dan berlalu. sementara allah s.w.t tidak pernah mati dan sentiasa hidup.

justeru itu menjadi tanggungjawab kita sekelian sebagai seorang mukmin, muslim dan muttaqin untuk meneruskan segala amalan soleh sepertimana yang diamalkan sepanjang bulan ramadhan yang baru berlalu seperti solat berjemaah, solat sunat, membaca al-quran, berqiamullail, berzikir, beriktikaf, bertaubat, berdoa, bersedekah, berada di dalam halaqah ilmu dan seumpamanya. kedudukan mereka yang beramal soleh telah disebutkan oleh  allah swt dalam surah an-nisaa’ ayat 124:

ÆtBur ö@yJ÷ètƒ z`ÏB ÏM»ysλ=¢Á9$# `ÏB @Ÿ2sŒ ÷rr& 4Ós\Ré& uqèdur Ö`ÏB÷sãB

 y7Í´¯»s9'ré'sù tqbè=äzô‰tƒ sp¨Yyfø9$# Ÿwur tqbßJn=ôàム#ZŽÉ)tR ÈÍËÊÇ

maksudnya:       ”dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun”.

 

muslimin, muslimat rahimakumullah

6.         menyinsingnya fajar syawal pada pagi ini telah menggamit kita sekelian memulakan agenda aidil fitri dengan berkumpul untuk bersama-sama bertakbir, bertasbih, bertahmid, mengerjakan solat sunat aidil fitri, mendengar dua khutbah serta dapat bersilaturrahim sesama kita umat rasulullah s.a.w. beginilah caranya kita disuruh untuk melahir dan menjuruskan rasa syukur dan kegembiraan kita mengikut kerangka dan panduan ilahi.  firman allah swt dalam surah al-baqarah ayat 185:

(#qè=ÏJò6çGÏ9ur no£‰Ïèø9$# (#rçŽiÉ9x6çGÏ9ur ©!$# 4†n?tã $tB öNä31y‰yd öNà6¯=yès9ur rcãä3ô±n@ ÈÎÑÊÇ

maksudnya:     ”dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadan), dan supaya kamu membesarkan allah kerana mendapat petunjuknya, dan supaya kamu bersyukur”.

7.         kemuliaan aidil fitri ini marilah kita manfaatkan dengan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. sifat benci-membenci digantikan dengan sayang-menyayangi, hentam-menghentam diwarnai dengan nasihat-menasihati, bermasam muka kepada senyum mesra, tidak bertegur sapa kepada tegur-menegur antara kita, maki-hamun kepada kata-kata lunak menusuk kalbu, sikap perseteruan kepada persaudaraan.  pendeknya semangat aidil fitri kita hidupkan bagi menghayati firman allah dalam surah al-hujurat ayat 10:

$yJ¯RÎ) tqbãZÏB÷sßJø9$# ×ouq÷zÎ) (#qßsÎ=ô¹r'sù tû÷üt öä3÷ƒuqyzr& 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ÷ä3ª=yès9 tqbçHxqöè? ÈÉÊÇ

maksudnya:    ”sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada allah supaya kamu beroleh rahmat”.

 

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

tuan-tuan, puan-puan sidang jamaah yang dirahmati allah

8.         latihan sepanjang ramadhan yang baru berlalu amat penting dalam konteks seorang pejuang .  ia merupakan salah satu pengisian yang memenuhi dasar pembinaan mental dan kerohanian islam. anggota yang memiliki kekuatan dalaman atau spiritual ini di samping kekuatan fizikal dan logistik merupakan anggota yang menjadi pilihan panglima salahuddin al-ayyubi dalam misi perang salib. sebagai panglima perang, beliau biasa melakukan rondaan malam ke khemah-khemah tenteranya. apabila melalui khemah-khemah yang penghuninya mendirikan solat, membaca al-quran, bertasbih, beristighfar serta berzikir kepada allah maka dia berkata “dari sinilah akan datangnya kemenangan”. sebaliknya apabila melihat tentera-tentera yang ada di dalam khemah terlelap dalam tidur yang nyenyak maka dia berkata “aku khuatir kekalahan datang dari sini, dari tentera-tentera yang terlelap dalam tidur dan lalai”.  tentera yang pada siangnya umpama singa-singa yang lapar manakala malamnya umpama abid kekasih allah inilah yang bersama-sama panglima salahuddin al-ayyubi membebaskan baitul maqdis dalam peperangan hittin ( حِطِّين ) setelah 70 tahun ia berada di tangan tentera-tentera salib. begitulah kekuatan spiritual combat power yang ada kepada umat islam walaupun di luarnya nampak lemah tetapi dengan kekuatan amalannya ia menjadi lebih keras dari sebatang pokok yang kering, lebih hening dari mutiara, lebih tajam dari duri. semangat sedemikianlah yang dikobarkan oleh syariat islam melalui ucapan takbir di aidil fitri ini.

﴿ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الْمُنَافِقُوْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الظَّالِمُوْنَ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ ﴾

9.         dalam takbir ini kita berikrar:

“bahawa kita tidak akan tunduk dan patuh melainkan hanya kepada allah walaupun sikap kita itu dibenci oleh orang-orang kafir, syirik, munafik dan zalim. kita tegaskan bahawa kita yakin sepenuhnya kepada janji allah yang benar dan dia sahaja yang menolong dan memberi kemenangan kepada hambanya yang beriman.  kita tegaskan juga bahawa kita yakin dia sahaja yang memperkuatkan tentera-tenteranya. dia sahajalah jua yang menghancurkan barisan musuhnya yang menentang kedaulatan agamanya.”

 

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

muslimin muslimat rahimakumullah

 

10.       dalam suasana kegembiraan ini janganlah sekali-kali ianya melupakan kita untuk turut merasai keperitan, kepahitan, kesusahan, keseksaan yang sedang dialami oleh saudara seaqidah kita di mana sahaja di bumi allah ini. saudara-saudara kita yang sedang menghadapi tekanan, penindasan serta pembunuhan dari musuh-musuh allah dan musuh-musuh umat islam. agenda musuh-musuh islam ini sama ada bernama nasoro mahupun yahudi adalah disebabkan kita beriman dan mentauhidkan allah rabbul jalil semata-mata. perkara ini telah disebut oleh allah swt dalam surah al-buruj ayat 8:

$tBur (#qßJs)tR öNåk÷]ÏB HwÎ) br& (#qãZÏB÷sム«!$$Π̓Íyèø9$# ω‹ÏJptø:$# ÈÑÇ

maksudnya:           ”dan mereka tidak marah dan menyeksa orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada allah yang maha kuasa lagi maha terpuji”.

11.       marilah kita menyemarakkan semula semangat jihad yang sudah mula malap. kita soroti semangat badar al-kubra. kita canangkan suntikan ramadhan yang merupakan bulan jihad agar dengan itu musuh kita akan berfikir beratus kali sebelum membuat apa-apa tindakan ke atas umat islam. 

muslimin muslimat rahimakumullah

12.       bersempena hari lebaran ini marilah kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk rakan-rakan seperjuangan yang sedang melaksanakan amanah  walau di mana mereka berada. semoga allah swt memberikan mereka kekuatan, kesabaran, ketabahan, kesungguhan untuk terus menjadi galang ganti dalam mempertahankan kesucian agama, kedaulatan negara serta maruah bangsa.

13.       marilah kita kalungkan serangkai doa buat para mujahid yang terlebih dahulu menyahut panggilan ilahi. semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan para syuhada’ dan solihin yang allah redhai. kepada anak isteri serta ahli keluarga yang ditinggalkan, kuatkanlah semangat, tingkatkanlah kesabaran, teguhkan iman, terima dan akurlah bahawa semuanya merupakan ketentuan allah yang maha mengetahui yang sudah termaktub sejak azali lagi.

14.       bagi kita yang diberikan kesempatan untuk melalui ramadhan al-mubarak dan syawal yang penuh keberkatan ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan bekalan dengan menjadikan detik-detik kehidupan kita selanjutnya diwarnai oleh amal-amal soleh sebagai kesinambungan dari amalan sepanjang ramadhan yang baru berlalu. moga-moga ianya diterima oleh allah s.w.t sebagai amalan yang diredhainya.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

﴿  وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً  مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَـلِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ  ﴾

maksudnya:     ”dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "sesungguhnya aku adalah dari orang-orang islam (yang berserah bulat-bulat kepada allah)".

بَارَكَ اللهُ لِى وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ.    وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ، إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُاللهَ الْعَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.

 

 

 

khutbah kedua aidil fitri

tahun 1430h/2009m

 

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،  اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ،  اللهُ أَكْبَرُ،

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالحَمْدُللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ. الحَمْدُ للهِ الَّذِى جَعَلَ لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ لِعَبْدِهِ اِذِا أَفْطَرَ وَاِذَا لَقِىَ رَبَّهُ. أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لاَ مَعْبُوْدَ سِوَاهُ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُوْنَ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ صِلَّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذَا النَّبِىِّ الْكَرِيْمِ وََعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

 أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اتَّقُوا اللهَ  فَقَدْ فَازَ اْلمُتَّقُونَ، وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الحَمْدُ

muslimin muslimat yang dirahmati allah

1.         kita sedang berada di penghujung agenda rasmi menyambut hari yang mulia hari raya fitrah atau aidil fitri.  sesungguhnya solat sunat hari raya yang didirikan sebelum khutbah hari raya yang pertama tadi mengajarkan kepada kita, bahawa hari raya bukan hanya masa bersuka-suka dalam erti kata biasa dan bersifat duniawi. bahkan ianya adalah masa kesyukuran dan kegembiraan bersifat kerohanian. iaitu kita bersuka-suka dan bergembira dalam mengecapi nikmat allah yang melimpah ruah dan rahmatnya yang tidak putus-putus, dalam masa yang sama kita tidak sekali-kali derhaka kepadanya.  

2.         bagi memastikan kesinambungan ramadhan terus mekar dan mewangi, marilah sama-sama kita mengisinya dengan melaksanakan puasa sunat enam hari dalam bulan syawal, agar kita sentiasa berada dalam ikatan dengan allah swt.  kita keluar dari satu ibadah untuk masuk ke satu ibadah yang lain.  selesai satu amalan ketaatan dimulai dengan amalan ketaatan yang lain. sabda baginda rasulullah saw:

﴿  مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ  ﴾

maksudnya:   “sesiapa yang mengerjakan puasa ramadhan, kemudian disusuli dengan puasa enam hari dari bulan syawal, amalannya itu seperti puasa setahun penuh”.

 

muslimin muslimat yang dirahmati allah

3.         di hari yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan tasbih, tahmid, bermaaf-maafan, ziarah menziarahi bagi merapatkan silaturrahim, bersedekah dan melakukan amal-amal bakti yang lain.  sebaliknya janganlah hendaknya di hari yang mulia ini kita cemari dengan hiburan-hiburan yang melalaikan dan aktiviti yang boleh merosakkan diri kita dan menempah kemurkaan allah rabbul izzati.

4.         tidak dilupakan juga, marilah di hari yang mulia ini kita berselawat ke atas junjungan besar nabi muhammad saw yang telah membawa petunjuk dan rahmat kepada kita sekelian kerana perintah allah di dalam al-quran:

﴿  إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَـتـَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا  ﴾

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَارْحَمْنَا وَإِيَّاهُمْ بَرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمِاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ. اللَّهُمَّ أَكْرِمْنَا وَلاَتَهِنَّا وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا وَزِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا وَأَرْضِنَا وَارْضِ عَنَّا. اللَّهُمَّ اجْعَلْ كَلِمَةَ اْلإِسْلاَمِ هِىَ الْعُلْيَا وَاجْعَلْ كَلِمَةَ أَعْدَاءِ اْلإِسْلاَمِ هِىَ السُّفْلَىْ. اللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَعْدَائِكَ أَعْدَاءَ اْلإِسْلاَمِ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَدْرَأُ بِكَ فِى نُحُوْرِهِمْ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ رُدَّ عَنَّا كَيْدَهُمْ وَفُلَّ حَدَّهُمْ وَادْلُ دَوْلَتَهُمْ وَاذْهِبْ عَنْ أَرْضِكَ سُلْطَانَهُمْ وَلاَ تَدَعْ لَهُمْ سَبِيْلاً عَلَى أَحَدٍ مِنْ عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِيْنَ.

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْنَا فِى كُلِّ بُلْدَانِ وَأَيِّدْ إِخْوَانِنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِى بِلاَدِ اْلإِسْلاَمِ حَيْثُمَا كَانُوْا. اللَّهُمَّ أَيِّدْهُمْ بِمَلإٍ مِنْ جُنْدِكَ، اللَّهُمَّ أَمِدْهُمْ بِرُوْحٍ مِنْ عِنْدِكَ، اللَّهُمَّ احْرُسْهُمْ بِعَيْنِكَ الَّتِى لاَ تَنَامُ وَاكْلأْهُمْ فِى كَنَفِكَ الَّذِى لاَ يَضَامُ.

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَاِسْرَافَنَا فِى أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ. رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ .

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

عِبَادَ اللهِ، إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَاْلإِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْىِ يَعِظُكُمْ لَعَلَكُّمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرَ.

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ.

وَتَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ، كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ. وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ تَعَالَى وَبَرَكَاتُهُ.

 

Jumaat, 18 September 2009

zakat diutamakan kepada orang soleh

Ada soalan diajukan kepada saya kepada siapakah zakat itu diberikan ,kepada orang yang saleh atau boleh juga diberi kepada orang jahil dan tidak soleh.Untuk menjawab persoalan ini kita perlu melihat kepada kesan zakat itu sendiri dan kemanakah ianya digunakan bersandarkan kepada andaikan kuat kita.
Jika kita memberikan kepada orang soleh sudah barangtentu ianya akan digunakan kearah kebaikan dan taat dan pemberian kita akan menguatkan ketaatannya kepada Allah.Dan jika kita memberikan zakat kepada ahli maksiat sudah tentu ia akan menguatkannya untuk melakukan maksiat kepada Allah.Oleh kerana itu, dalam hal ini orang yang soleh lebih diutamakan untuk diberikan zakat seandainya dia termasuk orang yang berhak menerima zakat.Walaubagaimanapun elok juga kita berikan zakat kepada ahli maksiat jika dengan pemberian itu boleh menjadikannya lebih baik hubungannya dengan Allah swt.
Sabda Nabi: Makanlah kamu makanan orang yang bertaqwa dan pastikan tidak memakan makanan kamu kecuali orang yang bertaqwa juga. Allah maha mengetahui yang benar.

Selasa, 15 September 2009

Muqaddimah Aqidah Muslimin


1. Muqaddimah
Kisah keimanan Ashabul Kahfi dan Ashabul Ukhdud merupakan di antara tauladan yang wajar diamati tatkala membincangkan soal Aqidah, Tauhid, Syahadah dan hal-hal lain berkaitan.

"Ashabul Kahfi adalah merupakan segolongan pemuda yang beriman dengan Allah SWT. Mereka berpegang dengan Aqidah yang betul bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Iltizam dan kuatnya pegangan mereka terbukti apabila mereka dihadapkan kepada raja mereka yang zalim. Demi mempertahankan Aqidah yang suci ini, mereka terpaksa menyembunyikan diri mereka ke dalam gua. Lari bukan kerana takut, tetapi demi Aqidah yang ingin dipertahankan."

"Kisah Ashabul Ukhdud pula menceritakan tentang segolongan pembesar negeri yang kejam terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah. Mereka menggali parit dan menyalakan api sehingga seluruh parit marak dengan api. Mereka melakukan pembunuhan kejam terhadap orang-orang yang beriman dengan mencampakkan mereka ke dalam api dan menyaksikan pembunuhan itu dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Orang-orang beriman yang dibakar itu tidak melakukan apa-apa dosa kepada mereka kecuali beriman kepada Allah SWT."

2. Pengertian Aqidah
Bahasa : Lafaz Aqidah berasal daripada kalimah (عقد- يعقد- عقيدة) yang bermaksud ikatan/simpulan atau janji yang kuat. Diumpamakan tali yang ada ikatan atau simpulan memudahkan tangan berpaut. Menakala bagi haiwan, ia ibarat kandang atau tali yang mengawal kehidupan haiwan agar hidup dalam keadaan aman. Haiwan yang buas tidak akan jinak tanpa ikatan dan pasti ia akan membawa masalah kepada hidupan yang lain. Begitu juga dengan manusia, mereka memerlukan ikatan yang dapat menjamin keharmonian manusia di duna dan akhirat.

Istilah : Aqidah ialah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Juga membawa erti bersungguh-sungguh dan berpegang kepada al-Qur'an dan as-Sunnah dan melaksanakannya di dalam kehidupan.

"Tidak ada paksaan di dalam (memeluk) agama (Islam). Kerana sesungguhnya telah jelas kebenaran (Islam) daripada kesesatan (Kufur). Oleh itu, barangsiapa yang engkar kepada Tohghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah ber[egang teguh kepada simpulan (tali Allah) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan ingatlah bahawa Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(al-Baqarah : 256)

3. Konsep Tauhid
Asas kepda Aqidah ialah tauhid kepada Allah. Tauhid dalam Islam adalah intipati dari Islam itu sendiri.

Bahasa : Mengesakan Allah

Istilah : Beri'tikad, percaya dan yakin bahawa Allah itu Tuhn yang Esa dan tiada sekutu bagi-Nya.

Secara ringkas : Orang yang mentauhidkan Allah ialah mereka yang meyakini bahawa Allah adalah satu-satunya yang mencipta alam dan mempunyai segala sifat-sifat dan nama-nama yang maha sempurna dan Dia sahaja yang layak disembah. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad), Allah Tuhan yang Maha Esa, Tuhan tempat bergantung segala sesuatu. Dia tidak beranak an tidak diperanakkan dan tidak ada yang setara dengan-Nya."
(Al-Ikhlas: 1-4)
Tauhid terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

a. Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububiyah ialah beri’tiqad atau mengaku bahawa Allah swt yang Esa sahaja pencipta sekelian makhluk dan alam ini. Dia memiliki segala makhluk, menghidup dan mematikan sesuatu, memberi mudharat dan manfaat kepada sesuatu. Dia berkuasa memberi rezeki, mentadbir sekelian makhluk dan alam sama ada yang di langit dan di bumi.

Tauhid Rububiyah ini diiktiraf dan diakui oleh semua manusia sama ada seorang Islam atau seorang kafir, kecuali golongan mulhid (atheis) yang tidak percaya adanya Tuhan. Kerana itu kalau seeorang itu hanya mengakui dan beriman dengan tauhid rububiyah sahaja tidak disertakan dengan tauhid yang lain, dia tidak boleh dianggap Islam. Untuk menjadi Islam, seseorang itu mestilah mengakui juga tauhid uluhiyah dan tauhid asma’wa sifat bersama tauhid rububiyah.

Orang kafir termasuk kafir musyrikin di zaman Rasulullah saw dan sebelumnya seperti Abu Lahab dan lain-lain pengikut mengaku dengan tauhid ini. Firman Allah yang bermaksud:

"Tanyakanlah (Wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah yang ada pada bumi ini dan segala yang ada padanya?" Kalau kamu mengetahui. Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah ". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu berfikir (dan insaf)?"
(al-Mukminun : 84-85)

b. Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Uluhiyah yang iuga dipangil tauhid ibadat ialah mengi’tiqad dan beriman bahawa Allah swt sahaja yang layak disembah dengan sebenar dan tidak boleh menyekutui-Nya dengan sesuatu.
Dia sahaja yang berhak disembah, dikasihi dan ditaati, kepada-Nya tempat bertawakkal, tempat berserah, tempat menaruh harapan, permohonan dan doa. Allah SWT sahaja yang mempunyai kekuasaan dan pemerintahan. Firman Allah swt ;

"Hanya pada-Mu kami sembah dan hanya pada-Mu kami memohon pertolongan."
(al-Fatihah :4)

Kerana itu tidak boleh seseorang itu menyembah atau memuja bulan, bintang, matahari, patung berhala, batu, pokok, kubur atau isme-isme (Fahaman-fahaman ciptaan manusia seperti kapitalisme,sosialisme, komunisme, liberalisme, nationalisme, feudalisme dsb). Juga tidak boleh menyembah para nabi, wali, malaikat dan lain-lain lagi. Jika seseorang itu menyembah dan memuja perkara lain, maka perkara itu adalah Tuhannya .Jika ini berlaku perbuatan tersebut menyebabkan berlakunya syirik kerana rosaknya pada tauhid uluhiyah.

Apabila seseorang beriman dengan tauhid uluhiyah, maka secara automatik dia beriman denga tauhid rububiyah dan tauhid asma’ wa sifat. Ini kerana tauhid uluhiyah mengandungi di bawahnya tauhid-tauhid lain dan tidak sebaliknya. Sebab itu seseorang yang hanya beriman dengan tauhid rububiyah sahaja tidak semestinya dia beriman dengan tauhid uluhiyah. Ada dari mereka (orang kafir) yang beriman dengan tauhid rububiyah; mereka menyembah dan memuja patung-patung, berhala-berhala, bulan, bintang dan seumpamanya tetapi mereka tidak mentaati Allah SWT.

c. Tauhid Asma' wa Sifat
Tauhid asma’ wa sifat ialah mengi’tiqad dan mengaku bahawa Allah swt bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan Allah SWT mempunyai 99 nama yang layak dengan kebesaran-Nya.

Segala nama dan sifat-sifat Allah tidak menyerupai dengan nama-nama dan sifat-sifat makhluk; ilmu Allah SWT tidak sama dengan ilmu manusia, kudrat Allah SWT berbeza dengan kudrat makhluk dan lain-lain. Firman Allah SWT:

"… Dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat."
(ash-Syura: 11)

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (mulia). Oleh itu serukanlah (berdoa) kepadanya dan juga menyebut nama-nama itu. Dan pulaukanlah mereka yang telah berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan dari segala apa yang mereka telah kerjakan."
( al-A’raf: 180 )

Untuk membetulkan tauhid ini seseorang Muslim mestilah mengisbatkan nama dan sifat-sifat Allah swt sebagaimana yang diisbatkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadis dan menafikan semua yang berlawanan dengan apa yang ditetapkan oleh Allah swt dan Rasul.

Imam Ahmad b Hanbal berkata : ‘Jangan sifatkan Allah swt kecuali dengan apa yang disifatkan oleh Allah swt dan Rasul-Nya dan jangan melebihi apa yang disebut oleh Al-Quran dan Hadis Rasulullah saw."

4. Konsep Syahadah
Syahadah bererti pengetahuan, penerangan, perkhabaran, dan pernyataan. Sebab itu seseorang yang bersyahadah dipanggil bersaksi, kerana dia mengkhabarkan atau memberitahu apa yang dii’tiqadkan olehnya. Kalimah syahadah mengandungi ‘Iqrar’(اقرار ), I’tirafاعتراف)), I’tiqad ( اعتقاد) : iaitu pengakuan, pengi’tirafan, dan kepercayaan.

Pembahagian kalimah syahadah (Nafi dan Isbat):
* kalimahلا اله) ) beerti “ tiada Tuhan “ merupakan pengakuan keimanan beserta penafian behawa tiada sesuatu yag layak disembah kecuali Allah

* kalimah (الا الله ( beerti ‘ melainkan Allah’ mengandungi penegasan dan pengecualian atau ‘ithbat” dengan menolak Tuhan selain Allah dan menegaskan keEsaan Allah.

Syahadatain merupakan pintu masuk kepada Islam dan asas terpenting tertegakya Islam. Islam tidak tertegak jika tidak dilaksanakan rukunnya yang 5 dan segala rukun itu tertegak jika idak sempurna Syahadatain bahkan tidak ada Islam sebelum Syahadatain. Syahadatain adalah jiwa bagi Islam seumpama nyawa sebagai nadi kepada badan. Setiap anggota badan manusia tidak berperanan sebagai manusia hidup tanpa nyawa. Begitulah Syahadatain yang meruapakan nyawa bag setiap bahagian Islam. Amalan atau ibadat orang Islam yang tidak kerana-Nya ibarat menanam benih yang mati. Olehitu, amalan kebajikan orang kafir tiada harga di sisi Allah kerana ia dianggap bangkai. Orang Islam amalannya solah kerana kebajikannya banyak, sekiranya tiada roh Syahadatain adalah tidak diterima oleh Allah SWT.

Mengucap Syahadatain merupakan syarat dilakukan hukum dunia berhubung dengan seseorang Muslim seperti perkahwinan, berimamkan solat, disembahyangkan bila mati dan juga ditanam di perkuburan Islam selama seseorang itu tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.

Seseorang yang melafazkan Syahadatain kerana uzur seperti bisu, atau mati setelah beriman tetapi tidak sempat mengucapkan syahadatain, maka dia adalah tetap mukmin. Sebaliknya bagi orang yang mampu dan mempunyai masa mengucapkannya tetapi enggan dan keenggannya itu kerana engkar, maka dia adalah kafir. Soal hatinya bukan urusan kita, kalau hatinya membenarkan Islam dan segala hukumnya, maka mengikut Qaul Rajeh, dia beriman di sis Allah tetapi tidak boleh dilakukan mu'amalah ke atasnya sebagai Muslim kerana tidak diketahui imannya. Sesungguhnya disebut di atas ialah kepada orang-orang yang mahu menganut Islam. Orang yang dilahirkan Islam, ia dianggap Muslim selagimana tidakmelakukan perkara-perkara yang membatalkan iman.

5. Pengertian Ilah
Perkataan Ilah membawa beberapa pengertian yang saling melengkapi iaitu:

1) Ilah sebagai Tempat Tumpuan dan Matlamat Pengabdian
Pengertian Ilah sebagai tempat tumpuan dan matlamat pengabdian ialah seseorang muslim itu mestilah membentuk hidupnya agar sentiasa berada di dalam Ubudiah kepada Allah. Segala nikmat di dalam hidupnya adalah ditujukan untuk mentaati Allah. Dengan ini beerti bahawa seseorang muslim itu mestilah menolak segala perkhidmatan yang bertentangan dengan kehendak Allah. Firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah (solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya). Serta kerjakanlah amal-amal kebajikan, supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)."
(al-Hajj : 77)

2) Ilah sebagai Tempat Perlindungan
Dengan syahadah, seseorang muslim itu meyakini bahawa tiada siapa pun yang mampu memberi perlindungan selain daripada Allah, segala perlindungan yang diberikan oleh mana-mana jua makhluk adalah bersifat sementara dan bergantung kepada keizinan Allah. Allah bebas menarik keizinannya bila-bila masa yang dikehendakinya.
Firman Allah:

"Katakanlah wahai Muhammad: "Aku berlindung kapada Tuhan pemelihara sekelian manusia, Tuhan yang mentadbir sekelian manusia, Tuhan yang disembah oleh sekelian manusia."
(an-Nass: 1-3)

3) Ilah sebagai Tumpuan Kecintaan
Pengertian yang terkandung di dalam kalimah syahadah juga menuntut bahawa Allah adalah tumpuan kecintaan yang wajib dizahirkan melebihi segala-galanya. Kasih sayang dan cinta sesama manusia hendaklah diasaskan kepada kecintaan kepada Allah. Firman Allah:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara mara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu kamum keluarga dan harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan rosak, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah, Rasul-Nya dan berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan (azab seksaan-Nya) kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang Fasiq."
(at-Taubah : 24)

4) Ilah sebagai Pemberi Rezeki
Disini syahadah menjelaskan satu hakikat yang nyata, iaitu Allah sahajalah yang memberi rezeki. Makhluk hanyalah sebagai pembawa dan penyampai-Nya sahaja; bukan pemberi rezeki dan tidak berupaya untuk menambah atau menguranginya. Firman Allah SWT di dalam kitab-Nya;

"Wahai manusia, kenagkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu, tidak ada sama sekali yang menjadikan sesuatu selain daripada Allah, ia memberi rezki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (daripada menyembah-Nya)?
(Fatir : 3)





5) Ilah sebagai Sumber Perundangan
Pengertian Ilah juga mengandungi maksud Allah sebagai tempat rujukan dalam menentukan hukum. Allah sahaja yang berhak untuk menentukan undang-undang. Kekuasaan ini adalah mutlak dan tidak boleh dibahagi-bahagikan. Firman Allah:

(al-Maidah: 44)

6. Tuntutan Syahadah
Apabila seseorang insane telah mengucapkan Syahadatain, maka tertanggunglah ke atasnya beberapa tanggungjawab sebagai membuktikan ikrar penyaksiannya terhadap ketuhanan Allah dan kerasulan Muhammad SAW. Disimpulkan bahawa tuntutan Syahadatain ialah mengikut segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya (Imtisalu Awamirihi Wajtinabu Nawahih).

Melaksanakan semua rukun Islam
Berintima' (menggabungkan diri) dengan Islam dari sudut Aqidah, Akhlak, keluarga dan ibadah.
Berintima' dengan jemah Islam
Menegakkan pemerintahan Islam (Daulah Islamiah) yang mengagungkan hukum Syara'.
Melaksanakan Amar Ma'ruf Wan Nahyu 'Anil Munkar
Berusaha membentuk Khilafah Islamiah.

7. Antara Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Bertawakkal dan bergantung selain kepada Allah.
Mengingkari nikmat kurniaan Allah
Bekerja dan beramakerana l selain daripada Allah
Mencipta undang-undang sendiri di luar kehendak dan ketentuan Allah SWT.
Taat kepada selain daripada Allah kecuali kepada sesiapa yang telah diperintahkan oleh syara' supaya taat kepadanya (Imam)
Menjalankan hukuman selain daripada hokum Allah.
Benci dan menentang semua atau salah satu daripada ajaran Islam.
Mencintai dunia mengatasi akhirat.
Menghina al-Qur'an dan as-Sunnah serta Ulama' yang menegakkannya atau mempersendakan hokum Allah atau Syi'ar Islam.
Menghalalkan yang haram oleh Allah dan sebaliknya.
Tidak beriman dengan al-Qur'an dan as-Sunnah atau hukum yang bersumber dengannya.
Melantik orang kafir dan munafik menjadi pemimpin tertinggi serta tidak menyintai orang mukmin.
Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulullah SAW.
Mengingkari sifat-sifat ketuhanan Allah dan nama-nama-Nya.
Menafikan kerasulan Rasulullah SAW dan ajarannya serta menghina sifat-sifat mulia baginda. Malah tidak mengiktikad baginda sebagai role-model (Contoh ikutan).
Mengkairkan orang mukmin serta tidak mengkafirkan orang yang jelas kafirnya dan tidak menghalakan perangke atas mereka.
Melakukan upacara ibadah di luar dari batas Syara'

8. Kesimpulan
Sesiapa yang berpegang kepada Aqidah Tauhid membentuk kehidupannya menurut tuntutan-tuntutannya, maka selamatlah hidupnya di dunia dan akhirat. Inilah jaminan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW dan termaktub di dalam kitab Allah SWT.







Sabtu, 12 September 2009

Jadilah Ahli Syukur,Jangan jadi Ahli Kufur

Diantara ayat yang menjelaskan tentang syukur ,Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Ayat ini menyuruh kita supaya jadi ahli syukur nikmat, jangan kufur nikmat


Orang yang paling beruntung dalam hidup ini bukan orang yang hanya dilimpahi harta banyak, pangkat dan gelar yang tinggi sahaja, melainkan mesti ada dua ciri: 1. Orang yang diberi nikmat kemudian ia bersyukur. 2. Orang yang ketika diberi ujian Allah kemudian ia bersabar, karena kesyukuran dan kesabaran itulah yang membuat dirinya semakin dekat dengan Allah swt.

Oleh karena itulah jika kita berdoa meminta kepada Allah harta, ilmu dan pangkat, ini belum tentu akan membawa kebaikan bagi kita Bila tidak disertai dengan sikap bersyukur dan bersabar, mungkin ia akan menjadi fitnah. Tidak sedikit orang terkenal, tapi berakhir hidupnya dengan bunuh diri. Tidak sedikit orang yang berkedudukan tetapi terhina justru karena kedudukannya. Ada orang yang menderita dengan keindahan rupanya. Orang yang berharta banyak tetapi diliputi oleh rasa takut dan kekhawatir akan hartanya, sehingga bertambah kehinaannya karena ketamakannya.

Jadi kalau kita hendak berdoa kepada Allah, sertakanlah kita menjadi orang yang mengingati Nya dan banyak bersyukur di atas anugerah Nya. Karena setiap nikmat itu boleh berubah menjadi nikmat atau berubah menjadi laknat atau azab bergantung kepada sikap kita . Maka Rasulullah saw. Mengajarkan, hendaklah berdoa :


Ya Allah jadikanlah kami hamba Mu yang sentiasa mengingati Mu dan Hamba mu yang sentiata mensyukuri nikmat Mu, dan hamba Mu yang melakukan amal kebaikan kerana Mu.

Kita tidak perlu risau dengan nikmat yang belum ada, karena Allah sudah mempersiapkan semua nikmat itu untuk kita, namun kita perlu risau dengan sikap kita yang belum mensyukurinya.

Sering di antara kita lebih sibuk memikirkan nikmat yang belum ada dan belum sampai, padahal nikmat kita itu tidak akan tertukar, Allah menciptakan makhluk lengkap dengan rezekinya.


Dan bagi setiap makhluk yang melata di muka bumi, Allahlah yang menanggung rezekinya.

Yang harus selalu kita risaukan adalah justru kita tidak mensyukurinya. Setiap nikmat kalau disyukuri akan mendatangkan nikmat yang lebih besar. Setiap nikmat kalau disyukuri akan membuka pintu nikmat yang lainnya.Oleh karena itu, kegigigihan kita sebagai ahli syukur inilah yang sebetulnya harus kita miliki, kalau kita ingin menikmati hidup ini.

Ahli syukur, adalah seseorang yang hatinya tidak merasa memiliki dan dimiliki, kecuali menyadari semuanya milik Allah. Tidak ada nikmat sekecil apa pun kecuali dari Allah. Tidak ada istilah kebetulan, melainkan semua nikmat diatur oleh Allah swt. dengan pasti.
Sekali lagi Orang yang senantiasa bersyukur (ahli syukur) cirinya :

1. Sekecil apapun nikmat akan disyukurinya. Akibatnya akan merasakan kebahagiaannnya sampai ke hal-hal yang kecil. Berbeda dengan yang tidak tahu bersyukur, dia letih dan susah memikirkan nikmat yang belum ada. Akibatnya jangankan nikmat yang belum ada, yang sudah ada sahaja tak ternikmati. Ingatlat Ahli syukur tidak pernah kehilangan kesempatan untuk menikmati bukan nikmatnya, tetapi sikap syukurnya itu yang membuat ia nikmat.

2. Ahli syukur , Selalu memuji Allah dalam setiap kesempatan. Setiap kali ia mendapat pujian tidak merasa itu miliknya. Semua yang membuatkan kita dipuji adalah karunia Allah. Oleh karena itulah tidak layak kita menjadi orang yang menikmati pujian, sehingga kita membohongi diri sendiri. Sebaik-baik orang yang bersyukur, yang selalu berbahagia adalah yang ketika dipuji mengembalikan pujian itu kepada Allah swt. Dengan Ucapan “Al-Hamdulillah Rabbil A’lamin” Segala puji hanyalah bagi Allah, hanyalah milik Allah, tuhan sekalian alam.

3. Ahli Syukur, Selalu berterima kasih kepada orang yang menjadi jalan nikmat bagi dirinya. Semua nikmat ada jalur-jalurnya. Mungkin nikmat kita melalui seseorang. Orang yang tahu bersyukur itu senang sekali untuk merenungi dan mengingati kebaikan orang lain dan membalasnya. Dan orang-orang yang bersyukur inilah yang akan menikmati kehidupan yang penuh dengan nikmat.

4. Ahli Sykur, akan memanfaatkan nikmat yang ada untuk mendekatkan diri kepada Allah. Lisan mengucapkan Al-Hamdulillah kepada Allah dan terima kasih kepada sesama manusia. dahi dipakai banyak bersujud. Mata dipakai melihat kebenaran ilmu dan Al Quran. Lidah dipakai banyak menyebut nama Allah, berdoa, menasehati kebaikan dan kebenaran, dan harta kekayaan dinafkahkan di jalan Allah.

Ingtalah bahawa Ilmu, kekayaan dan kesempatan adalah nikmat.

Allah menjanjikan setiap nikmat yang disyukuri akan mengundang nikmat yang lainnya. Tidak usah bingung terhadap nikmat yang belum ada, karena nikmat yang belum ada bukan urusan kita, itu hak mutlak Allah. Urusan kita mensyukuri nikmat yang ada.

Nikmatnya ahli syukur ia akan bebas dari fikiran yang sia-sia, dari menyusahkan dirinya, bahkan akan dimudahkan oleh Allah untuk mendapatkan nikmat-nikmat yang belum difikirkan oleh kita.

Kita yakinkan dalam diri kita : kita banyak angan-angan dan keinginan yang kita harapkan, tetapi tidak semua yang diharapkan akan kita dapatkan, kewajiban kita adalah mensyukuri apa yang kita perolehi, maka jadilah manusia Ahli Syukur

Khamis, 10 September 2009

Pecutan terakhir

Alhamdulillah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk terus menghirup udaranya,dan dapat kita memasuki fasa ke 3 Ramadan iaitu 1o terakhir .Pada 10 terakhir ini Allah kurniakan satu malam yang menyamai 1000 bulan kebaikannya.malam ini dinamakan Lailatul Qadar.

Rasulullah sangat menekankan ibadat pada 10 malam terakhir.Dinyatakan didalam hadis bahawa Rasulullah Mengetatkan kainnya(Syaddul Mi'zar-kinayah bermaksud nabi menjauhkan dari isteri ) ,menghidupkan malamnya dengan ibadat dan membangunkan keluarganya untuk turut beribadat pada waktu malam. Nabi menghidupkan malam dengan solat,zikir,membaca Al-Quran,istighfar dan doa. Inilah peluang keemasan yang disediakan oleh Allah kepada hamba.

Amat malang kita jika sekalipun tidak pernah mendapat Lailatul Qadar seumur hidup kita sedang ada hamba Allah yang mungkin mendapat setiap tahun atau berpuluh-puluh kali seumur hidup atau kalau sekali pun dah kira baik .

Kita umpamakan Ramadan seperti gua emas . Ada orang yang masuk kedalam gua itu membawa keluar berkilo-kilo emas,ada yang membawa bertan-tan emas,ada yang membawa keluar berlori-lori dan ada yang keluar dengan tangan kosong dan lebih malang lagi ada yang bawa keluar lumpur dan batu.Begitulah orang yang masuk ke bulan Ramadan.

Dekat rumah ustaz ni ada satu kawasan besi buruk yang ditinggalkan orang,ustaz tengok ramai orang yang mengerumuni kawasan ini untuk mengambil besi buruk untuk dijual.Hampir setiap hari orang datang tidak putus-putus,mereka membawa cangkul,parang,alat penggali untuk mengeluarkan besi buruk disini dengan apa cara sekalipun,kelihatannya mereka begitu bersungguh-sungguh tanpa mengira waktu berbuka puasa atau hujan dan panas.Ustaz dapat mengambil iktibar disini bagaimana bersungguhnya manusia mencari dunia tanpa memberi alasan.Persoalannya adakah kita bersungguh begitu dalam mengejar akhirat?Adakah besi buruk lebih bernilai dari 10 terakhir Ramadan? kadang-kadang kita banyak memberi alasan untuk beramal akhirat, hujan sikit dah tak nak ke surau untuk iktikaf dan Qiamullail .itu sebab ada pepatah hendak seribu daya tak nak seribu dalih.Kita sepatutnya mengatasi segala alasan-alasan yang sebenarnya datang dari bisikan syaitan.Ayuh kita mengejar kelebihan 10 terakhir dan marilah kita membuat pecutan terakhir......