Sabtu, 4 Jun 2011

kepimpinan adalah amanah

        Apa yang diperlihat kan dalam pemilihan kepimpinan Pas  menampakkan kepada kita kejujuran  dan  amanah  yang  dizahirkan oleh  mereka  .Tanpa politik  wang  ,tanpa  lobi  yang  berlebihan ,tanpa  rasuah, kepimpinan  berteraskan Islam  dapat ditegakkan .Ini perlu dipersadakan oleh  parti-parti  yang lain agar  kebaikan  dapat ditegakkan .Kepimpinan kalau  difahami , ia adalah amanah amat  berat yang  bakal dipersoalkan  diakhirat  kelak  bukan satu peluang untuk mengaut kekayaan,bukan juga  satu kemuliaan tetapi satu taklif  atau  bebanan berat  yang bakal  dipersoalkan  diakhirat  yang boleh  mengakibatkan  empunyanya merana atau mendapat perlindungan  arasy Allah . 
  
         Abu  Zar alghifari pernah  meminta jawatan kepada Rasullullah saw  tetapi nabi menyatakan  ia  adalah amanah ,yang munkin  menatijahkan  kerugian  dan penyesalan  di akhirat kelak. 

Dalam Islam boleh  menawarkan diri  sebagai  pemimpin  tetapi  hanya dalam konteks  untuk  memberi khidmat sumbangan sahaja bukan untuk  tujuan  dunia dan hartabenda .  Diharapkan  saf kepimpinan  pas  yang baru akan  dapat melaksanakan amanah  tanggungjawab demi  kebaikan  umat Islam  di Malaysia.